Ahad, 30 April 2017

Pahang adun ramuan baru

ARKIB : 26/11/2004

SKUAD bimbingan Zainal Abidin Hassan tidak mempunyai pilihan lain selain memenangi perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Perlis di Stadium Darulmakmur dengan jaringan besar sekiranya ingin layak ke babak penentuan.
Malah, Zainal juga khabarnya sudahpun memasang strategi untuk memulihkan semula semangat anak-anak buahnya agar memanfaatkan tempoh 90 minit permainan. Bagi bekas pemain kebangsaan itu peluang melangkah kaki ke perlawanan akhir Piala Malaysia masih terbuka buat Pahang dan berharap kesebelasan skuad Tok Gajah dapat memfokuskan komitmen mereka untuk mencari kemenangan yang besar bagi memastikan tempat ke perlawanan akhir.
``Untuk pusingan kedua, saya akan menumpukan perhatian bagi memulihkan semula semangat mereka supaya mereka menggunakan baki 90 minit lagi perlawanan itu untuk mencipta kemenangan dengan perbezaan jaringan gol yang lebih besar untuk beraksi di final nanti,'' ujar Zainal.
Jurulatih Pahang itu sebelum ini akur dengan peristiwa hitam di lubuk Singa Utara malah menerima kekalahan 2-0 kepada Perlis itu dengan hati terbuka.
Ketika mengulas kekalahan Selasa lalu, menurut Zainal, Pahang sepatutnya tidak tewas dalam perlawanan itu kerana pemain-pemainnya ternyata menguasai hampir 90 minit perlawanan tetapi, oleh kerana terlalu leka mereka akhirnya kecundang 2-0.
``Yang paling ketara saya lihat ialah mereka tidak memberikan komitmen sepenuhnya dalam 90 minit di padang dan sikap leka menyebabkan mereka dihukum dua jaringan gol yang begitu mudah.
``Bagi situasi yang sukar mereka mampu mengawalnya dengan baik dan susah bagi pemain-pemain Perlis bergerak bebas dalam kawasan Pahang,'' katanya.
Sementara itu pengurus Pahang, Datuk Shahiruddin Moin berkata, beliau yakin Zainal sebagai jurulatih dan pemain yang mempunyai ramuan mengadunkan semula strategi untuk menjinakkan Singa Utara.
``Saya berharap para peminat dan penyokong Tok Gajah datang beramai-ramai ke Stadium Darulmakmur bagi memberikan semangat kepada para pemain untuk meneruskan perjuangan.
``Saya tidak nampak kenapa kita tidak boleh beraksi di perlawanan akhir kerana masih mempunyai peluang walaupun tewas dalam pusingan pertama, saya yakin para pemain dapat menilai semula di mana kesilapan yang mereka lakukan dalam pusingan pertama,'' katanya.

Pahang terkulai di Kangar

ARKIB : 24/11/2004
PENYERANG Perlis, Phillimon Chipeta (jersi no. 10) dipeluk oleh rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pertama pasukannya ke atas Pahang dalam perlawanan separuh akhir pertama bola sepak Piala Malaysia di Stadium Utama Negeri, Kangar semalam. - Gambar Ismail Kamadin.


PERLIS yang cuba melakar sejarah untuk mendakap gelaran Piala Malaysia buat pertama kali membuka langkah awal dengan cemerlang apabila mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Pahang dalam saingan separuh akhir pertama di Stadium Utama semalam.
Dua gol jaringan menerusi sentuhan penyerang import, Phillemon Chipeta pada minit kesembilan dan Joao Bandoch minit ke-73 sudah cukup memastikan bekalan selesa Perlis apabila berkunjung ke Stadium Darulmakmur untuk saingan kedua separuh akhir Sabtu ini.
Jaringan tersebut pastinya menceriakan jurulatih Norizan Bakar dalam usahanya untuk memastikan Perlis tidak kecewa buat kali ketiga mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada 4 Disember ini.
Stadium Utama yang dipenuhi kira-kira 20,000 penyokong tuan rumah berteriak gembira sejurus Chipeta meledakkan jaringan pertama seawal minit kesembilan.
Gegak gempita di stadium tersebut bergema lagi apabila Bandoch menjaringkan gol kedua Perlis yang disifatkan bekalan cukup selesa apabila bertandang ke Pahang Sabtu ini.
Jelas, Perlis menguasai pentas saingan sejurus wisel bermula dengan asakan bertali arus yang sering mencemaskan pertahanan Pahang.
Hasilnya tuan rumah lantas merobek kekebalan benteng Pahang apabila gol pertama Perlis muncul seawal minit kesembilan apabila Chipeta mendapat hantaran cantik daripada Mohd. Lamin Conteh Junior meledakkan jaringan menewaskan penjaga gol pelawat, Azmin Azram Aziz.
Gol itu ternyata mengejutkan pahang yang bangkit mengasak untuk mencari gol penyamaan namun dua sepakan percuma yang diambil oleh Jonathan Baff dan Saimon Conosimo di dakap kemas oleh Amran Omar.
Peluang terbaik skuad Tok Gajah hadir pada minit ke-22 apabila rembatan kencang Anthony Josip Milicic yang hanya berdepan dengan Amran berjaya ditepis keluar.
Pasukan tuan rumah juga mampu menambah jaringan pada minit ke-20 apabila Yusri Che Lah yang merembat dari sudut kanan pintu gol lawan melihat bola melintasi di depan gol Pahang ketika Azmin sudah tertewas.
Kira-kira 20,000 penonton yang memenuhi setiap ruang di stadium ceria seketika apabila tandukan Chipeta pada minit ke-35 menerjah pintu gol tetapi dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana berada pada posisi off said.
Pada minit ke-73 gol kedua Perlis menyusul apabila Bandoch yang mendapat hantaran cantik daripada Chipeta melakukan sepakan lambung yang gagal dicapai oleh Azmin Azram.
Gol tersebut terus melenyapkan kegarangan skuad Tok Gajah yang cuba bangkit merapatkan kedudukan tetapi tidak berhasil.

Juzaili bersemangat

ARKIB : 20/11/2004
SETELAH hampir setahun dibelenggu kecederaan pemain tengah Tok Gajah, Juzaili Samion kini kembali meletakkan harapan untuk bangkit semula dengan semangat baru bagi membantu pasukannya layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia.
Pemain yang baru berusia 24 tahun itu berjanji untuk memberikan persembahan terbaik apabila Pahang berkunjung ke Perlis pada perlawanan separuh akhir pertama Selasa ini.
Menurut Juzaili, peluang keemasan tersebut akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan Tok Gajah tidak kempunan lagi untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia.
``Saya bersyukur kerana masih berpeluang beraksi untuk musim ini dan mengharap dapat diturunkan apabila bertemu Perlis nanti,'' katanya semalam.
Juzaili dilanda kecederaan serius di bahagian lutut kanannya sewaktu Pahang menentang pasukan Telekom Melaka dalam perlawanan persahabatan di Stadium Selayang, tahun lalu.
Akibat kecederaan itu, dia menjalani pembedahan lutut kanan dan terpaksa berehat selama hampir setahun bagi memastikan kecederaannya itu tidak berulang.
Mengulas lanjut dia berkata, walaupun agak lama tidak bermain tetapi ia sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk bersama-sama rakan sepasukan berjuang menentang pasukan Perlis.
Juzaili berkata, dia sudah kembali cergas dan bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama skuad Tok Gajah setelah berpeluang mengharungi beberapa perlawanan di peringkat kumpulan Piala Malaysia.
``Saya mula bermain sewaktu Pahang membelasah PKNS 5-0 di Stadium Darul Makmur pada September lalu,'' ujarnya.
Ketika ditanya sama ada kecederaan yang dialami telah mengganggu rentak permainannya, Juzaili tidak menafikan yang dia terlalu berhati-hati bagi memastikan kecederaannya tidak berulang.
``Pada awalnya saya berasa agak kekok dan berhati-hati kerana saya takut kecederaan akan berulang tetapi lama-kelamaan saya mula mendapat rentak dan kini saya sudah kembali yakin untuk beraksi 100 peratus di padang,'' katanya.
Pemain itu mendapat bayaran faedah sebanyak RM19,960 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ekoran kecederaan itu.
Menurutnya lagi, dia percaya peluang Pahang untuk mara ke perlawanan akhir amat cerah memandangkan prestasi Tok Gajah kini di tahap terbaik.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4fmdMbpLI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Peluang masih terbuka

TONGGAK Kedah, Ken Ilso Larsen cuba melepasi halangan dua pemain
Kedah, Pahang menang tipis
TONGGAK Kedah, Ken Ilso Larsen cuba melepasi halangan dua pemain Terengganu dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darulaman, Alor Setar malam tadi.
KUALA LUMPUR 30 April - Kedah dan Pahang masing-masing gagal membawa bekalan selesa apabila sekadar meraih kemenangan tipis ke atas lawan mereka dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA hari ini.
Skuad Lang Merah seharusnya mampu meraih kemenangan lebih daripada 1-0 ke atas Terengganu yang mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain di Stadium Darul Aman namun beberapa peluang keemasan itu dipersiakan oleh barisan serangan tuan rumah.
Gol tunggal Kedah dijaringkan menerusi pemain gantian Muhammad Farhan Roslan pada minit ke-72 yang melakukan rembatan deras selepas menerima umpanan daripada rakan sepasukannya, Ken Ilso.
Biarpun bermain dalam keadaan hujan lebat, Kedah tetap melakukan asakan bertali arus ke kubu pelawat dan serangan terus digandakan selepas pertahanan Terengganu, Adib Aizuddin dilayangkan kad merah kerana menerima kad kuning kedua atas tindakannya mengasari Farhan pada minit ke-78.
Bagaimanapun kecemerlangan penjaga gol Terengganu, Amierul Hakimi Awang juga harus diberi pujian kerana memainkan peranan penting buat pasukan pelawat daripada dibolosi dengan jaringan yang banyak.
Sementara itu, gol sendiri pemain Negeri Sembilan, Annas Rahmat yang tertampan rembatan Ashari Samsudin memberi kemenangan 1-0 untuk Tok Gajah ke atas pasukan pelawat di Stadium Darul Makmur.
Menerusi kemenangan tipis itu, anak buah Dollah Salleh memilih laluan sukar untuk ke perlawanan akhir apabila bakal bertandang ke gelanggang lawan untuk aksi separuh akhir kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 13 Mei ini.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling melakukan serangan terutama Pahang melalui gandingan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Matheus Alves.
Berbanding Pahang, skuad Hoben Jang Hoben kelihatan agak sukar untuk memecah kubu pertahanan Tok Gajah.

KEPUTUSAN MASA PERTAMA PIALA FA 30.4.2017


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pahang           0- 0     Negeri Sembilan


Kedah             0-0      Terengganu

TERKINI PIALA FA 30.4.2017


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pahang           0- 0     Negeri Sembilan


Kedah             0-0      Terengganu

Sabtu, 29 April 2017

Pahang belum tentukan pemain

ARKIB : 25/10/2004
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) masih belum memutuskan sebarang kedudukan para pemainnya yang bakal beraksi pada musim depan memandangkan tumpuan mereka kini kepada persaingan separuh akhir Piala Malaysia yang akan bermula pada November ini.
Timbalan Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata, buat masa ini, PBNP perlu memberi perhatian serius kepada persaingan Piala Malaysia di mana skuad Tok Gajah telah dijadualkan bertemu dengan pasukan Perlis.
``Berhubung pemain baru atau pengguguran pemain bagi mengharungi Liga Malaysia khususnya Liga Super 2005 hanya akan diputuskan apabila saingan Piala Malaysia telah berakhir,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Pahang membenam Kelab India Pahang dengan keputusan 6-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.
Tengku Abdul Rahman memberitahu, setakat ini, beliau tidak mahu memberi sebarang komen berhubung kedudukan para pemain Pahang kerana masanya tidak sesuai untuk hal itu diperbincangkan.
Katanya lagi, jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan akan diberi tanggungjawab untuk membuat pemilihan sebelum sebarang keputusan muktamad diambil.
``Setakat ini, masih terlalu awal untuk saya memberi sebarang keputusan mengenai hal tersebut kerana para pemain perlu menumpukan perhatian kepada perlawanan menentang Perlis,'' tegasnya.
Mengulas mengenai persiapan Pahang untuk menghadapi persaingan separuh akhir, jelas beliau, buat masa ini, perancangan yang telah dilakukan oleh Zainal sebagai jurulatih telah berjalan dengan lancar dan sempurna.
Beliau berkata, bagi memastikan kecergasan dan persefahaman yang dibentuk oleh barisan pemain Tok Gajah berada di tahap terbaik, Pahang akan mengadakan perlawanan persahabatan pada setiap hari Sabtu sepanjang bulan ramadan ini.
``Perlawanan persahabatan ini amat penting bagi menguji dan mengenal pasti segala kelemahan dalam pasukan sebagai persiapan untuk menentang Perlis,'' ujarnya.
Tengku Abdul Rahman berharap pemain-pemain Pahang akan dapat menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pasukan walaupun dalam perlawanan persahabatan itu mereka hanya bertemu dengan pasukan yang berstatus kelab tempatan.

Latihan edisi khas mantapkan Pahang

ARKIB : 25/10/2004
JUARA Liga Super 2004, Pahang, yang membuat persediaan mengharungi perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia, kini giat menjalani latihan serta latihan edisi khas sekalipun menjalani ibadah puasa.
Sebelum ini para pemain bukan sahaja dikerah menjalani latihan tambahan pada sesi pagi seperti biasa dan latihan tambahan pada sesi petang dan malam, dan kini mereka perlu mengharungi edisi khas latihan tambahan.
Setiap Sabtu untuk sepanjang tempoh bulan puasa ini, para pemain skuad Tok Gajah itu perlu mengharungi perlawanan persahabatan.
``Kita akan adakan perlawanan persahabatan setiap Sabtu, 10 malam, tujuannya bagi memantapkan dan meningkatkan kecergasan para pemain,'' kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Katanya, sesi latihan tambahan itu bertujuan mengelak para pemain berehat terlalu lama daripada aksi sebenar perlawanan yang mungkin akhirnya akan menjejaskan tumpuan mereka untuk mengharungi perlawanan separuh akhir nanti.
Pada perlawanan persahabatan malam tadi di Stadium Darulmakmur, Pahang membelasah pasukan Kelab India Pahang 6-0.
Tengku Abdul Rahman turut berharap pemain utama seperti Hairuddin Omar, Irwan Fadli Idrus dan Shahril Faizal Sharifudin akan pulih daripada kecederaan sebelum perlawanan separuh akhir nanti.
Sementara itu, jurulatih Pahang Zainal Abidin berkata latihan pada bulan puasa diharap dapat meningkatkan tahap daya tahan diri dan memperbaiki kelemahan pasukan.
Pahang akan berkunjung ke Kangar bagi menghadapi Perlis pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia pada 23 November, sebelum menanti ``Singa Utara'' di Kuantan pada 27 November. - Bernama

‘Lupakan keletihan’

Pahang akan berdepan dengan Negeri Sembilan dalam separuh akhir pertama Piala FA di Kuantan malam ini tanpa Mohamadou Sumareh (kiri) yang digantung perlawanan.
KUANTAN 29 April - Walaupun belum cukup rehat dan masih lagi keletihan, barisan pemain Pahang diingatkan supaya melupakannya dan sebaliknya fokus kepada misi menumpaskan Negeri Sembilan dalam separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini malam esok.
Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh mengakui hampir keseluruhan pemainnya masih keletihan dan situasi itu jelas dapat dilihat ketika mereka menghadapi Felda United dalam kempen Liga Super baru-baru ini.
“Saya harap pemain-pemain tidak lepaskan peluang untuk mendapatkan tempat dalam perlawanan final. Saya lihat, semua pemain pun memandang ke hadapan untuk mendapatkan tempat ke final.
“Rasa letih harus dilupakan kalau mahu memenangi perlawanan. Saya harap beraksi di tempat sendiri akan beri kelebihan kepada pemain-pemain yang keletihan,” katanya di sini hari ini.
Selepas menyingkirkan juara tahun lalu Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi agregat 4-3 dalam suku akhir kedua Piala FA di Johor Bahru pada Ahad lalu, Pahang melayan pula kunjungan Felda United di Stadium Darul Makmur tiga hari kemudian dalam kempen liga yang berakhir seri 1-1.
Dalam keadaan masih keletihan, mereka perlu pula berhadapan de­ngan Negeri Sembilan dalam separuh akhir pertama Piala FA di Kuantan malam esok.
Dollah meminta anak buahnya untuk kekal fokus kepada perlawanan menentang Negeri Sembilan walaupun akan beraksi tanpa penyerang dari Gambia, Mohamadou Sumareh yang digantung satu perlawanan.

Jumaat, 28 April 2017

Penggantungan Sumareh tindakan tidak masuk akal

 MOHAMADOU SUMARE H (tengah) menjadi ‘ayam tambatan’ Pahang dalam setiap perlawanan tetapi penggantun
MOHAMADOU SUMAREH (tengah) menjadi ‘ayam tambatan’ Pahang dalam setiap perlawanan tetapi penggantungan yang dikenakan terhadapnya sudah pasti mengganggu rentak Pahang untuk beraksi dalam separuh akhir Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan Ahad ini.
KUANTAN 27 April - Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung Mohamadou Sumareh menjelang aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Darul Makmur Ahad ini disifatkan sebagai tindakan tidak masuk akal seperti yang sering disaksikan dalam sesebuah kisah dongeng.
Pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata, beliau mengakui berang selepas dimaklumkan berhubung penggantungan pe­nyerang importnya itu.
“Apabila dapat tahu, saya terperanjat. Saya masih tidak faham dengan jelas, kenapa Sumareh digantung dan kalau dilihat semula video (rakaman), memang jelas Sumareh tidak pukul sesiapa, sebaliknya dia yang dipukul.
“Ini sudah macam cerita dongeng (tidak masuk akal), orang yang tidak bersalah pula yang kena hukum,” katanya selepas perlawanan Liga Super Pahang menentang Felda United di Stadium Darul Makmur di sini malam semalam.
Selepas berjaya menyingkirkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi agregat 4-3 pada suku akhir kedua Piala FA di Larkin baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu mengeluarkan kenyataan berhubung penggantungan satu perlawanan serta denda RM3,000 ke atas Sumareh bagi aksi menentang Negeri Sembilan dalam saingan separuh ak­hir pertama Piala FA.
Hukuman tersebut dikenakan ke atas penyerang dari Gambia itu kerana dikatakan mengasari pemain JDT, Afif Fazail berselang seminit selepas Sumareh mencetak gol kelayakan agregat Pahang pada minit ke-86.
Mengulas lanjut, Dollah berkata, keputusan penggantungan Sumareh juga mengelirukan kerana penyerang itu tidak melakukan sebarang kesalahan serta tidak dilayangkan sebarang kad.
“Pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tidak perlu meminta sebarang penjelasan, kerana kami masih tidak menerima sebarang surat penjelasan berhubung hukuman itu daripada FAM.
“Saya bimbang kalau surat penggantungan dikeluarkan pada hari perlawanan. Kalau itu berlaku, ia sudah macam satu penganiayaan kepada pemain. Itu undang-undang diktator,” tegasnya.
Sementara itu, Sumareh ketika ditemui turut mengakui masih bingung berhubung punca sebenar dikenakan hukuman sedemikian meskipun sudah berkali-kali menyaksikan semula rakaman insiden berkenaan.
“Kalau jurulatih terkejut, sudah tentu saya lebih terkejut. Tolong beritahu saya mengenai apa sebenarnya kesalahan saya. Begitu jelas saya tidak menolak (mengasari) sesiapa, semua ini sungguh tidak masuk akal.
“Saya benar-benar tidak senang hati dengan keputusan itu kerana dihukum atas kesalahan yang tidak saya lakukan. Saya minta tolong berilah penjelasan kepada saya,” ujarnya.

Tidak terjejas tanpa Sumareh

 AYAM tambatan Pahang, Mohamadou Sumareh (kanan) terlepas peluang menentang Negeri Sembilan dalam aks
KUANTAN 28 April - Ketiadaan Mohamadou Sumareh yang digantung perlawanan dan terlepas aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur pada 30 April ini tidak akan menjejaskan tumpuan Tok Gajah bagi menghadapi Negeri Sembilan.
Ketua pasukan Pahang, Matthew Davies berkata, bukan sahaja Sumareh malah pemain Tok Gajah juga kecewa penyerang dari Gambia itu digantung perlawanan dan tidak dapat bermain pada separuh akhir pertama Piala FA.
“Sudah tentu kami kecewa tetapi saya percaya Pahang mempunyai ramai pemain berkualiti yang boleh menggantikan tempat Sumareh.
“Kami sudah tentu akan memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri dan mendapatkan bekalan selesa untuk perlawanan separuh akhir kedua di gelanggang lawan nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu mengeluarkan kenyataan berhubung penggantungan satu perlawanan serta denda RM3,000 ke atas Sumareh bagi aksi menentang Negeri Sembilan dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA.
Hukuman itu dikenakan ke atas penyerang dari Gambia itu kerana dikatakan mengasari pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Afif Fazail pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Larkin.
Sementara itu, pemain tengah, Ahmad Syamim Yahya berkata, dia yakin rakan sepasukannya yang lain mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Sumareh.
“Saya percaya dengan kemampuan rakan sepasukan lain termasuk dengan kehadiran Nurridzuan Abu Hassan dan Christie Jayaseelan yang sudah boleh beraksi selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
“Cuma saya harapkan mereka cepat dapat menyesuaikan diri untuk perlawanan ini kerana lawan pastinya akan memberikan tentangan sengit kepada Pahang,” katanya.
Seorang lagi tonggak Tok Gajah, Nor Azam Azih juga menaruh keyakinan bahawa pasukan bimbingan jurulatih, Dollah Salleh itu mampu beraksi dengan baik walaupun ketiadaan Sumareh.
“Tidak dinafikan Sumareh adalah pemain yang pantas dan boleh mengucar-kacirkan pertahanan lawan, namun saya percaya pemain Tok Gajah lain juga boleh berbuat demikian dan menggantikan tempatnya,” ujarnya.

Rabu, 26 April 2017

Sumareh ranap impian JDT

AHAD, 23 APRIL 2017 @ 11:40 PM
Oleh Rizar Mohd Noor rizar@bh.com.my
 
PEMAIN Pahang, Sumareh Mohamadou (kanan) meraikan jaringan gol pertama pada aksi suku akhir kedua Piala FA 2017, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Hajat Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA musnah selepas sekadar menewaskan Pahang 2-1 pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, sebentar tadi.

 Kemenangan tipis itu menyaksikan anak buah Benjamin Mora terpaksa akur tewas 3-4 secara agregat sekali gus membolehkan Pahang mara ke separuh akhir menentang Negeri Sembilan.

Apapun, Mohamadou Sumareh menjadi wira buat skuad Tok Gajah selepas menjaring gol penting pada hujung perlawanan sekali gus meranapkan impian Harimau Selatan. Tuan rumah yang menguasai perlawanan sebaik babak pertama bermula tidak menunggu lama untuk mencipta jaringan pada minit kelima selepas bola umpanan Safiq Rahim tepat kepada Gonzalo Cabrera yang bertindak menyusup masuk ke dalam kotak penalti sebelum merembat bola leret menewaskan penjaga gol, Wan Muhd Azraie Wan Teh untuk merapat jurang agregat 2-3.

Tersentak dengan gol awal itu anak didik Dollah Salleh kembali menyusun strategi untuk mencari gol penyamaan namun bola tandukan Heo Jae-won pada minit ke-10 berpunca daripada sepakan sudut Mohd Syamim Yahya ditepis penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan.

Gabriel Guerra nyaris menambah jaringan buat tuan rumah pada minit ke-18 selepas bertindak menggelecek dua pertahanan skuad Tok Gajah namun bola rembatan deras memaksa Wan Muhd Azraie merebahkan badan untuk menampan bol. Usaha berterusan tuan rumah membuahkan hasil pada minit ke-22 selepas bola lorongan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham tepat kepada Guerra yang berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum merembat bola leret menewaskan Wan Muhd Azraie untuk meletak skuad Harimau Selatan 2-0 dan berada di landasan layak ke separuh akhir menerusi agregat 3-3 tatkala memiliki kelebihan jaringan gol di tempat lawan.

Sepakan lencong Guerra di luar kotak penalti pada minit ke-26 hampir memerangkap Wan Muhd Azraie yang tampak sudah tertewas namun bola sekadar sipi di sebelah kiri pintu gol memberi kelegaan buat skuad Tok Gajah daripada dibolosi kali ketiga.

Sepanjang 20 minit babak kedua, tuan rumah yang tampak begitu selesa dengan kedudukan 2-0 mula beraksi dengan corak permainan berhati-hati dan kerap menutup ruang pelawat daripada bertindak melakukan percubaan berbahaya.

Namun ketika aksi berbaki empat minit, pelawat bangkit mencipta gol hasil sepakan lambung pemain gantian Muhd Nurridzuan Abu Hassan tepat kepada Mahamadou Sumareh yang menanduk bola menewaskan Izham Tarmizi untuk memastikan Pahang mara ke separuh akhir menerusi agregat 4-3.


SUMBER-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/275072

Selasa, 25 April 2017

Pahang tunjuk garang

ARKIB : 30/08/2004
JUARA Liga Super, Pahang meneruskan buruan untuk merangkul kejuaraan berganda musim ini selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A bola sepak Piala Malaysia dengan menewaskan MK Land 3-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.
Pemain import dari Australia, Anthony Milicic menjaringkan dua gol buat Tok Gajah pada minit ke-15 dan 66 dan pe-nyerang, Azizul Kamaluddin turut mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-36.
Pahang kini mengukuhkan kedudukan di tangga teratas kumpulan dengan enam mata selepas dua perlawanan.
Kedah mengekori rapat Pahang di tangga kedua dengan empat mata selepas membelasah PKNS 5-0 di Stadium Darul Aman, Alor Star.
Penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli bermain cemerlang dengan menjaringkan empat gol pada minit ketujuh, 28, 62 dan 74 manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Marcos Magno pada ke-37.
Keputusan perlawanan lain: Pulau Pinang 2 Perak 1; Negeri Sembilan 2 MPPJ 0; Kuala Lumpur 1 Public Bank 4; Selangor 1 Sarawak 0; Johor FC 3 Sabah 3; Perlis 3 Telekom Melaka 2.

Pahang mudah jinakkan PKNS

ARKIB : 27/08/2004
JUARA Liga Super 2004, Pahang membuka tirai kempen pertamanya dengan penuh bergaya menewaskan PKNS Selangor 4-1 dalam saingan Kumpulan A bola sepak Piala Malaysia di Stadium Petaling Jaya semalam..
Dua gol menerusi pemain antarabangsa Australia, Anthony Josip Milicic pada minit pertama dan minit ke-83, Jalaluddin Jaafar (minit ke-53) dan Indra Putra Mahayuddin (minit ke-72) sudah cukup melegakan buat Pahang mengutip tiga mata penuh.
Manakala gol saguhati tuan rumah dihasilkan oleh pemain import, Roman Strba pada minit ke-56.
Kekentalan skuad Pahang terserlah seawal minit pertama apabila benteng pertahanan PKNS bocor setelah Josip Milicic merembat kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol tu-an rumah, Rosli Mohd. Hashim.
Tersentak dengan gol awal itu, PKNS cuba menggandakan asakan bertali arus mencari gol penyamaan tetapi benteng pertahanan skuad Tok gajah sukar ditembusi.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga babak pertama berakhir.
Sejurus babak kedua bermula, Pahang terus menguasai rentak permainan sambil PKNS cuba memberi saingan.
Begitupun, kelebihan milik pasukan pelawat pada minit ke-53 apabila Jalaluddin Jaafar menyambut bola muntah dari luar kotak penalti untuk melepaskan rembatan yang menggegar jaring PKNS buat kali kedua.
Tersentak buat kali kedua, PKNS tangkas bangkit memberikan saingan dan gol yang dicari menyusul tiga minit selepas jaringan pasukan pelawat.
Dalam keadaan kelam kabut di ka-wasan kotak penalti skuad Tok Gajah, penyerangnya Roman Strba tangkas mencuri peluang melepaskan rembatan kencang menewaskan Azmin Azram untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Pahang nyata tidak rasa terancam dengan jaringan PKNS sebaliknya lebih bijak mengatur gerakan untuk mencemaskan benteng tuan rumah.
Pada minit ke-72, pemain kebangsaan Indra Putra pula mempamerkan kelincahannya.
Hasil daripada hantaran jauh, dia berjaya mengelecek seorang pertahanan tuan rumah sebelum meledakkan sepa-kan kencang kaki kanan untuk gol ketiga Pahang.
Belum sempat PKNS reda dengan ja-ringan ketiga, Anthony Josip menambah derita pasukan tuan rumah akibat kesilapan benteng pertahanan.
Pemain dari Australia itu tidak meng-hadapi masalah untuk meledakkan gol keempat Pahang tujuh minit sebelum babak perlawanan berakhir.

Laluan selesa untuk Pahang

ARKIB : 16/08/2004
MPPJ Selangor berdepan tugas sukar untuk mempertahankan Piala Malaysia ketika juara Liga Super, Pahang kelihatan menerima laluan mudah pada pusingan awal yang akan bermula pada 25 Ogos ini selepas undian peringkat kumpulan dilakukan semalam.
Dalam undian yang dikendalikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Hotel Mutiara, Kuala Lumpur, Pahang diletakkan dalam Kumpulan A.
Mereka akan bertemu PKNS Selangor pada perlawanan pertama. Dua lagi pencabar mereka ialah Kedah dan MK Land.
MPPJ diundi dalam kumpulan yang boleh dianggap paling sukar bersama-sama Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang, pasukan pertama yang akan mereka layan.
Pahang bagaimanapun tidak melihat kedudukan mereka dalam Kumpulan A sebagai mudah sekalipun dua pencabarnya, PKNS dan MK Land adalah peserta baru dalam pertandingan Piala Malaysia.
``Liga Super sudah menjadi sejarah,'' kata jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan. ``Piala Malaysia ialah satu pertandingan yang baru, jadi saya menganggap tiada pasukan yang patut berasa mereka adalah favourite.''
Pengurus MPPJ, Redzuan Sintol pula tetap yakin pasukannya mampu pergi jauh ``tetapi lebih sukar mempertahankan kejuaraan daripada mahu memenanginya.''
``MPPJ telah membuka satu lembaran baru dalam bola sepak Malaysia, jadi pertemuan dengan mereka pasti menarik,'' kata pengurus Perak, Datuk Jamal Nasir Rasdi.
Juara terbanyak Piala Malaysia sebanyak 29 kali, Selangor pula berharap pertandingan Piala Malaysia ini akan menjadi batu loncatan untuk mereka mengembalikan martabat seperti yang pernah mereka kecapi sebelum ini.
Pasukan di tangga ketiga Liga Super, Perlis pula menerajui persaingan dalam Kumpulan D dan akan berdepan dengan juara Kumpulan A Liga Perdana 2004, Telekom Melaka, Sabah dan Johor FC.
Sementara itu, Indra Putra Mahayuddin menerima anugerah kasut emasnya selepas majlis undian. Penyerang Pahang dan kebangsaan itu menjaringkan 15 gol dalam 21 perlawanan Liga Super.
Penyerang Selangor, Brian Fuentes dari Argentina pula menjaringkan 24 gol sepanjang 24 perlawanan dalam Liga Perdana untuk menerima anugerah kasut emas Liga Perdana.

Sejarah tercipta buat Pahang

ARKIB : 09/08/2004

Skuad bola sepak Pahang mencipta sejarah yang tersendiri apabila menjadi pasukan pertama menjuarai Liga Super yang mula diperkenalkan tahun ini.
Kejayaan itu meletakan Pahang atau lebih dikenali sebagai skuad Tok Gajah satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah digelanggang sendiri dan menjadi pasukan yang cukup dihormati dan dicemburui oleh pasukan lawan.
Namun bagi jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan perjalanan skuad didikannya itu masih jauh, mereka kini sedang bersiap sedia untuk mengharungi kempen Piala Malaysia dan Piala FA.
``Kejayaan ini adalah satu sejarah yang cukup bermakna tetapi saya ingin mengingatkan para pemain supaya mereka melupakan sejarah kejayaan menjuarai Liga Super.
Saya berharap mereka tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan tersebut kerana perjalanan untuk meletakkan Pahang sebagai skuad elit masih jauh dan mereka boleh dikategorikan benar-benar pemain elit dan berada dalam kelas tersendiri jika mereka mampu menjulang Piala Malaysia dan FA,'' ujar Zainal kepada pemberita mengulas kejayaan kesebelasan pemain Pahang menjuarai carta Liga Super.
Daripada 21 perlawanan Tok Gajah hanya tewas dua kali sahaja di gelanggang lawan iaitu tewas pasukan Perak dan Perlis.
Bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap dan berkualiti Zainal yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan sentiasa menanamkan sikap tidak muda berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai oleh anak buahnya.
Sebab itu pemain import Pahang sentiasa bersilih ganti kerana beliau tidak mudah berpuas hati dan sentiasa ingin mencuba dalam usaha untuk mencari pemain import yang terbaik.
Hampir 10 pemain import yang menawar diri untuk menganggotai kesebelasan skuad Tok Gajah bermula dengan dua pemain Argentina iaitu Huracio Hernando dan Lucas Ariel Commennelli dan selepas itu muncul pelbagai nama lagi antaranya ialah Mamado Dialo (Nigeria), Jonathan Bass (England), tiga pemain dari Australia Anthony Milicic, James Methew Bingley dan Simon Collosimo.
Namun sehingga berakhirnya kempen Liga Super hanya Jonathan Bass dan Anthony Milicic sahaja yang terus kekal mendapat kepercayaan Zainal.
Sementara itu Mamado Dialo, pemain yang pernah beraksi dalam liga Eropah dan Amerika Syarikat pernah ditolak Zainal semasa pemain itu menawarkan diri sebelum bermulanya Liga Super kerana tidak berpuas hati dengan prestasi pemain dari Nigeria itu.
Namun kecederaan teruk yang menimpa ayam tambatan Pahang, Fernando Huracio memaksa Zainal memanggil semula Mamado apabila khidmat Huracio ditamatkan.
Selepas itu seorang lagi pemain Argentina, Lucas Ariel Commennelli di singkirkan kerana prestasinya yang semakin menurun.
Manakala pemain dari Australia, James Methew Bingley hanya sempat bermain dua perlawanan sahaja sebelum digantikan oleh Simon Collosimo dan khabar terbaru Zainal ingin mencuba seorang lagi pemain import dari Brazil dan jika berpuas hati dengan prestasinya kemungkinan Jonathan Bass ataupun Simon Collosimo akan tersingkir.
``Saya ingin mengingatkan kesebelasan pemain Pahang supaya bersedia untuk mengharungi Piala Malaysia dan mereka perlu ingat setiap pasukan yang bercita-cita tinggi untuk menewaskan kami.
``Sebab itu saya berharap mereka (pemain) tidak perlu memikirkan soal ganjaran selepas menjadi juara tetapi perlu ingat pertarungan dalam Piala Malaysia lebih getir dan mencabar,'' ujar Zainal.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4fFhTuBPg
© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 24 April 2017

Pahang sedih dalam ceria

ARKIB : 05/08/2004
KEJAYAAN pasukan bola sepak Pahang yang di nobat selaku juara sulung Liga Super di Kuantan kelmarin agak suram apabila para pemain tidak berpeluang mendakap piala tersebut di depan penyokong sendiri.
Rasa terkilan itu disuarakan sendiri oleh Pengurus Pasukan Pahang, Datuk Shahiruddin Ab. Moin yang agak kecewa apabila para pemainnya tidak berpeluang mendakap piala berkenaan sebaik sahaja mereka dinobatkan sebagai juara.
``Selaku pengurus saya berasa agak sedih dan terkilan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menyerahkan piala Liga Super kepada kami malam ini (kelmarin) kerana sambutannya akan lebih meriah jika piala itu disampaikan sebaik sahaja perlawanan tamat,'' katanya ketika ditemui sebaik sahaja perlawanan tamat, kelmarin.
Bagaimanapun, Shahiruddin memberitahu, walau apa jua tindakan FAM itu, pihaknya terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat dan beliau berasa bersyukur di atas kemenangan tersebut. Pahang muncul juara sulung Liga Super selepas menundukkan Kedah 2-1 di Stadium Darulmakmur, Kuantan kelmarin menerusi gol Anthony Milicic dan Simon Colosimo.
Sekalipun terlepas peluang mendakap piala Liga Super di gelanggang sendiri, Pahang menarik nafas lega selepas kejayaan kelmarin.
Laluan berliku terpaksa ditempuhi oleh Tok Gajah apabila mereka tumpas 2-1 kepada Perlis minggu lalu dan peluang kedua yang muncul lebih-lebih lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri tidak mungkin dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Walaupun hanya berhadapan dengan pasukan tercorot Liga Super iaitu Kedah tetapi anak-anak buah Zainal Abidin Hassan tidak diberi laluan mudah apabila mereka menerima tentangan sengit daripada pasukan pelawat.
Namun begitu, semangat yang membara telah membawa ledakan gol Milicic dan Colosimo meletakkan pasukan Tok Gajah sebagai juara Liga Super.
Kemenangan tersebut tepat sebagaimana kata Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Pahang mahu menang di gelanggang sendiri dan terbukti kini.

Chipeta tunda hajat Pahang

ARKIB : 01/08/2004
PERLIS dan Phillimon Chipeta menunda hasrat Pahang untuk meraikan kejuaraan lebih awal setelah menumpaskan pendahulu Liga Super itu 2-1 dalam perlawanan di Stadium Utama, Kangar semalam.
Tetapi peluang mereka untuk muncul pasukan pertama menjuarai Liga Super tetap cerah apabila pencabar terdekat, Perak sekadar mengutip satu mata di Alor Star.
Ia bermakna seri dalam dua baki perlawanan sudah cukup buat Pahang muncul juara apabila menentang Kedah pada Selasa dan Sabah Sabtu depan.
Pahang mendahului ketika permainan berusia 24 minit. Matthew Bingley meletakkan mereka di depan setelah menanduk masuk bola umpanan Fadzli Shaari.
Keadaan padang yang licin akibat hujan renyai di awal permainan menyukarkan pergerakan kedua-dua pasukan.
Pahang hanya mampu bertahan sehingga minit ke-38 apabila Lamin Conteh Jr. membuat sepakan lambung yang nampak tidak berbahaya. Tetapi bola yang licin gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol, Azmin Azram Aziz untuk membuka peluang kepada Joao Bandoch menolak masuk dengan mudah dari jarak dekat.
Segala-galanya berakhir buat Pahang pada minit ke-52 apabila Chipeta mengambil kesempatan atas kelalaian pertahanan lawan untuk melepaskan rembatan kaki kiri dari dalam kawasan penalti untuk gol kemenangan.
Pahang mengumpul 41 mata daripada 19 perlawanan dan mendahului Perak dengan enam mata.
Perak gagal menggunakan kesempatan ketika bertemu dengan pasukan di tangga tercorot, Kedah di Stadium Darulaman, Alor Star apabila sekadar seri tanpa jaringan.
Mereka kini perlu menang kedua-dua perlawanan dengan jumlah jaringan yang besar jika masih bersemangat untuk merampas kejuaraan yang telah begitu hampir ke dakapan Pahang.
Sementara itu, Pulau Pinang menundukkan Sabah 1-0 hasil jaringan Jose Barreto pada minit ke-31 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang tetapi tidak mengubah kedudukan di tangga kelima dengan 21 mata.
Sarawak pula berpeluang kekal dalam Liga Super apabila mengejutkan Public Bank dengan 1-0 di Stadium Sarawak, Kuching hasil jaringan Ramles Sari pada minit ke-10.
Sarawak melonjak dua anak tangga ke kedudukan keenam dengan 16 mata diikuti oleh Sabah ketujuh dengan 14 mata. Kedah turut mengumpul 14 mata tetapi kembali tercorot kerana perbezaan jumlah gol.

Pahang tidak mungkin terhalang

ARKIB : 31/07/2004
STADIUM Utama di Kangar bakal riuh rendah dengan sorakan dan jeritan gembira skuad bola sepak Pahang dan penyokong-penyokongnya kerana kemenangan ke atas pasukan tuan rumah, Perlis malam ini akan mengesahkan trofi sulung Liga Super menjadi milik mutlak mereka.
Kemungkinan itu bakal disaksikan jika skuad Tok Gajah berjaya mengatasi Singa Utara dalam aksi ke-19 daripada 21 perlawanan liga itu.
Walaupun kempen masih berbaki dua perlawanan selepas aksi malam ini, Pahang kemungkinan tidak terhalang daripada merangkul trofi itu.
Jika perlawanan di Kangar malam ini memihak kepada Pahang, apa sahaja keputusan perlawanan lain terutama melibatkan saingan utama, Perak dan Public Bank tidak mampu lagi menyekat skuad Zainal Abidin Hassan daripada menjulang trofi Liga Super.
Selepas 18 perlawanan, Pahang kukuh di tangga teratas dengan 41 mata, memiliki kelebihan tujuh mata di depan Perak yang mengumpul 34 mata dan sembilan mata dengan Public Bank.
Namun, Pahang tidak harus terlalu yakin kerana pertarungan merebut gelaran akan kembali terbuka jika Tok Gajah seri atau tewas di Kangar dan Perak dan Public Bank menang ke atas lawan masing-masing.
Tetapi gelaran juara akan tetap disandang Pahang jika mereka tewas kepada Perlis dan Perak turut kecundang kepada Kedah.
Kemungkinan Pahang diikat oleh Perlis atau mungkin tewas tetap ada. Jika melihat kepada dua pertemuan antara dua pasukan itu pada dua pusingan pertama, kedua-dua pasukan sama handal.
Mereka seri 2-2 dalam aksi pertama di Kangar dan seri 3-3 di Kuantan tetapi kelebihan kini memihak kepada Perlis untuk sekali lagi mencatat keputusan serupa atau mungkin terus menghampakan Pahang.
Jika Perlis berjaya meranapkan hasrat Pahang, Zainal Abidin terpaksa menunggu perlawanan berikutnya untuk memastikan gelaran.
Dalam pada itu tiada apa yang diharapkan oleh Perak mahupun Public Bank selain kekalahan Pahang kepada Perlis untuk membuka peluang mereka memburu gelaran.
Perak dan Public Bank juga perlu menang malam ini tetapi mereka berdepan saingan sukar.
Perak berdepan pasukan yang amat mahukan kemenangan, Kedah di Alor Star.
Kedah ketika ini diancam bahaya turun ke Liga Perdana apabila menghuni tangga kedua terbawah liga dengan 14 mata.
Dua pasukan yang menamatkan kempen di tangga terbawah Liga Super akan disingkir ke Liga Perdana mu-sim depan.
Justeru, kekalahan pasti tidak mahu dicatat oleh skuad Kenari dan penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli serta rakan sepasukannya pasti akan bermain bermati-matian untuk mengelak bahaya itu sekali gus menafikan hajat Perak.
Biarpun Kedah tewas kepada Perak dalam dua pertemuan awal sebelum ini, tewas 2-1 di Alor Star dan 1-0 di Ipoh, pertarungan malam ini pasti berbeza.
Begitu juga dengan Public Bank, satu-satunya pasukan bertaraf kelab yang beraksi dalam liga utama ini.
Kemenangan ke atas Sarawak pasti sukar kerana Bujang Senang juga perlukan kemenangan untuk mengelak ke Liga Perdana.
Sarawak di tangga terbawah ketika ini dan hanya satu mata di belakang Kedah dan ketika aksi liga berbaki tiga perla-wanan, pertarungan di Kuching harus digunakan sebaik-baiknya untuk mencari kemenangan.
Sabah yang menduduki tangga ketiga terbawah juga belum selamat dan perlukan kemenangan ke atas Pulau Pinang.

Bola Sepak Liga Super - Pahang berada di ambang juara

ARKIB : 29/07/2004
KEMENANGAN ke atas Sarawak kelmarin meletakkan Pahang dalam kedudukan selesa untuk merangkul gelaran juara pertama bola sepak Liga Super, musim ini.
Pasukan Tok Gajah itu hanya perlu menang perlawanan menentang Perlis di Stadium Utama Kangar, Sabtu ini untuk memenuhi impian mereka bergelar juara lebih awal musim ini, meskipun masih ada dua baki perlawanan selepas itu.
Kelmarin, Pahang menang 3-2 ke atas Sarawak yang membolehkan mereka mengumpul 41 mata daripada 18 perlawanan musim ini.
Kedudukan mereka begitu selesa apabila saingan terdekat, Perak hanya mengumpul 34 mata.
Berdasarkan perkiraan, jika Pahang menang Sabtu ini bermakna mereka sukar untuk diatasi oleh Perak, yang hanya mempunyai kemungkinan secara matematik mengumpul 43 mata maksimum jika memenangi kesemua tiga baki perlawanan sementara Pahang dengan 44 mata.
Selepas berkunjung ke Kangar, pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan itu akan menentang Kedah (3 Ogos) dan Sabah pada 7 Ogos di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Jika ditakdirkan Pahang gagal meraih mata penuh di Kangar, mereka masih boleh bergelar juara dengan memenangi satu daripada dua perlawanan terakhir itu.
Yang lebih manis, ia mungkin berlaku di Stadium Darul Makmur, yang sehingga kini menyaksikan Pahang kekal tanpa kalah dalam aksi di tempat sendiri apabila mereka menyambut kedatangan Kedah pada 3 Ogos.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah ketika ditemui semalam begitu yakin dengan keupayaan skuad Pahang untuk mengecapi impian juara.
Beliau turut menyifatkan keupayaan bangkit dari ambang kekalahan selepas ketinggalan 0-2 kepada Sarawak untuk menang 3-2, membuktikan pemain-pemain Pahang kini semakin matang untuk memburu kejuaraan.
Bagaimanapun beliau berharap pemain Pahang tidak memandang mudah bagi tiga lagi baki perlawanan selepas ini.
``Pahang tidak boleh memikirkan juara sudah berada dalam tangan sebaliknya perlu terus berusaha memburu kemenangan kerana kealpaan boleh mengundang padah,'' katanya.

Pahang hampiri gelaran

ARKIB : 28/07/2004
Pemain Pahang, Mohd Fadzli Saari (depan) cuba mengejar bola yang cuba dirampas oleh pemain Sarawak, Wong Sai Kong pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam. Pahang menang 3-2. - Gambar Ghazali Basri.


