Isnin, 26 Ogos 2019

PENCAPAIAN BOLA SEPAK PAHANG TAHUN 1993


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 1993 Pahang cuma menang Piala Ssubangsih sahaja.Perlawanan Piala Subangsih tahun 1993 berlangsung pada hari Ahad 27 Jun 1993. Piala Subangsih kekal di Pahang apabila Pahang berjaya mengalahkan Sarawak 5-0. Gol-gol Pahang dijaringkan oleh Mubin Mokhtar m-16, Jose Iriste m-20 dan Zainal Abidin Hassan m-23,76 dan 84.[1]

      Pahang Cuma mendapat tempat keempat Divisyen 1 Lliga semi Pro dan gagal mempertahankan Juara Liga Semi Pro yang dimenangi tahun 1992. Pasukan Bola sepa Pahang juga kalah di peringkat Kumpulan B dan gagal mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi pada tahun 1992. Pahang Cuma layak ke Suku akhir Piala FA setelah kalah ditangan Negeri Sembilan 5-3.


[11Majalah Arena Bola Sepak Ogos 1993,51.

Jumaat, 16 Ogos 2019

PAHANG JUARA PIALA SUBANGSIH 1993

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Perlawanan Piala Subangsih tahun 1993 berlangsung pada hari Ahad 27 Jun 1993. Saya menonton perlawanan ini di rumah dan mencatat dalam dairi 1993. Piala Subangsih kekal di Pahang apabila Pahang berjaya mengalahkan Sarawak 5-0. Gol-gol Pahang dijaringkan oleh Mubin Mokhtar m-16, Jose Iriste m-20 dan Zainal Abidin Hassan m-23,76 dan 84.[1]



[1]Majalah arena Bola Sepak Ogos 1993,51.

Sabtu, 10 Ogos 2019

Usah cepat selesa

MyMetroArena
 
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my


KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh tidak mahu anak buahnya selesa selepas mengutip enam mata daripada dua perlawanan Piala Malaysia setakat ini.

Sebaliknya, beliau mengharapkan aksi konsisten terus dipersembahkan skuad Tok Gajah dalam baki empat perlawanan selepas ini.

“Enam mata bukan bermakna kami sudah boleh bergembira kerana perjalanan masih jauh untuk mengisi tempat ke suku akhir. Oleh itu, fokus utama ialah untuk mengutip mata kesembilan apabila bertemu Sabah di Stadium Likas, pada 17 Ogos ini,” katanya.

Mengulas kemenangan 3-0 ke atas juara bertahan, Perak kelmarin, Dollah memuji disiplin ditunjukkan anak buahnya yang berjaya mempertahankan gawang daripada dibolosi lawan.

“Kemenangan ini juga menghilangkan tekanan dihadapi apabila bertemu Perak yang juga juara bertahan. Oleh itu, pujian harus diberikan kepada pemain yang berjaya memastikan tiga mata menjadi milik pasukan,” katanya.

Pada perlawanan itu, tiga gol Pahang dijaringkan Herold Goulon pada minit ke-40, Saddil Ramdani (m-67) dan Lazarus Kaimbi (m-81).

Sementara itu, pengendali Perak, Mehmet Durakovic tetap tenang biarpun skuadnya tewas di tangan Pahang.


GOULON (kiri) menjaringkan satu gol pada perlawanan menentang TFC.
Beliau berkata, kekalahan itu tidak akan menyekat misi The Bos Gaurus untuk mengisi slot suku akhir dengan berbaki empat perlawanan.

“Saya percaya kami akan kembali mencatat kemenangan pada perlawanan ketiga bertemu Pulau Pinang biarpun gagal mencuri mata di Kuantan. Apa yang perlu dilakukan pemain ialah bangkit untuk mengutip tiga mata selepas ini,” katanya.

Mengulas kekalahan di Pahang, Durakovic berkata, jaringan pertama tuan rumah menyentap semangat anak buahnya.

Katanya, tiga gol yang dilepaskan itu berpunca daripada kesilapan sendiri ketika pasukan mahu mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan.

