Jumaat, 3 Mac 2017

Tok Gajah rampas takhta

 Penyerang JDT, Ahmad Hazwan Bakri (kanan) cuba melakukan rembatan
Penyerang JDT, Ahmad Hazwan Bakri (kanan) cuba melakukan rembatan ke arah pintu gol Sarawak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam. utusan/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA
01 Mac 2017 12:46 AM
KUCHING 28 Feb. – Selepas mengharungi musim 2016 yang suram, Pahang akhirnya kembali sebagai pasukan digeruni apabila merampas kedudukan pendahulu Liga Super dengan membenam PKNS FC 3-0 dalam aksi di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Dalam satu lagi aksi tumpuan, juara tiga musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) juga mula mempamer kebangkitan dengan mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas mengalahkan Sarawak 2-0 di Stadium Negeri, Kuching.

Pada ketika Kedah hanya akan turun beraksi menentang Se­langor di Selayang esok, Pahang merampas takhta dengan me­ngumpul 16 mata hasil lima kemenangan daripada tujuh perlawanan musim ini.

Gol-gol Tok Gajah disempurnakan oleh Mohd. Afif Amiruddin, Matheus Alves Leandro dan Mohd. Ashari Samsudin.

Sementara itu, kebangkitan Harimau Selatan merencatkan momentum baik yang ditunjukkan Sarawak apabila menghadiahkan kekalahan keempat buat pasukan Bujang Senang musim ini.

Anak-anak buah David Usop hampir menyumbat gol pertama menerusi tandukan Demerson Bruno Costa, namun percubaannya berjaya ditepis keluar penjaga gol JDT, Mohd. Izham Tarmizi.

Selepas itu serangan bertali arus dilancarkan kedua-dua pasukan dengan JDT mendapat gol pertama setelah penjaga gol Sarawak, Mohd. Shahril Sa’ari menumbuk keluar hantaran ke depan gawang namun disambut dengan tendangan kencang Gonzalo Gabriel menerjah gawang pada minit kesembilan.

Pasukan Harimau Selatan yang kelihatan menguasai perlawanan ketika itu hampir mendapat gol kedua pada minit ke-28 apabila hantaran satu dua Gonzalo de­ngan Ahmad Hazwan Bakri berjaya melepasi pertahanan namun sepakan Gonzalo tersasar  keluar gawang gol.

Pada separuh masa kedua, permainan semakin rancak dengan pasukan tuan rumah  mendapat tendangan percuma setelah Marteo Roskam dijatuhkan di luar petak kotak penalti pada minit ke-58.

Bagaimanapun, tendangan percuma yang diambil Mark Andrew Hartmann tersasar melepasi gawang lawan.

Gonzalo sekali lagi menjadi wiraJDT apabila membuat hantaran satu dua dengan ketua pasukan, Safiq Rahim bagi melepasi pertahanan lawan sebelum menggelecek penjaga gol dan menendang bola ke dalam gawang pada minit ke-70.

Kemenangan meletakkan JDT di tangga ketiga liga dengan 11 mata manakala Sarawak jatuh ke kedudukan kesembilan hasil empat kekalahan, dua kemenangan dan satu s

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tok-gajah-rampas-takhta-1.450496#ixzz4aHKKUai9 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan