Rabu, 23 Jun 2021

Pahang benam Lions XII 1-0 untuk julang Piala Sumbangsih

2014-01-19T00:00:00+08:00

KUANTAN: Pahang menunjukkan satu permainan memuaskan dengan berjaya menjulang trofi pertama yang mempunyai kaitan sentimental dengan pasukan itu dalam saingan musim baharu Liga Malaysia.

Piala ini amat sentimental buat saya dan penyokong Pahang kerana Piala Sumbangsih merupakan piala ayahanda saya yang juga buat pertama kali (perlawanan ini dapat) bermain di Stadium Darul Makmur,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah selepas Pahang berjaya menewaskan Lions XII, 1-0 di sini, malam kelmarin.

Katanya, beliau turut berpuas hati dengan cara pengendalian jurulatih baharu skuad Tok Gajah, Ronald Smith dalam langkah permulaan musim baharu dengan kerjasama yang baik ditunjukkan oleh pasukan dari Pantai Timur itu.

Abdul Rahman juga melahirkan keyakinan terhadap barisan pemain dan jurulatih bagi membentuk kerjasama berpasukan yang lebih rapi dan licin walaupun pasukan itu mempunyai beberapa pertukaran pemain baharu selepas kejayaan menjulang Piala Malaysia musim lepas.

Dalam pada itu, beliau juga menetapkan sasaran buat pasukan Pahang untuk sekurang-kurangnya berjaya mempertahan gelaran juara untuk Piala Malaysia musim 2014.

Katanya, dengan adaya beberapa penampilan muka baru di dalam skuad itu diharap Pahang akan dapat mewujudkan tentangan yang lebih hebat pada saingan Liga Malaysia.

Pahang mengorak langkah kanan dalam saingan Liga Malaysia selepas berjaya menjulang trofi pertama dalam perlawanan Sumbangsih bagi merebuat Piala Sultan Ahmad Shah dengan menewaskan juara Liga Super 2013, Lions XII hasil jaringan tunggal pemain import kelahiran Argentina,

Martias Ruben Conti yang juga menyambut kelahirannya ke-24 tahun kelmarin.

Kemenangan itu memberi tiga mata berharga buat Pahang bagi permulaan saingan Liga Super musim 2014. — Bernama.1

__________________________________________

1https://www.utusanborneo.com.my/2014/01/19/pahang-benam-lions-xii-1-0-untuk-julang-piala-sumbangsih

Jumaat, 14 Mei 2021

Sri Pahang tambah derita Perak FC

 SUKAN TERKINI



Sri Pahang berjaya mencuri tiga mata ketika bertemu Perak FC dengan kemenangan 3-2 sebentar tadi.

Sri Pahang tambah derita Perak FC

Oleh AZIZAN HASHIM

10 Mei 2021, 12:49 am

IPOH – Luka Perak FC bertambah parah apabila kecundang 2-3 di tangan Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam ini.

Aksi babak pertama menyaksikan pasukan Perak FC menguasai permainan selama 30 minit tetapi gagal menyudahkan peluang-peluang yang dicipta.

Sri Pahang lebih bernasib baik apabila berjaya merobek gol menerusi jaringan Aung Kaung Mann pada minit ke-35.

Babak kedua Pahang menyerang bertalu-talu dan menambah derita tuan rumah pada minit ke-57 apabila Kenjol Wal Athiu rembat dari jarak dekat untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Bagaimanapun, penalti yang disempurnakan Leandro Dos Santos menghidupkan sisa peluang pada minit ke-67.

Namun, Atthiu menjaring gol ketiga Pahang pada minit ke-87 untuk menguburkan impian Perak bangkit mencuri mata.

Careca bagaimanapun meledak gol kedua pasukan tuan rumah pada masa kecederaan tetapi kedudukan 3-2 kekal hingga tamat perlawanan.

Sementara itu, The Bos Gaurus juga difahamkan bakal berdepan hukuman berikutan balingan suar ke dalam padang oleh peminat di minit-minit akhir perlawanan . – K! ONLINE.1

Lega Sri Pahang keluar zon penyingkiran

Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my



ABDUL Malik mengakui belum berada pada prestasi terbaik. FOTO Sri Pahang FC

Kuantan: Pemain tengah Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff teruja apabila pasukan itu tidak lagi berada di zon penyingkiran dalam saingan Liga Super.

Pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu berkata kejayaan itu hasil kerjasama daripada pengurusan kelab, barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan untuk meletakkan Sri Pahang pada prestasi lebih mantap.