“Tapi, saya akui Pahang bermain dengan baik dan serangan balas yang mereka lakukan menghasilkan gol. Kami cuba bangkit pada babak kedua tetapi gagal sebaliknya Pahang menambah dua lagi gol,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 5:40 AM

Selasa, 6 Ogos 2019

PENJARING GOL PIALA MALAYSIA 2019 SELEPAS PERLAWANAN 1


OLEH-AHMAD BIN YAAK0B
DUA GOL
Diogo Luis Santo  Johor Darul Takzim
Sanjar Shaakhmedov         Terengganu
Nazrin Nawi  Melaka United.
SATU GOL
Safawi Rasid   Darul Takzim
Dickson Nwakaeme          Pahang        
Mohamadou Sumareh  Pahang
Muslim Ahmad Pahang
Julian Bottaro  Pulau Pinang
Pedro Henrique   PJ City
Elizeu Araujo  PJ City
Pedro Victor  PKNP
Syazwan Zainon   Selangor
Ifedayo Omosuyi   Selangor
Christie Jayaseelan  Felda United
Khairul Amri Kamal  Felda United
Shakir Hamzah       Kedah
Fernando Rodriguez          Kedah
Farhan Roslan         Kedah
Ferris Danial Mat Nasir  Negeri Sembilan.
Zarko Korac     UiTM.
Jafri Firdaus   PKNS



PAHANG 3-1 PULAU PINANG

OLEH-AHMAD BIN YAAKB
Pahang     3-1 Pulau Pinang.
PEMAIN PAHANG
01 HELMI ELIZA
02 MATTHEW DAVIES
03 HEROLD MARK COULON
09 NORSAHRUL IDLAN TALAHA
10 DICKSON NWAKAME
11 LAZARUS KAIMBI
16 ZUBIR AZMI
20 NOR AZAMA AZIH
21 SAFUWAN BAHARUDIN
24 MUSLIM AHMAD
26 MOHAMADOU SUMAREH
PEMAIN GANTIAN
07 FAIZAL HALIM

Ahad, 4 Ogos 2019

Dollah puji semangat juang pemain


MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my

PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh memuji semangat juang skuadnya bangkit daripada ketinggalan dan mencatat kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang, malam tadi.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, kemenangan itu cukup bermakna dan menjadi penyuntik semangat untuk menghadapi perlawanan berikutnya.

"Bagi saya, pemain dan pasukan ini menunjukkan prestasi serta semangat yang menarik selepas dikejutkan gol pendahuluan lawan.

"Kita kuasai 70 peratus perlawanan dan hanya melakukan satu kesilapan yang membuka ruang kepada mereka (Pulau Pinang) memperoleh gol.

"Ini perlawanan pertama (saingan Piala Malaysia), saya puas hati dengan persembahan pemain dan saya mahu (corak permainan) kekal konsisten," katanya.

Pada perlawanan malam tadi, tiga gol Pahang, masing-masing satu dijaringkan oleh Dickson Nwakaeme pada minit ke-58, Mohamadou Sumareh (m-66) dan Muslim Ahmad (m-83) manakala gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan Julian Bottaro (m-50).

Dollah juga optimis skuad Tok Gajah mampu melakar kejayaan dalam saingan Piala Malaysia, selepas kecewa dengan saingan Piala FA dan Liga Super.

Sementara itu, Pengendali Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abd Wahid pula berkata, kekalahan itu memadam misi Harimau Kumbang mencuri satu mata di tempat lawan namun dia mengakui tugas mereka sukar kerana lawan adalah pasukan bagus serta mempunyai kekuatan di bahagian serangan.

"Ini adalah perlawanan pertama dan bukanlah bermakna kami sudah berada dalam tekanan... bagi saya, ia adalah permulaan kepada pemain mendapatkan pengalaman.

"Mereka menampilkan aksi yang mantap sepanjang 60 minit perlawanan sebelum mula melakukan kesilapan dan kami terima kekalahan ini sebagai cabaran untuk berdepan perlawanan seterusnya," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Ogos 2019 @ 11:26 AM