Selasa, 29 Oktober 2019

Pahang terlepas tiket final,Kedah mara temu JDT


ROSILAWATI ROSEDI | | 26 Oktober 2019
 
Penyerang Pahang Dickson Nwakaeme menjerit kepuasan selepas menjaringkan gol ketika menentang Kedah pada perlawanan Piala Malaysia 2019 Separuh Akhir Kedua di Stadium Darul Makmur malam ini. -Foto Bernama
BIARPUN mencatatkan keputusan seri,5-5 dalam aksi separuh akhir kedua,skuad Tok Gajah terpaksa berputih mata untuk beraksi di pentas final Piala Malaysia 2019


Dalam perlawanan yang penuh dramatik di Stadium Darul Makmur malam ini,Kedah mara ke perlawanan akhir dengan agregat,8-8 berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan untuk meranapkan impian skuad kendalian Dollah Salleh.

Kedah terlebih dahulu menggegarkan gawang rumah menerusi jaringan kapten pasukan, Fernando Rodriguez hasil umpanan Baddrol Bahktiar pada m-8.


Tersentak dengan jaringan tersebut,pemain tuan rumah menggandakan asakan namun beberapa peluang terhidang gagal dimanfaatkan.

Pahang kembali menyamakan kedudukan menerusi dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan,Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim pada m-33.

Kedudukan kekal hingga tamat separuh babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua,Kedah kembali mengejutkan tuan rumah hasil jaringan penyerang importnya,Jonatan Bauman pada m-54.

Namun Pahang kembali menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerang kelahiran Namibia,Lazarus Kaimbi pada m-71 dan lima minit kemudian,dia sekali lagi menggegarkan gawang Kedah untuk membawa tuan rumah mendahului lawan.

Namun kegembiraan Pahang kembali tercalar selepas Baddrol menambahkan derita buat tuan rumah hasil sepakan percuma pada m-84.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan dan terpaksa mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak memastikan mereka kembali ke depan hasil jaringan,Renan Alves pada m-92.

Pahang tidak berputus asa dan peluang kembali terbuka selepas sepakan penalti berjaya disempurnakan oleh pemain pertahanan,Herold Goulon untuk kembali terikat,4-4 pada m-114.

Namun kealpaan pertahanan tuan rumah mengundang padah selepas Rodriguez membawa Kedah kembali mendahului pada m-117.

Jaringan penyerang Pahang Dickson Nwakaeme sebelum wisel penamat dibunyikan tidak membawa makna buat tuan rumah.

Kedah akan bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk perlawanan akhir saingan piala tersebut di Stadium Bukit Jalil pada 2 November ini.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/54226/BERITA/Sukan/Pahang-terlepas-tiket-finalKedah-mara-temu-JDT
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Tok Gajah bangga rekod bersih


MyMetroArena
 
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
BIARPUN bukan penamat yang baik dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, Dollah Salleh tetap berbangga kerana skuad Pahang mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Darul Makmur.

Pengendali Tok Gajah itu berkata, rekod bersih itu diharap menjadikan skuad Pahang lebih bagus dan padu untuk menghadapi saingan Liga M musim depan.

"Ia bukan penamat yang baik dalam saingan Liga M khususnya Piala Malaysia tapi Pahang tidak tewas sepanjang perlawanan di Kuantan.

"Musim ini, rekod kita bersih iaitu tanpa kalah sekali gus ia sebagai bekalan semangat untuk menghadapi saingan Liga M musim depan.

"Memang Pahang gagal ke final Piala Malaysia tetapi kita seri 5-5 berdepan Kedah pada aksi separuh akhir kedua," katanya.

Pada aksi separuh akhir Piala Malaysia, misi Pahang ke pentas final Piala Malaysia berakhir selepas seri 8-8 menerusi agregat berdepan Kedah.

Biarpun seri 5-5 pada separuh akhir kedua, kelebihan jaringan mengesahkan skuad Helang Merah mengiringi Johor Darul Ta'zim (JDT) ke pentas final.