PAHANG menghampiri impian menjadi pasukan pertama muncul juara Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Sarawak dalam perlawanan di Stadium Darulmakmur, Kuantan, semalam.
Dengan dua lagi pencabar terdekatnya iaitu Perak dan Public Bank tewas mengejut kepada lawan masing-masing di tempat sendiri, harapan semakin cerah buat pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan untuk merangkul kejuaraan liga itu lebih awal.
Mereka kini hanya perlu memenangi satu daripada baki tiga perlawanan liga lagi yang tinggal untuk mengesahkan kedudukan selaku juara Liga Super 2004.
Jelas nasib lebih berpihak kepada Pahang apabila ketinggalan 2-0 di babak pertama sebelum bangkit di babak kedua.
Sarawak yang mendahului menerusi jaringan Robert Eshun pada minit ke-36 dan Frenando Manual Co pada minit ke-41 sepatutnya mendahului selesa 3-0 sebaik babak kedua bermula.
Tetapi sepakan penalti Eshun pada minit ke-46 gagal menepati sasaran. Kegagalan itu menaikkan semangat pemain-pemain Pahang yang membalas tiga gol selepas itu.
Pemain import, Anthony Milicic memulakan kebangkitan Pahang dengan gol pertama pada minit ke-69 sebelum Indra Putra Mahayuddin menyamakan kedudukan pada minit ke-72 dan seterusnya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81.
Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah bukan sahaja menerima kejutan malah gagal mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri musim ini apabila tumpas 3-1 kepada Perlis.
Agak mengejutkan, Perlis selesa mendahului 3-0 menerusi dua Mohd. Faisal Mohd. Esahar pada minit ke-3 dan 53 serta Philimon Chipieta di minit ke-73.
Perak memperoleh gol tunggal menerusi Frank Seator pada minit ke-88. Bagaimanapun gol itu sudah terlewat untuk menyekat Perlis membawa pulang tiga mata penuh.
Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Public Bank senasib dengan Perak apabila ditimpa kekalahan mengejut 3-0 kepada Pulau Pinang.
Gol Pulau Pinang dijaringkan Ng Kok Heng pada minit ke-34, Viatcheslav Melnikov (m-40) dan Saufi Ibrahim (m-90).
Sabah pula turut tumpas di gelanggang sendiri apabila dikejutkan Kedah yang menang 2-1 dalam perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Walaupun Sabah mendahului menerusi jaringan Keith Gumbs pada minit ke-8 tetapi mereka gagal menambah jaringan selepas itu.
Sebaliknya Kedah bangkit menerusi dua jaringan pemain importnya, Marcos Magno Morales pada minit ke-31 dan 65.

Pahang kukuh kedudukan

ARKIB : 25/07/2004
PAHANG mengukuhkan cengkaman di tangga teratas bola sepak Liga Super selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang dalam perlawanan di Stadium Bandaraya, semalam.
Keputusan itu melebarkan kedudukan Tok Gajah dengan 38 mata, empat mata di depan saingan terdekat, Perak yang cuma seri 1-1 di Kuching.
Gol Pahang bagaimanapun hadir pada babak kedua ketika permainan berbaki 20 minit.
Pemain kebangsaan, Mohd. Fadzli Saari melepaskan rembatan kencang ke sebelah kiri pintu gol Pulau Pinang pada minit ke-20 untuk gol pembukaan sebelum gerakan Indra Putra Mahayuddin menggandakan jaringan menerusi gerakan solonya pada minit ke-83 yang menewaskan penjaga gol, Zuraimi Hassan.
Di Stadium Sarawak di Kuching, Sarawak yang menduduki tanga kedua terbawah liga, menyekat hajat Perak untuk merapati pendahulu, Pahang setelah mengikat Seladang 1-1.
Perak bagaimanapun mengejutkan tuan rumah dengan jaringan penyerangnya, Frank Seator seawal minit pertama tetapi Fernando Manuel menyamakan kedudukan pada babak kedua minit ke-77.
Perak masih kekal di tangga kedua liga dengan 34 mata selepas 17 perlawanan tetapi kini ketinggalan empat mata di belakang Pahang.
Sarawak pula kekal di tangga ketujuh dengan 13 mata.
Pasukan tangga ketiga, Public Bank turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sabah dalam aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Pemain import, Ivan Ziga membuka jaringan pada minit ke-38 sebelum Marko Rudan menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-71.
Stadium Utama di Kangar menyaksikan sembilan gol dijaringkan dalam pertemuan antara pasukan tuan rumah, Perlis yang mencatat kemenangan 6-3 ke atas Kedah.
Begitupun, penyokong tuan rumah senyap seketika apabila Kedah membuka jaringan pada minit ke-13 menerusi penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.
Namun Perlis segera bangkit dan menyamakan kedudukan 10 minit kemudian menerusi jaringan Mohd. Faizal Esahar sebelum Yusri Che Lah meletakkan Perlis di depan pada minit ke-24.
Pemain pertahanan Perlis, Adrien Jurad Chamrong melebarkan kedudukan pada babak kedua dengan jaringan minit ke-52 sebelum Yusri menghasilkan jaringan keduanya 20 minit kemudian.
Pemain import Perlis, Philimon Chipeta terus menggembirakan penyokong sendiri dengan jaringan kelima pasukan lima minit kemudian.
Kedah yang tertekan berjaya merapatkan jurang gol menerusi jaringan pemain importnya, Marcos Magno Morales pada minit ke-84 tetapi Zainuddin Ariffin mengecewakan lagi Kedah dengan jaringan keenam skuad Kenari tiga minit kemudian.
Morales kemudian sekali lagi menemui sentuhan gol bagi Kedah untuk menjadikan kedudukan 6-3 sebelum pengadil menamatkan perlawanan.
Perlis kini masih di tangga keempat dengan 27 mata selepas 17 perlawanan manakala Kedah terus menghuni tangga terbawah dengan 11 mata selepas mencatat kekalahan kali ke-12.

Perak ancam Pahang

ARKIB : 24/07/2004
PERAK merupakan satu-satunya pasukan yang mampu memintas Pahang selaku pendahulu apabila aksi pusingan ketiga Liga Super meneruskan saingannya malam ini.
Dengan hanya dipisahkan dua mata, Pahang yang kini memungut 35 mata bagaimanapun hanya perlu mencatat kemenangan ke atas Pulau Pinang di tempat lawan jika mahu kekal di puncak liga.
Sebaliknya kekalahan akan memberi ruang kepada Perak yang mesti menang apabila bertandang ke Sarawak jika pasukan bimbingan Tony Netto itu berhasrat merampas kedudukan itu.
Apa pun keputusannya, Perak dan Pahang adalah dua pasukan yang kini bersaing hebat untuk memburu gelaran juara pertama Liga Super 2004.
Keazaman Perak merampas kedudukan itu terserlah dengan usaha pengurusan pasukan itu memantapkan lagi barisan pertahanan.
Pengurus pasukan, Datuk Jamal Nasir Rasdi berkata, Perak akan menurunkan benteng pertahanan terkuat bagi mengekang kemaraan penyerang Sarawak.
Harapan itu diletakkan kepada gandingan pertahanan import, Luciano Goux bersama Syamsol Saad, Asmawi Bakiri dan Chan Wing Hoong.
``Kita tidak mahu kekalahan 2-4 kepada Sarawak di Kuching pada 14 Julai lalu berulang jika ingin memintas Pahang,'' katanya.
Netto pula berkata, Perak tidak boleh kalah lagi dalam lima perlawanan terakhir mereka selepas ini jika inginkan gelaran Liga Super dalam genggaman.
Pahang pula boleh diibaratkan menanti rebah jika tewas malam ini kepada Pulau Pinang atau `hanyut' dalam perlawanan seterusnya.
Bagaimanapun kejayaan menewaskan pasukan bimbingan Yunus Alif itu 4-1 di Stadium Bandaraya pada 14 Julai lalu membuktikan kenapa Pahang tidak mampu melakukannya sekali lagi di tempat yang sama.
Dalam pada itu, jangan dilupakan sama sekali satu lagi pasukan yang boleh mencabar kedudukan dua pasukan tersebut iaitu Public Bank Selangor yang kini hanya enam mata di belakang Pahang.
Cabaran Public Bank masih belum boleh diketepikan terutama selepas kejayaan mengikat Pahang 3-3, Rabu lalu.
Pasukan itu yang akan menentang Sabah di Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka tidak menghadapi masalah merapatkan jurang perbezaan mata jika Perak dan Pahang mencatat keputusan seri.
Pertemuan dua pasukan berjiran, Perlis dan Kedah pula lebih dilihat kepada usaha kedua-dua pasukan bangkit semula dalam meneruskan persaingan.
Perlis yang tumpas 1-0 kepada Sabah, Rabu lalu pasti lega dengan kembalinya Phillemon Chipeta daripada penggantungan satu perlawanan.
Namun rekod kejayaan menewaskan Kedah 4-0 pada 14 Julai lalu tidak boleh melekakan Perlis terutama selepas Kedah mencatat kemenangan 3-2 ke atas Sarawak, Rabu lalu.
``Kita mendapat kembali khidmat Chipeta yang tidak bermain menentang Sabah dan kehadirannya diharap mampu membantu barisan serangan,'' kata pengurus pasukan, Adzmi Saad.

Perak menang besar, Pahang hilang dua mata

ARKIB : 21/07/2004
PERAK mencipta kemenangan besar ketika pendahulu, Pahang terpaksa berkongsi mata dengan Public Bank di gelanggang sendiri sekali gus menjadikan jurang mata mereka dengan skuad Seladang semakin tipis.
Perak menggunakan sepenuhnya peluang beraksi di Stadium Perak, Ipoh untuk mencipta kemenangan 4-1 ke atas Pulau Pinang dengan menghasilkan dua gol pada setiap babak.
Ricardo Silva meletakkan Perak di depan seawal minit ketiga diikuti oleh jaringan penyerang berbisa, Frank Seator (minit 16), Ahmad Shahrul Azhar Sufian (49) dan Harizul Izuan Abd. Rani (87).
Di kala pencabar terdekatnya menang selesa, Pahang gagal mengekalkan rentak selepas dua kali mendahului untuk hanya seri 3-3 dengan Public Bank di Stadium Darulmakmur, Kuantan.
Selepas Aiman Wong meletakkan Public Bank di depan seawal minit kedua, tuan rumah mendahului menerusi jaringan penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin (8) dan Mamadou Diallo (11).
Ivan Ziga menyamakan kedudukan buat skuad pelawat pada minit ke-30 tetapi Indra Putra sekali lagi meletakkan Pahang di depan pada minit ke-61 hanya untuk menyaksikan Nor Nazri Mohd. Nor menjaringkan gol ketiga Public Bank pada minit ke-77.
Keputusan itu sekali gus menyebabkan Pahang yang telah mengumpul 35 mata selepas 16 perlawanan kini hanya dipisahkan dengan dua mata di depan Perak.
Public Bank pula di tangga ketiga dengan 29 mata.
Sabah pula mengecewakan harapan Perlis untuk mendekatkan diri dengan tiga pasukan teratas itu apabila menundukkan Singa Utara 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Jaringan Keith Gumbs pada minit ke-22 turut membantu Sabah melonjak satu anak tangga ke tangga kelima dengan 16 mata, mengatasi Pulau Pinang 15 mata sekali gus menjadikan Perlis kini ketinggalan 11 mata di belakang Pahang.
Penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli pula menemui menjaringkan dua gol untuk membantu pasukan di tangga tercorot, Kedah menundukkan Sarawak 3-2 di Stadium Darulaman, Alor Star.
Marcos Magna Morales menjaringkan gol pertama Kedah pada minit ke-19 dan Akmal menambah yang kedua pada minit ke-56 tetapi Sarawak bangkit menyamakan kedudukan menerusi Rodrigo Anderson (80) dan Robert Eshun (84).
Ketika pelawat menyangka mereka mampu membawa pulang satu mata, Akmal menolak masuk gol kemenangan ketiga Kedah selepas 16 perlawanan ketika permainan berbaki empat minit.
Keputusan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Kedah di tangga kelapan dengan 11 mata, satu mata di belakang Sarawak yang berada di tempat ketujuh.

Tekanan buat pendahulu

ARKIB : 20/07/2004
PERSAINGAN untuk memburu gelaran juara pertama Liga Super akan kembali sengit antara empat pasukan teratas, dan ia terpulang kepada hasil perlawanan mereka malam ini.
Perak akan kembali menekan pendahulu, Pahang tetapi skuad Tok Gajah juga sedia sedar akan peluang dua pasukan di bawahnya, Public Bank dan Perlis yang turut mengintai peluang.
Pahang berada di barisan paling depan dengan 34 mata, diikuti oleh Perak (30 mata), Public Bank (28) dan Perlis (24), pasukan di kedudukan paling akhir dalam kelompok itu untuk merebut kejuaraan.
Perlis boleh mengumpul 42 mata maksimum dengan syarat memenangi kesemua baki enam perlawanannya manakala Pahang 52.
Dengan masing-masing hanya mempunyai setengah dozen perlawanan untuk diharungi, maka sebarang kesilapan adalah `rezeki' kepada yang lain.
Dan ia mungkin bermula malam ini.
Dua pesaing teratas akan beraksi di depan penyokong-penyokong sendiri.
Tetapi Perak dilihat memiliki peluang lebih cerah untuk mengutip mata penuh apabila menentang Pulau Pinang di Ipoh ketika skuad Tok Gajah berdepan pencabar kuat, Public Bank di Kuantan.
Perlis pula akan bertemu pasukan yang tidak menentu prestasinya, Sabah di Kota Kinabalu.
Pengurus pasukan Perak, Datuk Jamal Nasir Rasdi berkata, kekalahan 4-2 kepada Sarawak, Rabu lalu tidak menjejaskan semangat dan keazaman anak-anak buahnya lantas menganggap persaingan antara mereka dengan Pahang belum tamat.
``Macam-macam boleh berlaku dan Perak berazam mengutip mata penuh dalam enam baki perlawanan,'' katanya di Kuala Kangsar semalam.
Bagaimanapun, Perak mendapat tamparan kerana mungkin terpaksa beraksi beberapa perlawanan tanpa penyerang, Khalid Jamlus yang mengalami kecederaan agak parah.
``Namun kami tidak bimbang kerana beberapa penyerang lain seperti V. Saravanan mampu mengisi kekosongan Khalid,'' Jamal Nasir menjelaskan keyakinannya.
Nasib agak sama menimpa Pahang yang mungkin tidak akan dapat menggunakan khidmat penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar sehingga ke penghujung musim kerana kecederaan di pangkal paha yang serius.
Dan apa kurangnya dengan masalah yang menimpa Perlis kerana ayam tambatannya, Phillemon Chipeta yang telah menjaringkan enam gol tidak akan dapat beraksi menentang Sabah.
Chipeta digantung satu perlawanan setelah menerima tiga kad kuning menyebabkan Singa Utara hanya akan mempunyai dua pemain import iaitu Lamin Conteh Jr. dan Joao Bandoch tetapi dengan Yusri Che Lah yang semakin menyengat dan mengumpul tujuh gol, Perlis tidak perlu terlalu bimbang.
Perlis juga mengambil tindakan berani apabila tidak akan membawa Bernard Semakwezi ke Kota Kinabalu berikutan aksinya yang kurang ketika mereka menumpaskan Kedah 4-0 minggu lepas.
``Kedatangan Perlis ke Sabah tidak lain hanya untuk memburu kemenangan bagi menguatkan kedudukan kami dalam liga,'' pengurus pasukan Perlis, Adzmi Saad melaungkan azam skuadnya.
``Kesempatan bertemu Sabah yang tidak pernah mencatatkan kemenangan sejak 12 perlawanan sebelum ini perlu diambil peluang oleh Perlis walaupun kita menyedari tugas itu agak berat apabila bermain di tempat lawan,'' katanya apabila dihubungi di Kota Kinabalu.
Sabah yang bermain 10 orang ketika tewas kepada Public Bank 13 Julai lalu hanya menang tiga perlawanan dalam pusingan pertama liga iaitu menewaskan Sarawak 3-1, Kedah 2-1 dan Perlis 4-1.
Selebihnya, Sabah yang mendapat sentuhan jurulatih baru dari Portugal, Jose Garrido hanya mencatat keputusan seri sebanyak empat perlawanan dan tewas lapan permainan dengan memperoleh 13 mata dan kini berada di tangga keenam liga.
``Walaupun tanpa Chipeta, saya yakin para pemain akan bermain secara berpasukan dan bukannya memerlukan kehadiran mana-mana individu untuk mengekang dan mengasak lawan,''katanya.
Sementara itu, dua pasukan di tangga terbawah, Sarawak (12 mata) dan Kedah (8 mata) akan bertemu di Alor Star dalam perlawanan yang seharusnya dijadikan tapak untuk melonjakkan semula semangat masing-masing.

Pahang perlu rehatkan Hairuddin

ARKIB : 19/07/2004
PENYERANG lincah, Hairuddin Omar perlu direhatkan atau Pahang dan skuad kebangsaan terutamanya akan menanggung risiko kehilangan khidmatnya.
Hairuddin masih dibelenggu kecederaan teruk di pangkal paha kanan yang dialaminya sejak Mac lepas. Kecederaan itu menyaksikan dia tidak dapat berkhidmat untuk Allan Harris dalam tugasan terakhir jurulatih dari Britain itu bertemu Norwich City dalam perlawanan persahabatan Sabtu lalu.
Penderitaannya itu bagaimanapun seperti tidak disedari oleh Pahang, yang terus menggunakan pemain itu dalam beberapa perlawanan Liga Super sebelum ini termasuk dalam perlawanan berprofil tinggi menentang Perak dua minggu lalu.
Dalam perlawanan yang dimenangi oleh Perak 3-2 itu, Hairuddin terpaksa menggunakan pil untuk memastikan dia dapat bermain.
``Saya terpaksa mengambil pil itu bagi memastikan saya dapat menghilangkan rasa sakit di paha dan memberi tumpuan terhadap permainan.
``Bagaimanapun, kaki kanan saya masih tidak dapat digunakan sepenuhnya dan terpaksa melakukan percubaan dengan kaki kiri.
``Perlawanan dengan Perak tempoh hari adalah pengalaman manis buat saya kerana menjaringkan gol menggunakan kaki kiri, yang mana tidak pernah saya lakukan sebelum ini,'' kata Hairuddin. ``Malangnya kami tewas dan saya kecewa dengan keputusan itu kerana kami pada mulanya telah bermain dengan begitu baik.''
Pahang mendahului 2-1 ketika permainan berbaki kira-kira 10 minit sebelum Perak mendapat gol penyamaan pada minit ke-86 dan Jonathan Bass tersepak bola ke dalam gawang sendiri untuk gol kemenangan skuad Seladang.
Pahang, yang kini mengumpul 34 mata daripada 15 perlawanan, akan mengharungi satu lagi perlawanan sukar esok apabila bertemu Public Bank yang berada di tangga ketiga Liga Super dengan 28 mata.
``Saya sangkakan sudah boleh bermain setelah berehat panjang tetapi selepas bertemu Perak saya rasakan kecederaan saya semakin teruk,'' katanya. ``Saya tidak mahu lagi bergantung kepada pil itu kerana saya sedar saya mengundang risiko.''
Penyerang yang berasal dari Terengganu itu cedera ketika menyarung jersi kebangsaan dalam kelayakan Piala Dunia menentang Kuwait di Kuantan Mac lepas.
Hairuddin telah menjaringkan tiga gol dalam liga termasuk gol pertama perlawanan ketika menentang Perak dua minggu lepas. Gol pertamanya dihasilkan ketika Pahang menang 2-1 ke atas Public Bank pada Mac, yang kedua ketika Pahang menewaskan Kedah 4-3 pada April dan selepas itu dia hanya duduk di tepi padang menyaksikan rakan-rakannya berlatih.
Tanpa Hairuddin, pendahulu liga, Pahang dilihat masih mampu mempertahankan kedudukan mereka dengan kehadiran ramai pemain bintang termasuk pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin.
Jika Hairuddin terus bermain, bukan sahaja Pahang tetapi skuad negara yang akan menyertai Kejohanan AFF (Persekutuan Bola Sepak Asia ASEAN) pada Disember ini mungkin juga akan kehilangan khidmatnya.

