Sabtu, 5 Ogos 2017

Pahang tak gentar hadapi Kedah



Oleh SHAHRULANOOR ISHAK

Wan Zaharulnizam akan pastikan Kedah pulang hampa dari Kuantan malam ini.

MESKIPUN mencatat dua kekalahan kepada Kedah musim ini, ia tidak meletakkan Pahang dalam keadaan tertekan untuk menghadapi skuad Helang Merah itu buat kali ketiga pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Sebagai rekod, perlawanan malam ini merupakan pertemuan ketiga bagi kedua-dua pasukan itu selepas terdahulu menyaksikan Pahang tewas dua kali kepada Kedah pada aksi pusingan pertama Liga Super di Alor Setar dan final Piala FA di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Pada 11 Februari lalu, Pahang tewas 1-4 kepada Kedah sebelum dihampakan 2-3 ketika aksi final Piala FA di Stadium Shah Alam pada 20 Mei lalu.

Pemain tengah pasukan Pahang, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria berkata, mereka harus fokus 100 peratus menghadapi perlawanan penting itu bagi memastikan skuad Tok Gajah meraih kemenangan.

“Semua orang tahu, Kedah memiliki strategi serta corak permainan yang hebat. Jika mahu menewaskan Kedah, kami harus fokus dan mengekalkan disiplin yang tinggi sepanjang perlawanan itu nanti.

“Walaupun ketua jurulatih, Dollah Salleh tidak ada bersama kami kerana masih menjalani hukuman penggantungan, namun rakan-rakan sepasukan tidak tertekan biarpun Pahang pernah tewas sebanyak dua kali kepada Kedah sebelum ini. Apabila semua pemain fokus terhadap permainan, segalanya akan berjalan dengan lancar.

“Saya juga menanam keazaman untuk muncul sebagai penjaring pada perlawanan malam esok (ini), sekali gus membantu Pahang meraih tiga mata penuh di hadapan penyokong kami sendiri,” ujar Wan Zaharulnizam ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, pemangku ketua jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddin Ahmad Rosdi pula optimis skuad Tok Gajah mampu mempamerkan aksi yang lebih berkesan menjelang perlawanan malam ini dalam misi merampas kedudukan tempat kedua daripada Kedah.

“Berdasarkan prestasi yang dipamerkan ketika membelasah PKNP FC pada kempen Piala Malaysia Selasa lalu, saya percaya para pemain sudah bersedia sepenuhnya untuk menyekat Kedah.

“Para pemain kini semakin bersemangat selepas bergelut dengan prestasi yang tidak menentu sebelum ini.

“Apa yang penting adalah untuk menjaga disiplin dan sentiasa fokus sepanjang perlawanan. Jika dua faktor ini dapat dipertahankan, saya yakin Pahang boleh menang,” kata Ahmad Shaharuddin.

Selepas mengharungi 18 perlawanan, Pahang kini berada di kedudukan ketiga Liga Super dengan 30 mata, ketinggalan empat mata di belakang Kedah.

Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) terus selesa memimpin liga dengan mengumpul 45 mata.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4otk82AUP
Hakcipta terpelihara

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 5.8.2017



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pahang            2-1       Kedah
                                   
Sarawak          2-0       Pulau Pinang
m-50 Nur Shamie Iszuan

T-Team            1-5       Melaka United
m-32 Fauzi Abdul Kadar

Perak   2-0       PKNS
                       
Selangor          2-1       Johor Darul Ta'zim
                            m-39 Natxo Insa (39')

Kelantan          1-1       Felda United
                             m-24 Ifedayo Olusegun
m-25 Alessandro Celin

TERKINI MASA KEDUA LIGA SUPER 5.8.2017



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pahang            2-1       Kedah
                                   
Sarawak          2-0       Pulau Pinang
m-50 Nur Shamie Iszuan

T-Team            1-4       Melaka United
m-32 Fauzi Abdul Kadar

Perak   1-0       PKNS
                       
Selangor          2-1       Johor Darul Ta'zim
                            m-39 Natxo Insa (39')

Kelantan          1-1       Felda United
                             m-24 Ifedayo Olusegun
m-25 Alessandro Celin

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 5.8.2017



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pahang            0-0       Kedah
                                   
Sarawak          2-0       Pulau Pinang
m-50 Nur Shamie Iszuan

T-Team            1-1       Melaka United
m-32 Fauzi Abdul Kadar

Perak   1-0       PKNS
                       
Selangor          0-1       Johor Darul Ta'zim
                            m-39 Natxo Insa (39')

Kelantan          1-1       Felda United
                             m-24 Ifedayo Olusegun
m-25 Alessandro Celin

TERKINI LIGA SUPER 5.8.2017


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pahang            0-0       Kedah
                                   
Sarawak          1-0       Pulau Pinang
m-50 Nur Shamie Iszuan

T-Team            1-0       Melaka United
m-32 Fauzi Abdul Kadar

Perak   0-0       PKNS
                       
Selangor          0-1       Johor Darul Ta'zim
                            m-39 Natxo Insa (39')

Kelantan          1-1       Felda United
                             m-24 Ifedayo Olusegun
m-25 Alessandro Celin

Selasa, 1 Ogos 2017

KEPUTUSAN PENUH PIALA MALAYSIA 1.8.2017


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB    
T-Team            4-1       Negeri Sembilan
m-25 Asrol Ibrahim    
m-41 Wan Ahmad Amirzafran

Pahang            6-0       PKNP
m-28,m-52 Wan Zaharulnizam          
m-33,m-42 Joseph Kalang Tie

Kumpulan B
Felda United   3-2       PKNS
                                    m-31 Bobby Gonzales

Perak         2- 0 Kuala Lumpur
m-22 Gilmar   
m-27 Kenny Pallraj


Kumpulan C
Kedah 1-0       UiTM
m-23 Liridon Krasniqi

Kumpulan D
Johor Darul Ta'zim      5- 0      Terengganu
m-18 pen Safawi Rasid          
m-38 Fadhli Shas       



TERKINI MASA KEDUA PIALA MALAYSIA 1.8.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB    
T-Team            2-0       Negeri Sembilan
m-25 Asrol Ibrahim    
m-41 Wan Ahmad Amirzafran

Pahang            4-0       PKNP
m-28 Wan Zaharulnizam        
m-33 Joseph Kalang Tie

Kumpulan B
Felda United   1-2       PKNS
m-31 Bobby Gonzales

Perak         2- 0 Kuala Lumpur
m-22 Gilmar   
m-27 Kenny Pallraj


Kumpulan C
Kedah 1-0       UiTM
m-23 Liridon Krasniqi

Kumpulan D
Johor Darul Ta'zim      4- 0      Terengganu
m-18 pen Safawi Rasid          
m-38 Fadhli Shas       


KEPUTUSAN MASA PERTAMA PIALA MALAYSIA 1.8.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB    
T-Team            2-0       Negeri Sembilan
m-25 Asrol Ibrahim    
m-41 Wan Ahmad Amirzafran

Pahang            3-0       PKNP
m-28 Wan Zaharulnizam        
m-33 Joseph Kalang Tie

Kumpulan B
Felda United   0-1       PKNS
m-31 Bobby Gonzales

Perak         2- 0 Kuala Lumpur
m-22 Gilmar   
m-27 Kenny Pallraj


Kumpulan C
Kedah 1-0       UiTM
m-23 Liridon Krasniqi

Kumpulan D
Johor Darul Ta'zim      3- 0      Terengganu
m-18 pen Safawi Rasid          

m-38 Fadhli Shas