Isnin, 13 Mac 2017

'Kami mahu wang' - Azizul turut diarah jumpa Presiden PBNP

ARKIB : 23/12/2000
Naib Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Datuk Jamal Nasir Ismail berkata Perak perlu menyedari hakikat bahawa yuran perpindahan itu telah termaktub di dalam syarat-syarat perpindahan yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut beliau, ini termasuk pemain yang sudah tamat kontrak dengan pasukan yang lama.

Azizul, yang berubah posisi kepada penyerang dari bahagian tengah bermula pada kempen Liga Perdana pada 1996 memberitahu kontraknya akan tamat dengan Pahang pada 31 Disember ini.

"Kita belum tentukan berapa bayaran perpindahan itu... mungkin RM250,000,'' kata Jamal Nasir ketika dihubungi di Kuantan.

Ditanya sama ada Azizul sudah berjumpa beliau untuk mendapatkan surat pelepasan, Jamal Nasir menasihatkan supaya pemain terbabit berjumpa dengan Presiden PBNP, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terlebih dahulu.

"Kenapa cakap kepada media sahaja. Pergilah jumpa presiden dahulu. Kita akan keluarkan surat itu untuk beliau jika beliau memang bertekad untuk keluar dari Pahang... tak ada masalah,'' kata Jamal Nasir lagi.

Semalam, Azizul membayangkan jodoh beliau dengan Pahang, pasukan yang diwakilinya dalam Liga Perdana sejak 1994, akan berakhir kerana PBNP yang menghadapi masalah kewangan menawarkan gaji yang rendah kepada beliau musim ini.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4bE8ytAz3 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan