Isnin, 26 September 2016

Pahang belum patah semangat



RAZIP (tengah) masih yakin bahawa Pahang mampu mengekalkan tempat mereka dalam saingan Liga Super musim depan.

SKUAD Pahang berikrar untuk beraksi seperti berada di pentas final pada perlawanan terakhir Liga Super pada 22 Oktober depan dalam misi untuk mengelakkan pasukan itu tersingkir ke saingan Liga Premier musim hadapan.

Ketua jurulatihnya, Razip Is­mail berkata, keazaman itu terpahat selepas pasukannya mempamerkan semangat juang yang tinggi ketika menumpaskan Pulau Pinang 1-0 malam kelmarin sehingga membolehkan mereka mengutip tiga mata berharga di halaman sendiri.

“Kami mencatat kemenangan pada malam ini (malam kelma­rin) tetapi saya akui ia satu perlawanan yang sukar buat Pahang. Tugas kami belum lagi selesai kerana Pahang belum selamat, kami ada satu perlawanan lagi untuk diharungi serta wajib menang,” kata Razip kepada pem­berita selepas berakhirnya perlawanan menentang Pulau Pinang di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.

Razip berkata, antara pendekatan perlu diambil dalam usaha memantapkan lagi skuad Tok Gajah itu adalah dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bersama pa­sukan yang dirasakan sesuai.

“Dalam tempoh rehat selama sebulan selepas ini, kami akan melakukan pelbagai persiapan, sudah pasti beberapa perlawanan persahabatan akan diatur dalam tempoh rehat yang agak panjang ini. Kami mahu supaya para pemain meneruskan momentum kemenangan dan sentiasa konsisten ketika beraksi di atas padang,” katanya.

Razip berkata, secara keseluruhan, dia berpuas hati dengan gaya persembahan pemain Pahang termasuk aksi malam kelmarin walaupun situasi sedikit mencemaskan pada babak ke­dua perlawanan tersebut.

“Pada separuh masa kedua, pemain kami berasa tertekan dengan corak permainan pasukan Pulau Pinang yang nampak semakin agresif. Namun, barisan pertahanan dan penjaga gol kami berjaya mengekang serangan pi­hak lawan dengan baik sehingga ke wisel penamat,” katanya.

Kemenangan pasukan Pahang pada perlawanan tersebut membolehkan skuad Tok Gajah itu kini menghuni tangga ke-10 di hadapan Pulau Pinang dan Terengganu apabila berjaya me­ngutip 20 mata.

Skuad Tok Gajah bakal berhadapan dengan T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada perlawanan terakhir liga 22 Oktober nanti.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4LMEsCU4rHakcipta terpelihara

Sabtu, 24 September 2016

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 24.9.2016



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT  2-0 T-Team
m-6 Amirul Hadi
m-26,m-34 Lucero
Terengganu 0-3 Kedah
Selangor 0-0 Perak
Felda United 1-3 Sarawak
Pahang 1-0 Pulau Pinang

TERKINI MASA KEDUA LIGA SUPER 24.9.2016



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT  5-1 T-Team
m-6 Amirul Hadi
m-26,m-34,m-60 Lucero
Terengganu 0-1 Kedah
Selangor 0-1 Perak
Felda United 2-3 Sarawak
Pahang 1-0 Pulau Pinang

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 24.9.2016



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT  4-1 T-Team
m-6 Amirul Hadi
m-26,m-34 Lucero
Terengganu 0-1 Kedah
Selangor 0-0 Perak
Felda United 1-3 Sarawak
Pahang 1-0 Pulau Pinang

JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 24.9.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JDT lawan  T-Team
Terengganu  lawan Kedah
Selangor lawan Perak
Felda United  lawan Sarawak
Pahang lawan Pulau Pinang

Rabu, 14 September 2016

Larsen terus kendali latihan skuad Pahang

ARKIB : 11/08/1998
SESI latihan skuad Pahang bagi persediaan menghadapi Piala Malaysia bermula 17 Ogos ini akan turus dikendalikan oleh Jorgen Erik Larsen walaupun surat peletakkannya sudah diterima, lapor YUSWANDI MAJID.

Naib Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, Larsen tetap akan mengendali latihan skuad Pahang kerana perkara berkenaan hanya akan diputuskan pada mesyuarat Exco PBNP pada 25 Ogos ini.

Katanya, jawatankuasa berkenaan akan membawa beberapa cadangan berhubung surat peletakan jawatan itu kepada Presiden PBNP sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Exco.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengurusan dan pentadbiran PBNP di Kuantan, malam semalam.

Kata Jamal, keputusan mengenai perkara berkenaan hanya akan ditentukan semasa mesyuarat tersebut dan Larsen akan tetap melatih skuad tersebut sehingga mendapat kata putus.

Jamal tidak menolak kemungkinan peletakan jawatan Larsen berpunca daripada rasa kecewa selepas mendakwa pemain tidak mengikut arahannya.

''Saya berpendapat keputusan Larsen mungkin dibuat dalam keadaan emosional dan yakin akan dapat diatasi melalui perbincangan,'' katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan pengurusan PBNP berpuas hati dengan bimbingan Larsen walaupun terlepas menjuarai Perdana Satu.

Katanya, kekecewaan terlepas gelaran pada saat akhir tidak harus dijadikan ukuran kerana telah berjaya memperbaiki kedudukan berbanding musim lalu yang hanya di tangga kesepuluh.

''PBNP memberi kebebasan kepada Larsen untuk mengendalikan pasukan ini dan prestasinya adalah memuaskan,'' katanya.

Mengulas kekecewaan Larsen berhubung keengganan pemain mengikuti arahannya, Jamal berkata, pemain tidak seharusnya mengikut seratus peratus arahan jurulatih dan banyak bergantung kepada situasi sesuatu perlawanan.

Beliau berkata, pemain-pemain juga sepatutnya tidak diperlakukan seperti robot serta tidak terikat dengan apa jua arahan secara keseluruhan.

Sementara itu, Jamal mengumumkan PBNP akan menaikkan kadar tiket perlawanan Piala Malaysia antara RM2 dan RM10.

Beliau berkata, kadar baru yang ditetapkan ialah RM10 bagi tempat duduk tidak berbumbung (kadar lama RM8), tempat duduk berbumbung RM15 (kadar lama RM10), grandstand RM20 (kadar lama RM15) dan grandstand VVIP RM30 (kadar lama RM20).

Katanya, kenaikan tersebut disebabkan PBNP perlu membayar beberapa bayaran berkaitan termasuk 20 peratus duti hiburan yang sebelum ini tidak dikenakan.

''PBNP juga perlu membayar 20 peratus levi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 15 peratus kepada pengurusan stadium dan 10 peratus kepada pengurusan perlawanan,'' katanya.

Beliau berkata, kenaikan kadar tiket itu adalah perkara biasa dan turut dilakukan oleh persatuan-persatuan negeri lain.

Dalam pada itu, beliau berkata, kutipan tiket sepanjang persaingan Liga Perdana tahun ini telah menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.

''Kutipan tiket pada Liga Perdana adalah sekitar RM400,000 berbanding kira-kira RM300,000 pada tahun lalu,'' katanya.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_04.htm#ixzz4KFAGfJW6 © Utusan Melayu (M) Bhd