"Sudah semestinya saya dan rakan sepasukan gembira kerana Sri Pahang berjaya beralih kedudukan lebih baik selepas mengharungi 13 perlawanan.

"Berada di kedudukan kesembilan liga berbanding dua tangga tercorot sebelum ini amat melegakan kami, malah menyuntik semangat untuk memastikan Sri Pahang mencatat keputusan membanggakan pada setiap perlawanan sebaik liga bersambung nanti.

"Tempoh rehat dua bulan liga akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membentuk persefahaman dan keserasian terutama kehadiran empat import baharu," katanya.

Ditanya prestasi semasa, Abdul Malik mengakui belum berada pada prestasi terbaik.

Katanya, tahap kecergasan belum mencapai 100 peratus kerana baru pulih daripada sakit.

"Saya harap tempoh rehat ni dapat meningkatkan tahap kecergasan dan membantu pasukan untuk memperbaiki kedudukan terbaik.

"Saya juga percaya kehadiran empat import iaitu Aung Kaung Mann, Manuel Hidalgo, Abubakar Yakubu dan Kenny Athiu menambah lagi kekuatan pasukan," katanya yang menjaringkan satu gol setakat ini.Disiarkan pada: Mei 14, 2021 @ 6:27pm.1

_____________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/05/705948/lega-sri-pahang-keluar-zon-penyingkiran (diakses pada 14 Mei 2021)

Rabu, 12 Mei 2021

Tempoh sesuai mantapkan Sri Pahang

Asrol Awang

am@hmetro.com.my



Aksi pemain import Sri Pahang FC, Manuel Fedrico (kiri) ketika berdepan Selangor FC dalam saingan Liga Super. FOTO Farizul Hafiz Awang

Aksi pemain import Sri Pahang FC, Manuel Fedrico (kiri) ketika berdepan Selangor FC dalam saingan Liga Super. FOTO Farizul Hafiz Awang

Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh percaya tempoh rehat dua bulan akan menyaksikan pasukan itu tampil lebih padu sebaik Liga Super bersambung Julai depan.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, tempoh itu bertepatan ketika pasukan berkenaan menyenaraikan empat import baharu dalam memperkasakan kembali Sri Pahang.

"Bagi saya, ini masa sesuai kerana mempunyai tempoh dua bulan untuk memantapkan lagi pasukan terutama meletakkan kedudukan terbaik dalam saingan liga musim ini.

"Pada masa sama, empat import baharu ini belum lagi mencapai tahap terbaik mereka terutama daripada segi kecergasan.

"Saya percaya tempoh dua bulan ini akan dimanfaatkan sebaiknya untuk memperbaiki segala kelemahan dan memantapkan lagi jentera pasukan bukan sahaja serangan, malah tengah dan pertahanan," katanya.

Sebaik jendela perpindahan dibuka 3 Mei lalu, kehadiran empat import iaitu Aung Kaung Mann dari Myanmar, Manuel Hidalgo (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Athiu (Australia) ternyata memberi impak positif.

Pada tiga perlawanan, Sri Pahang berjaya mengutip tujuh mata sekali gus memperbaiki kedudukan di tangga kesembilan berbanding berada dua tangga tercorot liga sebelumnya.

Mengulas persembahan empat import itu, beliau berpuas hati dan percaya prestasi lebih baik bakal dipersembahkan sebaik liga bersambung nanti.

"Begitu juga kepada semua pemain yang diharap dapat meningkatkan prestasi masing-masing untuk memastikan Sri Pahang menamatkan aksi liga pada kedudukan terbaik," katanya.Disiarkan pada: Mei 12, 2021 @ 3:08pm.1

___________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/05/705333/tempoh-sesuai-mantapkan-sri-pahang (diakses pada 12 Mei 2021)

Selasa, 11 Mei 2021

Tonggak baharu Tok Gajah bawa impak




Oleh AZIZAN HASHIM

10 Mei 2021, 4:37 pm

IPOH: Jurulatih Sri Pahang, Dollah Salleh menghela nafas lega menjelang rehat panjang Liga Super 2021 kerana skuad bimbingannya semakin meningkat.

Dollah membuat penilaian sedemikian selepas kejayaan 3-2 Tok Gajah ke atas Perak dalam perlawanan Liga Super di sini semalam.

Kemasukan empat import baharu mengubah wajah pasukan. Berbanding ketika bertemu Selangor Rabu lalu kami semakin meningkat.

Pemain-pemain import kami membuat impak dan menunjulkan kemampuan sebenar mereka.

Bagaimanapun mereka belum cukup cergas kerana kurang latihan selepas menjalani kuarantin,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan semalam.

Pada perlawanan itu, Pahang memperolehi gol melalui jaringan awang importnya,Aung Kaung Mann dan dua gol Kenjuk Wal Athiu.

Manakala Leandro Dos Santos (penalti) dan Careca membalas untuk tuan rumah.

Dollah yang berpuas hati dengan persembahan anak buahnya bagaimanapun berkata, masih banyak yang perlu dilakukan dan gembira kerana akan rehat panjang sehingga 8 Julai.

Saya yakin tempoh dua bulan ini mencukupi buat saya membentuk Sri Pahang menjadi pencabat dalam baki kempen Liga Super, musim ini,” katanya.1

________________________________

Tuck dirisik tiga pasukan

Asrol Awang

am@hmetro.com.my



Pemain Sri Pahang FC, Lee Tuck bersama rakan sepasukan meraikan jaringannya pada saingan Liga Super. FOTO NSTP

Kuantan: Pemain import Sri Pahang FC, Lee Tuck dirisik tiga pasukan selepas diketepikan sebaik jendela perpindahan pemain dibuka 3 Mei lalu.

Ketua jurulatih pasukan, Dollah Salleh yang mengesahkan perkara itu berkata, perancangan untuk meminjamkan pemain kelahiran England itu memang ada.

"Setakat ini, tiga pasukan yang berminat mendapatkan Tuck. Bagaimanapun, keputusan muktamad bergantung kepada Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah selaku pemilik Sri Pahang FC," kata bekas pemain kebangsaan itu.

Sebaik jendela perpindahan pemain dibuka, skuad Tok Gajah membuat keputusan menyenaraikan empat pemain import baharu dalam usaha memperkasakan skuad itu.

Empat import itu ialah Aung Kaung Mann dari Myanmar, Manuel Hidalgo (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Athiu (Australia).

Berikutan itu, empat pemain digugurkan iaitu Tuck, Yevhen Bokhashvili (Ukraine), Mamadou Wague (Lubnan) dan Pedro Henrique (Timor Leste).

Manakala, pertahanan import dari Perancis, Herold Goulon dikekalkan.

Dengan kemasukan empat pemain import baharu itu, Sri Pahang mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila melonjak di kedudukan kesembilan Liga Super berbanding berada di dua tangga tercorot sebelum itu.

Disiarkan pada: Mei 11, 2021 @ 2:09pm.1

_____________________________________

Ahad, 9 Mei 2021

Sri Pahang tampil lebih padu berdepan Perak

Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my



PENGENDALI Sri Pahang, Dollah Salleh. FOTO NSTP

Kuantan: Sri Pahang FC bakal memperagakan aksi padu dan bertenaga apabila berdepan Perak FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam esok.Kejayaan mengikat Selangor FC 2-2 Rabu lalu serta diperkuatkan empat import baharu menambah lagi kemantapan pasukan itu dalam misi mengutip tiga mata.

Pada masa sama, skuad Tok Gajah itu tidak sabar menyenaraikan penyerang import baharu, Aung Kaung Mann yang tidak dapat beraksi kerana gagal mendapat sijil perpindahan antarabangsa (ITC), Rabu lalu.

Justeru, ketua jurulatih pasukan itu, Dollah Salleh akan meletakkan Kaung Mann di bahagian serangan sambil dibantu Manuel Hidalgo dan Abdul Malik Mat Ariff.

"Saya lihat tiga pemain ini menunjukkan persefahaman dan sudah pasti mereka akan digandingkan untuk memastikan Sri Pahang mencatat kemenangan.

"Saya harap prestasi yang dipersembahkan ketika seri berdepan Selangor memberi semangat buat semua pemain untuk mempamerkan prestasi lebih baik," katanya.

Selepas 12 perlawanan, Sri Pahang kekal berada di kedudukan kedua tercorot Liga Super dengan mengutip sembilan mata.

Namun, kehadiran empat pemain baharu dilihat akan membantu skuad Tok Gajah untuk mengelak daripada berada di zon penyingkiran.

Lebih-lebih lagi, aksi mantap sememangnya ditagih daripada Kaung Mann, Hidalgo, Abubakar Yakubu, Kenny Anthiu, Herold Goulon serta semua pemain Sri Pahang.

Disiarkan pada: Mei 8, 2021 @ 2:52pm.1

______________________________________