Untuk rekod saingan Liga M musim ini, skuad Tok Gajah muncul selaku naib juara Liga Super dan mara ke separuh akhir Piala FA.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober 2019 @ 1:01 PM


Isnin, 28 Oktober 2019

Melnikov hampakan skuad Olimpik 2000

ARKIB : 16/05/1998
FAKTOR kurang pengalaman menjadi jurang yang menyaksikan skuad Olimpik 2000 akur dengan kehebatan pendahulu liga, Pahang apabila tewas 2-1 dalam perlawanan bola sepak Perdana Satu di Stadium Merdeka, malam tadi.
Harapan 20,000 penonton yang sebahagian besarnya memihak kepada Olimpik nyata hampa apabila dua gol pelawat menerusi pemain termahal bernilai RM4 juta, Melnikov Viatcheslav menutup terus kehebatan anak buah Hatem Souissi.
Aksi menarik Olimpik 2000 dengan serangan pantas ketika seri 3-3 dengan Selangor, Sabtu lalu tetap menjadi ingatan namun nasib kali ini jelas memihak kepada Pahang yang berterima kasih kepada kehebatan Melnikov.
Kemenangan ini memperkukuhkan kedudukan Pahang untuk menduduki tangga teratas Perdana Satu dengan mengumpul 19 mata.
Sebaik bermula babak pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan penuh hati-hati dalam tempoh sepuluh minit yang menyaksikan tiada serangan bahaya dilancarkan.
Hanya pada minit ke-15, Pahang nyaris membuka tirai jaringan namun tandukan ke belakang Shahrulnizam Sahat mudah ditangkap kemas penjaga gol Olimpik, Jamsari Sabian.
Olimpik yang cuba mengatur gerakan menerusi gandingan V. Saravanan dan Chow Chee Weng sukar melepasi benteng pertahanan yang dikemudi oleh Joszef Duro yang mengambil posisi Emmanuel Kofi Ampiah yang tidak diturunkan.
Gerakan Olimpik hadir pada minit ke-20 apabila Saravanan pantas memintas Khairulniza Mustaffa tetapi dia gopoh melakukan sepakan liar biarpun berdepan dengan penjaga gol Pahang, Mudzar Mohamad.
Giliran Pahang pula mencemaskan pertahanan Olimpik tetapi rembatan leret Azaruddin Aziz ketika keadaan kelab kabut di depan gawang tuan rumah hanya tersasar sipi dari tiang gol sebelah kiri Olimpik.
Pahang memperoleh gol pertama menerusi rembatan Melnikov selepas mendapat bola muntah apabila Jamsari Sabian gagal menangkap kemas lorongan Mohd. Ali Taha pada minit ke-33.
Belumpun sempat skuad Olimpik mengatur langkah mencari gol penyamaan, Melnikov sekali lagi bertindak garang apabila menyempurnakan sepakan sudut Suhaimi Mohd. Noor untuk menanduk masuk gol kedua.
Bermulanya babak kedua menyaksikan Olimpik cuba bangkit untuk mencari gol merapatkan jurang namun kekentalan benteng pelawat nyata sukar dilepasi.
Kemasukan Azmir Nor Hakim, Chia Ching Kar dan Nik Ahmad Fadly Nik Leh pada babak kedua menampakkan sedikit perubahan permainan Olimpik.
Kerja keras mereka akhirnya dibayar dengan gol pada minit ke-78 menerusi Tengku Hazman yang menyambar bola di depan gawang hasil umpanan lintang Azmir yang memaksa Mudzar hanya terpaku melihat jaring gawangnya bergegar.
Begitupun, Olimpik terus dihampakan Pahang bagi mencari gol penyamaan untuk Tok Gajah pulang selesa dengan tiga mata

Bukan rezeki Pahang: Dollah

WARTAWAN SINAR HARIAN | | 27 Oktober 2019
 
Pergerakan pemain import Pahang, Mohamadou Sumareh dikawal rapi benteng pertahanan Kedah pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam tadi. - Foto Pahang FA

KETUA jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui sedikit kecewa apabila skuad kendaliannya itu gagal mengesahkan slot ke pentas final Piala Malaysia musim ini setelah terikat 5-5 ke atas Kedah dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Keputusan seri dengan agregat 8-8 itu menyaksikan Kedah berjaya meneruskan saingan ke pentas final Piala Malaysia selepas berjaya memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan sekali gus memadamkan bekalan tiga gol yang dibawa Pahang pada perlawanan itu.