Pahang masih kepedihan

ARKIB : 06/07/2004
KEKALAHAN pasukan bola sepak Liga Super Pahang di tangan Perak 2-3 cukup pedih untuk ditelan oleh kesebelasan pemain bimbingan bekas penyerang kebangsaan, Zainal Abidin Hassan.
Gol yang dijaringkan oleh penyerang import Perak dari Liberia, Frank Seator di saat-saat akhir permainan mengejutkan para peminat Tok Gajah kerana sebelum ini pasukan itu kelihatan cukup sukar untuk ditewaskan.
Namun kejayaan anak-anak buah Tony Netto memecah rekod tanpa kalah kesebelasan pemain Tok Gajah telah membuat para pemain Zainal Abidin dan pengurus pasukan, Datuk Shahiruddin Moin berazam untuk menebus kesilapan itu dalam perlawanan akan datang.
``Sebenarnya pasukan Perak dan Pahang mempunyai kualiti pemain dan kemahiran yang hampir sama, walaupun kita merasa terkilan dengan kekalahan itu tetapi kedua-dua pasukan itu telah mempamerkan permainan yang baik.
``Kita terima kekalahan ini dengan perasaan terbuka, itu adalah adat permainan dan seperti kata pepatah `bola itu bulat' tetapi yang agak terkilan kerana Perak berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Pahang,'' ujar Shahiruddin kepada pemberita di Kuantan semalam.
Sehubungan itu, beliau menasihati para pemain supaya menjadikan kekalahan itu sebagai iktibar dan membakar semangat dan sebaliknya mereka tidak harus merasa malu kerana kalah kepada pasukan yang setanding dengan Tok Gajah.
Bagaimanapun beliau meminta para penyokong Tok Gajah supaya bersabar dan terus memberikan sokongan kerana Pahang bermain dengan 10 pemain dalam tempoh 53 minit.
Namun katanya, pemain-pemain Pahang dan jurulatih berjanji untuk bangkit semula dan menebus kesilapan itu dalam perlawanan berikutnya yang akan datang bagi memastikan Pahang terus bertakhta dalam Liga Super.
Menurut beliau, hampir semua pemain menitis air mata dengan kekalahan itu tetapi menurutnya mereka sebenarnya telah berjuang habis-habisan dengan memerah segala tenaga dan sedaya upaya tetapi Perak lebih bernasib baik.
Shahiruddin yakin anak-anak buah Zainal Abidin Hassan akan bekerja keras dan menjalani latihan yang lebih gigih bagi meneruskan perjuangan supaya tidak ada pasukan dalam Liga Super memintas Tok Gajah.

Perak, Pahang jadi tumpuan Bicskei

ARKIB : 05/07/2004
PERTEMUAN sengit dan menarik antara pendahulu Liga Super, Pahang dan Perak di Ipoh kelmarin menjadi perhatian pertama jurulatih kebangsaan, Bertalan Bicskei dalam usaha membentuk skuad kebangsaan, lapor Kamaruddin Ismail.
Bicskei, 60, memuji kedua-dua pasukan yang mempamerkan permainan menarik dan mendebarkan apabila saling bekerja keras mencari gol kemenangan.
Dalam perlawanan itu, Perak menang 3-2 sekali gus memusnahkan rekod tanpa kalah Pahang.
Pertahanan Pahang, Jonathan Bass menghadiahkan `gol kemenangan' kepada Perak apabila tindakannya yang cuba menyelamatkan percubaan penyerang skuad Seladang, Frank Seator masuk ke gawang sendiri pada minit ke-90.
Sebelum itu, Perak memperoleh dua gol melalui Seator pada minit ke-34 dan 84.
Gol pertama di peroleh menerusi sepakan penalti setelah pertahanan Pahang, Rosdi Talib menampan bola dengan tangan di atas garisan gol.
Akibat tindakan itu, Pahang terpaksa bermain dengan 10 orang setelah pengadil, Subkhiddin Mohd. Salleh melayangkan kad merah kepada Rosdi.
Gol Pahang dijaringkan oleh penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar pada minit ke-10 dan Fadzli Shaari minit ke-64.
``Ini merupakan langkah pertama untuk mengenali corak permainan para pemain negara ini sebelum memilih mereka dalam skuad kebangsaan kelak,'' kata jurulatih berbangsa Hungary itu ketika ditemui di Ipoh semalam.
Namun begitu, beliau enggan menyatakan pemain-pemain yang memikat hatinya dengan berkata: ``Masih terlalu awal untuk menyatakan penilaian sebenar saya ke atas mereka.
``Berilah saya peluang untuk melihat lebih banyak perlawanan sebelum membuat sebarang keputusan,'' jelas Bicskei yang akan menggantikan Allan Harris.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4fA8oFe7C
© Utusan Melayu (M) Bhd

Perak sekat penguasaan Pahang

ARKIB : 04/07/2004
PERAK menyekat Pahang daripada melebarkan penguasaan di tangga teratas bola sepak Liga Super selepas pertarungan antara dua pasukan teratas itu di Stadium Perak, Ipoh semalam memihak kepada tuan rumah dengan kemenangan 3-2.
Pahang yang bermain sepuluh orang sepanjang 55 minit terakhir perlawanan selepas pemain pertahanan, Rosdi Talib dibuang padang kerana menampan bola di atas garisan gol, mendahului 2-1 sehingga perlawanan sebenar berbaki tiga minit untuk ditamatkan.
Bagaimanapun, pemain import dari Liberia, Frank Seator menyamakan kedudukan sebelum gol kemenangan Perak terhasil menerusi jaringan sendiri pemain Pahang, Jonathan Bass pada minit terakhir.
Seator sebelum itu menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-34 menerusi sepakan penalti selepas Hairuddin Omar membuka jaringan untuk skuad Tok Gajah pada minit ke-10.
Fadzli Shaari kemudian kembali meletakkan Pahang di depan menerusi gol pada minit ke-64.
Pahang bagaimanapun masih di tangga teratas liga dengan 31 mata selepas 14 perlawanan tetapi kini hanya memiliki kelebihan satu mata di depan Perak.
Di Stadium Darulaman, Alor Setar, pasukan tuan rumah, Kedah tumbang 3-1 kepada Public Bank.
Ivan Ziga menjaringkan dua gol (23, 86) dan satu lagi gol menerusi Gustavo Fuentes (90). Rafdi Rashid menjaringkan gol tunggal Kedah minit ke-82.
Dalam satu lagi perlawanan, Sabah seri 2-2 dengan Sarawak di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Sementara itu dalam aksi Liga Perdana, MK Land menewaskan Johor 2-1 di Stadium Larkin, Johor Bahru.

Pahang ke separuh akhir Piala FA

 PENYERANG JDT Gabriel Guerra berjaya memperdayakan penjaga “gol Pahang, Wan Muhd. Azraie Wan Teh unt
PENYERANG JDT Gabriel Guerra berjaya memperdayakan penjaga “gol Pahang, Wan Muhd. Azraie Wan Teh untuk gol kedua JDT dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos semalam. Pahang menang agregat 4-3. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
KUALA LUMPUR 23 April - Pemain Pahang, Mohamadou Sumareh muncul wira buat pasukannya apabila membantu Tok Gajah berada di landasan terbaik memburu gelaran Piala FA ketiga dengan mengesahkan slot separuh akhir selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim dengan agregat 4-3 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin yang berakhir dengan keputusan 2-1.
Kemenangan Pahang bermakna pasukan itu di jadual menentang Negeri Sembilan dalam aksi separuh akhir pertama Jumaat ini manakala timbal balik 12 Mei 2017.
Negeri Sembilan muncul pasukan paling awal menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan Sabah dengan agregat 1-0, Jumaat lalu.
Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menyaksikan Pahang yang meraih bekalan selesa 3-1 pada aksi suku akhir pertama 1 April lalu seakan sukar memulakan perlawanan dengan baik di depan penyokong lawan.
Malah jaringan awal minit keenam oleh pemain import JDT dari Argantina, Gonzalo Cabrera hasil hantaran daripada Safiq Rahim telah membuatkan skuad Tok Gajah mula tersentak.
Tekanan mula dirasai Pahang apabila corak permainan pantas dipamerkan oleh JDT membolehkan skuad Harimau Selatan menambah gol kedua menerusi rembatan kencang Gabriel Guerra sewaktu minit ke-22 hasil lorongan kemas daripada Azrif Nasrulhaq untuk kedudukan 2-0 sekali gus dapat menyamakan agregat 3-3 pada separuh masa pertama.
Babak kedua perlawanan menyaksikan JDT tidak berdepan masalah untuk mempertahankan kedudukan jaringan sebelum tandukan Mohamadou Sumareh menghancurkan impian tuan rumah untuk melangkah ke separuh akhir sewaktu minit ke-86.
Dalam satu lagi separuh akhir selepas ini menyaksikan Kedah akan menentang Terengganu selepas kedua-dua pasukan berjaya melepasi saingan suku akhir kedua Jumaat lalu.
Kedah melangkah ke saingan separuh akhir selepas menang dengan agregat 6-2 menentang Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) manakala Terengganu terpaksa bekerja keras bagi menewaskan Sarawak menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 selepas masing-masing terikat agregat 2-2