Khamis, 25 Januari 2018

Pahang masih rahsiakan baki pemain import baharu

Mohamadou SUMAREH masih diberi kepercayaan oleh Pahang untuk memperkuatkan
MOHAMADOU SUMAREH masih diberi kepercayaan oleh Pahang untuk memperkuatkan barisan serangan mereka musim ini.
Mohamad Shofi Mat Isa

26 Januari 2018 3:00 AM

KUANTAN 25 Jan. - Skuad Tok Gajah bakal mengumumkan nama dua lagi pemain import baharu mereka dalam masa terdekat dengan masing-masing akan mengisi posisi penyerang dan pertahanan.

Pahang telah menyambung kontrak dengan sayap kanan Mohamadou Sumareh dari Gambia selain mendapatkan khidmat Chan Vathanaka dan Safuwan Baharudin dari Singapura.


Walaupun telah memiliki Sumareh dan Vathanaka yang merupakan penyerang skuad kebangsaan Kemboja, jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui dia masih memburu seorang lagi penyerang dan seorang pemain pertahanan tetapi merahsiakan nama mereka.

“Urusan membawa masuk dua pemain tersebut akan di­selesaikan selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu sebelum perlawanan pertama Pahang menentang Perak dalam Liga Super di Stadium Darul Makmur pada 4 Februari ini,” katanya, di sini hari ini.

Persediaan Pahang menje­lang sebelum sepak mula Liga Super musim ini menampilkan nota positif jika dilihat kepada perlawanan persahabatan di Bangkok pada awal Januari lalu.

Dalam siri lawatan pramusim di Bangkok selama seminggu hingga 10 Januari lalu, Pahang mencatat kemenangan 4-1 ke atas Muangthong United yang kemudiannya menumpaskan Johor Darul Ta’zim 5-2 dalam kelayakan kedua Liga Juara-juara.

Pahang turut mencipta kemenangan 3-1 ke atas Thai Air Force Central sebelum kalah 1-0 kepada Gyeongnam FC pada hari terakhir mereka di Bangkok.

Mengulas pencapaian direkodkan skuad Tok Gajah sepanjang tempoh persiapan sejak November lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menerusi satu kenyataan baru-baru ini turut berpuas hati terhadap peningkatan dipamerkan.

“Pemain telah menunjukkan komitmen dan fokus penuh untuk mendapatkan persefahaman serta keyakinan bagi mengharungi musim 2018 yang akan bermula pada Februari nanti,” kata PBNP dalam kenya­taan itu.

 sumberArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pahang-masih-rahsiakan-baki-pemain-import-baharu-1.597235#ixzz55FZ1XY1a

© Utusan Melayu (M) B

Sabtu, 6 Januari 2018

Selamat tinggal Tok Gajah

Sabtu, 6 Januari 2018 | 12:29pm
Pemain Pahang, Matheus Alves Leandro (tengah) mengesahkan tidak lagi bersama skuad Tok
 
Gajah musim ini. Alves bakal sertai kelab Korea Selatan. - Foto Zulkepli Osman
Selamat tinggal Tok Gajah
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Pemain kelahiran Brazil, Matheus Alves mengesahkan meninggalkan skuad Pahang, sekali gus menolak andaian khidmatnya dapat disaksikan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Pemain berumur 24 tahun itu berkata, dia akan mewakili sebuah kelab Korea Selatan selepas hanya semusim bersama skuad Tok Gajah musim lalu.

Justeru, dia berterima kasih kepada pengurusan Persatuan Bolasepak negeri Pahang (PBNP) yang selama ini memberikan sokongan kepadanya.

"Selamat tinggal Pahang dan terima kasih kepada pasukan, rakan sepasukan, pengurus dan jurulatih dan peminat Pahang.

"Ia adalah musim luar biasa dalam hidup saya termasuk keluarga saya sangat gembira sepanjang berada di sini (Pahang).

"Oleh itu, saya harap suatu hari nanti dapat kembali ke Pahang kerana bangga menjadi sebahagian daripada sejarah skuad Tok Gajah.

"Pencapaian bersama Pahang musim ini memberi motivasi untuk mencapai keputusan terbaik bersama pasukan baharu," katanya menerusi Instagram.

Musim ini, Alves membuktikan sentuhan berbisa apabila muncul penjaring kedua terbanyak dengan menjaringkan 18 gol dalam saingan Liga Super.

Alves yang pernah menyarung jersi Gangwon FC, Korea Selatan pada 2016 dikatakan kembali ke negara berkenaan apabila menyertai Suwon FC.

Namun, ketiadaan Alves yang menjadi peledak utama Pahang musim lalu diyakini dapat diimbangi dengan kehadiran penyerang sensasi Kemboja, Chan Vathanaka.

Pada masa sama, Vathanaka akan bergandingan dengan penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha.

Sebelum ini, Pahang dikatakan terlepas peluang untuk terus mengikat Alves disebabkan beberapa masalah teknikal membabitkan kontrak.

Biarpun penyerang itu hanya mengikat kontrak bersama Pahang dalam tempoh semusim, prestasi membanggakan menyebabkan pasukan itu mahu memastikan Alves kekal.

Namun, beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan mendorong pemain itu beralih ke kelab luar untuk meneruskan kerjaya selaku pemain profesional

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 6 Januari 2018 | 12:29pm

Selasa, 2 Januari 2018

Harapan tinggi pemain baharu

CHAN VATHANAKA
CHAN VATHANAKA
02 Januari 2018 3:00 AM

KUANTAN 1 Jan. – Walaupun me­rupakan satu cabaran besar, namun dua pemain baharu Tok Gajah telah bersiap sedia menggalas tugas mereka sekali gus bertekad memastikan pasukan Pahang berada di landasan terbaik dalam saingan Liga Malaysia tahun ini.

Kedua-dua pemain berkenaan tentunya perlu membalas kepercayaan diberikan jurulatih Dollah Salleh yang mengambil mereka bagi menyertai Tok Gajah pada musim ini.


Pada musim lalu, Tok Gajah sekadar bergelar naib juara Piala FA, menduduki tempat kedua Liga Super dan layak ke suku a­khir Piala Malaysia.

Tetapi, pencapaian itu lebih baik berbanding prestasi mereka pada musim 2016 yang hampir tersingkir ke Liga Perdana.

Jadi, pasti menjadi harapan Tok Gajah dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) agar pemain baharu yang diambil dapat membantu pasukan itu memenangi sekurang-kurangnya satu trofi dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Bagi penyerang skuad kebangsaan Kemboja, Chan Vathanaka, 23, dia berjanji akan mempamerkan aksi terbaik untuk memastikan Tok Gajah mampu menjulang kejuaraan Liga Super musim depan.

“Pahang menjadi pasukan pilihan saya kerana mereka merupakan antara skuad terbaik dalam bola sepak Malaysia.

“Saya harap tahap kemahiran saya akan berkembang seiring dengan kehendak Liga Malaysia apabila bermain bersama Pahang. Paling penting, saya akan cuba membantu pasukan ini menjadi juara,” katanya.

Seorang lagi pemain baharu Tok Gajah, Bunyamin Umar juga bertekad memberikan aksi terbaiknya bersama Pahang musim ini.

“Saya harap penghijrahan ke Pahang akan mengembalikan semula prestasi terbaik saya untuk bersama rakan sepasukan meraih kejuaraan pada musim ini,” katanya
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harapan-tinggi-pemain-baharu-1.582983#ixzz530xkjssu
© Utusan Melayu (M) Bhd