Dollah mengakui para pemainnya telah memberikan persembahan terbaik pada perlawanan itu cuma mereka masih gagal mengatasi kelemahan dalam mengatasi jaringan yang di lakukan oleh lawan menerusi 'set piece'.

"Inilah sebenarnya bola sepak, walaupun kita telah memberikan tumpuan terhadap 'set piece' tetapi benda yang sama juga berlaku dan kita juga gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

"Mungkin aksi kedua ini bukan rezeki Pahang. Saya tengok pemain berjaya mencipta kebangkitan setelah ketinggalan dan mampu mendahului kedudukan, namun kita terpaksa menerima pada apabila banyak memberi peluang kepada Kedah untuk menjaringkan gol menerusi set piece," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Mengulas lanjut, bekas pemain kebangsaan itu turut berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan para pemainnya dan menyifatkan mereka tidak tewas pada pertemuan itu cuma mereka terpaksa akur dengan kelebihan jaringan yang dimiliki Kedah di gelanggang lawan.

"Apa pun tahniah buat Kedah, dan saya juga bangga apabila kita juga masih mengekalkan rekod terbaik di gelanggang sendiri tanpa sebarang kekalahan musim ini," katanya.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/54269/BERITA/Sukan/Bukan-rezeki-Pahang-Dollah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Ahad, 27 Oktober 2019

Pahang serba tak menjadi

MyMetroArena
 
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KEKECEWAAN tidak dapat disembunyikan oleh pengendali Pahang, Dollah Salleh selepas skuadnya gagal melangkah ke final Piala Malaysia musim ini.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, biarpun skuad Tok Gajah seri 8-8 menerusi agregat, faktor kelebihan jaringan di tempat lawan menyaksikan Kedah mengisi slot berkenaan.

"Inilah bola sepak, sepatutnya kita ambil peluang apabila bermain di tempat sendiri tetapi segalanya tidak menjadi dan ia kerugian yang besar buat pasukan.

"Aksi separuh akhir kedua bukan rezeki Pahang dan kesilapan berulang iaitu membenarkan lawan menjaringkan gol menerusi ‘set-piece’ menyebabkan kita menerima padah.

"Sudah banyak kali saya nasihatkan kepada pemain terutama sepanjang latihan untuk lebih fokus menerusi ‘set-piece’ oleh lawan tetapi ia tetap berlaku," katanya.

Begitupun, Dollah tetap berbangga dengan komitmen anak buahnya yang berusaha dan bangkit selepas ketinggalan menerusi gol pendahuluan Kedah.

"Bagi saya, pemain sudah memberikan yang terbaik dan kegagalan meraih kejuaraan musim ini memang mengecewakan," katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Oktober 2019 @ 11:29 AM

KEPUTUSAN PENUH PAHANG 5-5 KEDAH

OLEH – AHMAD BIN YAAKOB
Biarpun skuad Tok Gajah seri 8-8 menerusi agregat, faktor kelebihan jaringan di tempat lawan menyaksikan Kedah mengisi slot ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019. Agak kecewa kerana sejak mengajar di Pekan 1990 saya menyokong Pasukan Bola Sepak Panang.

