Sabtu, 24 Februari 2018

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 24.2.2018

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB      
Kelantan         0 - 1     Perak
m-22 Nor Hakim Hassan

Johor Darul Ta'zim     3 - 0     Melaka United
m-12 Luciano Figueroa         
m-21 Jorge Pereyra    
m-34 Natxo Insa

Selangor          1 - 1     Pahang
                              m-6 Patrick Cruz
m-39 Rufino Segovia

Sabtu, 10 Februari 2018

TERKINI LIGA SUPER 10.2.2018


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Terengganu     0-0       Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Pahang 1-0      Kelantan
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Perak   0-0       PKNS
Stadium TLDM, Lumut

Kuala Lumpur   0-0     Johor Darul Ta'zim


Selasa, 6 Februari 2018

DOLLAH lega anak buah tidak diaibkan Perak.

Isnin, 5 Februari 2018 | 1:15pm
Pahang bernasib baik: Dollah
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengaku skuadnya bernasib baik daripada diaibkan Perak selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, keputusan seri itu melegakannya kerana skuad itu tidak beraksi dengan baik dan hampir dikecewakan lawan.

Katanya, segalanya serba tidak menjadi terutama di bahagian serangan dan tengah yang gagal membantu memperkasakan skuad Tok Gajah, sekali gus meraih tiga mata di laman sendiri.

"Saya akui jentera serangan dan tengah kurang menyerlah hingga memberi kesan terhadap corak permainan Pahang kerana terlalu bergantung kepada Mohamadou Sumareh.
 
PEMAIN Pahang Metthew Thomas Davies (kiri) dihalang pemain Perak, Mohd Nor Hakim Hassan. FOTO/BERNAMA
"Saya memang mengharapkan Nor Azam Azih dan Chan Vathanaka untuk membantu jentera serangan tetapi mereka gagal beraksi dengan baik dan terpaksa dikeluarkan pada babak kedua.

"Kami bernasib baik kerana Perak gagal menembusi gawang untuk memastikan skuad Tok Gajah meraih sekurang-kurangnya satu mata," katanya.

Mengulas keputusan memasukkan penyerang Argentina, Sergio Unrein pada babak kedua, Dollah berkata, pemain itu belum mencapai tahap kecergasan yang diinginkan.

Katanya, sepanjang tempoh 25 minit permainan, Unrein masih lagi gagal membentuk keserasian dengan rakan sepasukan.

"Begitu juga pemain pertahanan, Alex Gomes yang belum mencapai tahap kecergasan kerana baru bersama Pahang dalam tempoh seminggu.

"Bagaimanapun, saya percaya semua pemain akan dapat beraksi dengan lebih baik pada perlawanan kedua nanti terutama memperbaiki segala kelemahan yang ada," katanya
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 5 Februari 2018 | 1:15pm

Jumaat, 2 Februari 2018

Tok Gajah idam tiga mata

Sabtu, 3 Februari 2018 | 11:33am
 
JURULATIH Pahang, Dollah Salleh mahu anak buah guna sebaik mungkin beraksi di laman sendiri. - Foto Farizul Hafiz Awang
Tok Gajah idam tiga mata
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KONGSI ARTIKEL
KUANTAN: Skuad Pahang yang menampilkan barisan pemain baharu, termasuk import mengidam tiga mata apabila melayan kunjungan Perak di Stadium Darul Makmur dalam aksi sulung Liga Super, malam esok.

Biarpun bakal diberi tentangan sengit The Bos Gaurus, skuad Tok Gajah sedia untuk mengecewakan lawannya itu bersandarkan komitmen tinggi pemain.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, kelebihan beraksi di halaman sendiri dalam perlawanan pertama skuad itu musim ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Katanya, kemenangan adalah matlamat utama skuad kendaliannya selain sebagai motivasi untuk mengharungi cabaran besar dalam saingan liga elit itu musim ini.

"Sudah pasti kami mahukan tiga mata dan pemain yang diberi tanggungjawab diharap dapat menjalankan tugas masing-masing dengan sebaiknya," katanya.

Pahang dijangka akan menyenaraikan kelima-lima pemain importnya, termasuk empat yang baharu menyertai skuad itu musim ini berdepan Perak.

Mereka adalah Alex Moraes, Sergio Unrein, Chan Vathanaka, Mohamadou Sumareh dan pemain dari Singapura, Safuwan Baharudin.

Pada masa sama, pengalaman selaku penyerang terbaik tempatan bakal menyaksikan kelibat Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bergandingan dengan Unrein di bahagian serangan.

Sementara itu, pemain tengah, Nor Azam Azih tidak mahu Pahang mempersia-siakan kelebihan beraksi di halaman sendiri.

Justeru, dia bersama rakan sepasukan sudah bersedia untuk merobek kubu The Bos Gaurus untuk memastikan kemenangan menjadi milik skuad Tok Gajah.

"Keutamaan kami adalah kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan kerana pertemuan dengan Perak menjadi sumber inspirasi bagi mengharungi saingan liga musim ini," kata Nor Azam.

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 3 Februari 2018 | 11:33am

Nantikan sengat Davies

 
DAVIES (kanan) beraksi cemerlang membantu skuad B-23 negara pada aksi Kejohanan AFC di China. Foto fail
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my

KEJAYAAN membantu skuad muda negara melakar sejarah layak ke suku akhir Kejohanan B-23 AFC di China baru-baru ini menjadi pencetus semangat buat kapten Pahang, Matthew Davies.

Pemain kelahiran Australia itu berkata, prestasi cemerlang yang dipersembahkan bersama rakan sepasukan itu memberi inspirasi meyakinkan untuk membantu skuad Tok Gajah meraih kejayaan bermakna dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Davies menyatakan dia sememangnya tidak sabar untuk bersama Pahang apabila kembali menyertai latihan pada 18 Januari lalu, bagi menyesuaikan diri bersama rakan termasuk pemain baru.

“Saya cuma harapkan dapat meraih kejayaan dan mempamer semangat seperti dilakukan ketika bersama skuad B-23 kerana ia pencapaian luar biasa di China.

“Pada masa sama, saya bersama Azam (Nor Azam Azih) dan Kogi (R Kogileswaran) dan kami dalam skuad Pahang musim ini berusaha memburu kejuaraan.

“Apa yang diharapkan persefahaman bersama pemain lain untuk membantu Pahang menghasilkan keputusan terbaik musim ini,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

Davies yang menyertai Pahang sejak 2015 dan mendapat kerakyatan Malaysia turut gembira kerana berada pada tahap kecergasan terbaik apabila Pahang memulakan saingan Liga Super bertemu Perak, Ahad ini.


SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2018 @ 3:03 PM