PEMAIN PAHANG
01 HELMI ELIZA
02 MATTHEW DAVIES
03 HEROLD COULON
08 WAN ZAHARULNIZAM
10 DICKSON NWAKAEME
11 LAZARUS KAIMBI
15 SADDIL RAMDANI
16 ZUBIR AZMI
20 AZAM AZIH
21 SAFUWAN BAHARUDIN
26 MOHAMADOU SUMAREH
PEMAIN SIMPANAN
PEMAIN KEDAH
18 IFWAT AKMAL
03 RENAN ALVES
07 BADDROL BAKHTIAR
09 FERNANDO RODRIGUEZ
10 JONATAN BAUMAN
11 SHAKIR HAMZAH
15 RIZAL GHAZALI
25 AZMEER YUSOF
29 FARHAN ROSLAN
60 EDGAR

Sabtu, 26 Oktober 2019

KEPUTUSAN MASA PERTAMA PAHANG 1-1 KEDAH

OLEH – AHMAD BIN YAAKOB
Pahang      5-5  Kedah
                        m-8 Fernando Rodriguez
m-33 Dicson Nwakaeme
PEMAIN PAHANG
01 HELMI ELIZA
02 MATTHEW DAVIES
03 HEROLD COULON
08 WAN ZAHARULNIZAM
10 DICKSON NWAKAEME
11 LAZARUS KAIMBI
15 SADDIL RAMDANI
16 ZUBIR AZMI
20 AZAM AZIH
21 SAFUWAN BAHARUDIN
26 MOHAMADOU SUMAREH
PEMAIN SIMPANAN
PEMAIN KEDAH
18 IFWAT AKMAL
03 RENAN ALVES
07 BADDROL BAKHTIAR
09 FERNANDO RODRIGUEZ
10 JONATAN BAUMAN
11 SHAKIR HAMZAH
15 RIZAL GHAZALI
25 AZMEER YUSOF
29 FARHAN ROSLAN
60 EDGAR

Dollah masih tagih bisa Nwakaeme, Kaimbi


SUKAN»Bola
Jumaat, 25 Oktober 2019 | 7:18pm
 
Jurulatih Pahang, Dollah Salleh ketika sesi latihan pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Dollah masih tagih bisa Nwakaeme, Kaimbi
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Gandingan Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi tetap menjadi taruhan Pahang apabila berdepan Kedah pada separuh khir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, dua penyerang import, masing-masing dari Nigeria dan Namibia itu berada pada prestasi terbaik untuk merobek gawang skuad Helang Merah. 

"Ketika ini, saya tiada masalah di bahagian serangan kerana Nwakaeme dan Kaimbi menjadi pihanan utama untuk memberi tekanan kepada pertahanan lawan. 

"Saya percaya dua penyerang import ini dapat membantu manakala pemain lain di bahagian tengah dan pertahanan membantu memperkasakan pasukan," kata Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan. 

Dalam saingan Piala Malaysia, Nwakaeme sudah menjaringkan tujuh gol termasuk satu ketika Pahang seri 3-3 berdepan Kedah manakala lima gol disumbangkan Kaimbi. 

Pada masa sama, beliau percaya pemain di posisi lain juga boleh membantu menghasilkan jaringan kerana mereka sudah membuktikannya ketika seri 3-3 pada separuh akhir pertama lalu. 

Katanya, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Nor Azam Azih, masing-masing menyumbang satu gol dan sentuhan mereka amat dinantikan. 

"Bagi saya, segala percaturan diharap menjadi untuk memastikan slot final Piala Malaysia menjadi milik Pahang musim ini. 

"Kelebihan yang ada iaitu bermain di laman sendiri tidak perlu dipersia-siakan selepas pemain bermain dengan baik di Alor Setar biarpun mencatat keputusan seri. 

"Saya harap kesebelasan utama diturunkan esok dapat bermain pada tahap terbaik dan mencapai misi ke pentas final," katanya.

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 25 Oktober 2019 | 7:18pm

Khamis, 24 Oktober 2019

Davies tangisi nasib Pahang


MyMetroNode
 
Oleh Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain pertahanan Pahang Matthew Davies mengakui ‘sedih’ apabila melihat ramai tonggak utama Tok Gajah berpindah ke pasukan lain musim depan.

Bagaimanapun, baginya sudah menjadi lumrah bagi pemain bola sepak profesional untuk berhijrah sekiranya ada tawaran lebih menarik.

“Memang saya berasa sedikit sedih kerana kami sebelum ini sering beraksi bersama dalam pelbagai saingan tempatan (Liga Malaysia) atau luar (Piala AFC). Namun apa yang berlaku sudah menjadi adat pemain bola sepak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015.

Dalam majlis berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre itu, pemain naturalisasi berusia 20 tahun itu memenangi kategori Anugerah Pemain Muda Harapan Terbaik menerusi penampilan pertamanya dalam kancah Liga Malaysia musim ini.

Davies mengetepikan pemenang musim lalu, Farhan Roslan dari Kedah dan pemain tengah yang membantu Selangor merealisasikan Misi 33 Piala Malaysia, Nazmi Faiz Mansor.

Jelasnya, kejayaan itu untuk keluarga, rakan sepasukan dan pengurusan Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) yang membantunya menjadi pemain lebih baik.

“Satu penghargaan apabila dipilih ketua pasukan dan jurulatih untuk memenangi anugerah ini. Ini detik terbaik kerjaya saya.

“Mungkin musim ini bukan terbaik buat Pahang, tapi kejayaan ini menyuntik semangat saya untuk melakukan lebih baik musim depan,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2015 @ 5:06 AM

Anugerah Bolasepak Kebangsaan: Pahang menang lima


MyMetroNode
 
Petaling Jaya: Pasukan Pahang menguasai senarai pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2014 apabila merangkul lima gelaran hari ini.

Penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azhan Khalid diumum pemenang dalam dua kategori iaitu Penjaga Gol Terbaik serta Pemain Paling Bernilai.

Sementara itu, Zainal Abidin Hassan diiktiraf Jurulatih Terbaik manakala Mohd Razman Roslan dinobatkan Pertahanan Terbaik.

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang juga diumumkan sebagai Persatuan Bolasepak Terbaik pada majlis yang diadakan di sini.

Pemenang kategori lain:

Pemain Tengah Terbaik: Mohd Badhri Radzi (Kelantan)

Penyerang Terbaik: Mohd Norfarhan Mohamad (Terengganu)

Pemain Muda Terbaik: Farhan Roslan (Kedah)

Pemain Import Terbaik: Ali Ashfaq (PDRM)

Anugerah Fairplay: Terengganu

Kelab Bolasepak Terbaik: Johor Darul Ta'zim

Kelab Penyokong Terbaik: Johor Darul Ta'zim

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 3:18 PM

Gah lima anugerah


MyMetroNode
Oleh Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengucapkan tahniah kepada pasukan itu kerana berjaya meraih lima anugerah pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABSK) 2014.

Timbalan Presiden Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, anugerah itu atas hasil usaha dan kerja keras dipersembahkan PBNP, jurulatih dan pemain sepanjang musim ini.

Bagaimanapun katanya, skuad itu berdepan cabaran getir tahun depan khususnya untuk mempertahankan tiga kejuaraan diraih musim ini.

“Lima anugerah ini amat menggembirakan PBNP.

“PBNP akan berusaha memastikan kejayaan meraih tiga piala musim ini, termasuk mempertahankan Piala Malaysia musim depan dapat direalisasikan.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk memperkasakan skuad Tok Gajah musim depan. Jurulatih dan pemain perlu komited mencapai misi ini,” katanya semalam.

Kelmarin, lima daripada 12 anugerah dipertandingkan pada ABSK 2014 menjadi milik Pahang.

Penjaga gol, Khairul Azhan Khalid meraih dua anugerah iaitu Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Paling Bernilai.

Selain itu, pemain pertahanan, Razman Roslan menerima Anugerah Pertahanan Terbaik dan pengendali skuad Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan pula meraih anugerah Jurulatih Terbaik.

PBNP yang melahirkan ramai pemain berkaliber negara turut menerima anugerah Persatuan Bola Sepak Terbaik.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 5:07 AM

Tok Gajah sebati di hati


MyMetroNode
 
Oleh Mohd Rafi Mamat
sukan@hmetro.com.my

Kuantan: “Saya terlalu sayangkan skuad Pahang dan peminat setia Tok Gajah, tidak mungkin saya sanggup tinggalkan pasukan selepas tiga musim berjuang memburu kejuaraan diimpikan.

“Perjuangan bersama pasukan Tok Gajah seolah-olah satu keluarga yang begitu akrab dan setia memikul setiap tugas diamanahkan demi menjaga maruah Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP),” kata kapten Pahang Razman Roslan.

Menurutnya, keputusan kekal bersama Tok Gajah turut dipengaruhi rasa hormat terhadap Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang mengharapkan dia dapat terus kekal mengemudi skuad itu musim depan.

Katanya, kesanggupan PBNP mengekalkan semua pemain menambahkan lagi keyakinan untuk sekali lagi berjuang memburu kejayaan lebih bermakna musim depan.

“Kepuasan saya bersama skuad Tok Gajah diperkuatkan lagi dengan keselesaan isteri, Ozy Azeya Abdul Aziz, 29, dan anak, Muhammad Aryan Rizqy, 1, dan Muhammad Arraz Rizqy, 4, menetap di sini yang dianggap seperti kampung sendiri.

“Tinggal di sini tidak ada kesesakan jalan raya seperti di Kuala Lumpur, makanan juga sedap. Keselesaan itu memberikan peluang sepenuhnya kepada saya memberi tumpuan kepada pasukan,” katanya yang berasal dari Kajang, Selangor.

Razman berkata, perjanjian kontrak baru bersama PBNP musim depan akan dilakukan hujung bulan ini selepas kontrak lama berakhir.

“Saya mohon maaf kepada Persatuan Bolasepak Negeri Selangor (FAS) kerana tidak dapat bersama mereka musim depan, saya yakin pengurusan FAS memahami keadaan seterusnya merestui keputusan saya.

“Satu hari nanti saya pasti pulang ke pangkuan Selangor. Tumpuan saya kini hanya untuk pasukan Pahang yang begitu ghairah memburu kejayaan dalam Liga Malaysia (Liga M) terutama selepas berjaya menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini,” jelasnya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:05 AM

Motivasi tiket final


MyMetroNode
 
 Oleh Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Menyedari laluan berliku bakal dihadapi, kapten Pahang Mohd Razman Roslan mahu rakan sepasukan mempamerkan kebangkitan untuk mencatat kemenangan ke atas Kedah pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Razman berkata, kekalahan 1-3 pada aksi pertama sudah dilupakan dan semangat juang serta sokongan moral peminat pencetus kebangkitan pasukan demi memastikan kemenangan untuk layak ke final.

Katanya, kekalahan itu tidak perlu dikenang sebaliknya tumpuan kini terarah kepada mempamerkan semangat juang tinggi mencatat kemenangan sekali gus mempertahankan Piala Malaysia.

"Misi kami adalah meraih kemenangan kerana ia peluang untuk layak ke final dan misi mempertahankan piala berprestij itu.

"Kami berjanji beraksi pada tahap terbaik dan tidak mengulangi kesilapan lalu.

"Segala kelemahan akan segera diperbaiki untuk mengekang asakan lawan dan pada masa sama jentera serangan mempamerkan sentuhan berbisa," katanya.

Razman berkata, kembalinya Dickson Nwakaeme dan Damion Stewart, masing-masing di bahagian serangan dan pertahanan mampu memperkasakan skuad Tok Gajah.

Katanya, prestasi tidak konsisten di semua bahagian diharap tidak berulang kerana Kedah memiliki kelebihan dua gol manakala Pahang pula perlu meraih kemenangan sekurang-kurangnya dua gol.

"Saya harapkan sokongan padu penyokong Pahang memberikan suntikan moral kepada kami merealisasikan impian ke final.

"Tanpa sokongan mereka, Pahang tidak akan mencapai kejayaan pada tahap ini dan sebagai balasannya kami berjanji untuk mempamerkan aksi terbaik," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:02 AM