Selasa, 29 Disember 2020

Malik tekad bantu Pahang raih kejayaan

MyMetroArena



Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Penjaring terbanyak tempatan Liga Perdana 2016 dan 2017, Abdul Malik Mat Ariff mahu membuktikan bahawa kembalinya ke pangkuan Pahang memberi impak dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Abdul Malik berkata, pengalaman yang dimiliki memberi motivasi dan keyakinan untuk meletakkan skuad Pahang pada kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super musim 2021.

"Saya berterima kasih kepada pengurusan pasukan yang menyenaraikan saya dalam skuad Pahang selepas kali terakhir bersama Pahang pada 2014.

"Peluang yang diberikan diharap dapat dipersembahkan dengan mempamerkan prestasi terbaik seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Dengan sokongan rakan sepasukan, saya percaya prestasi Pahang lebih baik untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna musim 2021," katanya.

Abdul Malik antara empat pemain kelahiran Pahang yang sebelum ini berkelana bersama pasukan luar disenaraikan dalam usaha memperkasakan skuad Tok Gajah sekali gus tampil lebih gagah.

Tiga anak jati Pahang yang turut disenaraikan ialah Shahrul Aizad Zulkifli (Terengganu FC (TFC),Felda United FC), Baqiuddin Shamsudin (UKM FC) dan Muhammad Jadid Ilias (Felda United).

Abdul Malik yang juga bekas pemain TFC dan Kuantan FA mengharapkan pencapaian gemilang akan berpihak kepada Pahang musim depan.

"Saya pernah meraih kejayaan bersama Pahang pada 2013 dan 2014 apabila Pahang menjulang Piala Malaysia walaupun bukan sebagai pemain utama.

"Oleh itu, saya harap musim 2021 saya akan berada dalam kesebvelasan utama dan membantu Pahang mengulangi pencapaian itu," katanya yang pernah menyarung jersi Pahang pada 2010 hingga 2014.

Sebagai penjaring terbanyak tempatan saingan Liga Perdana pada 2016 dan 2017, Abdul Malik mengharapkan pencapaian itu dapat diulangi dalam saingan Liga Super.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2020 @ 3:33 PM

Selasa, 8 Disember 2020

Lima pemain tidak bersama Tok Gajah

MyMetroArena



Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Pahang mengesahkan lima pemain musim ini tidak lagi bersama skuad Tok Gajah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Selepas Faisal Abdul Halim dan Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim yang diumumkan tidak lagi bersama skuad itu, ia disusuli tiga pemain lain iaitu penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli, Muhammad Gopi Rizqi Rama Chandra dan R Dinesh.

Pengurus Tok Gajah Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, kontrak lima pemain itu tidak dilanjutkan dan kini memberi fokus menyenaraikan pemain baharu.

"Ketika ini, skuad Pahang sedang mendapatkan pemain baharu terutama memperkuatkan jentera tengah, pertahanan dan penjaga gol.

"Setakat ini usaha ke arah itu sedang dilakukan dan mengharapkan yang terbaik untuk meletakkan Pahang pada prestasi terbaik bagi saingan Liga M musim 2021," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohammed Suffian mengesahkan 12 pemain yang pernah beraksi dalam skuad Piala Presiden Pahang dan bekas pemain Shahzan Muda sudah dipilih untuk menyertai sesi latihan bersama skuad Pahang.

Bagaimanapun, katanya, daripada jumlah itu, hanya lima pemain akan disenaraikan untuk memenuhi misi menyenaraikan anak jati Pahang.

"Sesi pemilihan yang dilakukan secara tertutup itu akan diadakan pada pertengahan bulan ini dan diharapkan mereka yang terpilih dapat membantu pasukan terutama pemain di posisi tengah dan pertahanan," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2020 @ 1:31 PM

Jumaat, 6 November 2020

Lang Merah ke suku akhir

MyMetroArena



Izzali Ismail

sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar : Kedah layak ke saingan suku akhir saingan Piala Malaysia selepas membenam Pahang dengan kemenangan 3-2 pada aksi pusingan pertama secara kalah mati di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Babak permulaan berlangsung dengan penuh bersemangat oleh kedua-dua pasukan, dengan Kedah melalui penyerangnya Kipre Tchetche hampir membolosi gawang Pahang selepas percubaannya pada minit ketujuh di depan gawang berjaya dihalang penjaga gol Helmi Eliza Elias.

Selepas melakukan beberapa percubaan bahaya termasuk dari Kpah Sherman pada minit ke-12 yang gagal dimanfaatkan tuan tumah, tuan rumah mengejutkan Pahang melalui jaringan tandukan kemas Shakir Hamzah pada minit ke-17 berpunca daripada sepakan sudut Baddrol Bakhtiar.

Pahang cuba bangkit memburu gol pada minit ke-23 apabila percubaan Ivan Carlos yang menolak bola ke arah Dickson Nwakeme di depan gawang tuan rumah gagal dimanfaatkan pemain kelahiran Nigeria itu.

Pahang terus tertekan apabila Kedah terus menambah gol pada minit ke-35, sekali lagi melalui tandukan oleh Sherman yang menerima hantaran cantik Tchetche dari sebelah kiri gawang Pahang sekali gus meletakkan kedudukan 2-0.

Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, Kedah terus menambah derita skuad Tok Gajah dengan gol ketiga melalui umpanan pemain sayap Faizat Ghazli kepada Tchetche disambut dengan rembatan padu ke arah penjuru kiri gawang Pahang.

Tiga minit selepas babak kedua bermula Pahang mendapat 'tonik' permulaan terbaik melalui gol pertama hasil percubaan tandukan Muslim Ahmad yang berjaya menewaskan Azri Ghani, berpunca dari sepakan percuma yang diambil Nor Azam Azih.

Pahang sekali lagi mendapat peluang keemasan apabila pengadil Muhammad Nazmi menghadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan Kedah, Renan Alves menarik baju Adam Michael namun Nwakaeme gagal mengambil peluang berkenaan apabila percubaannya sekadar terkena tiang.

Pahang akhirnya berjaya merapatkan jurang gol dengan sumbangan pemain gantian Faizal Abdul Rani pada minit ke-88 yang bermula dari gerakan Nor Azam dan sekali gus mencemaskan tuan rumah.

Namun kedudukan 3-2 berlarutan hingga tamat perlawanan menyaksikan Kedah mara ke suku akhir sementara Pahang pula tersingkir dari saingan Piala Malaysia musim ini.

Turut mara ke suku akhir ialah juara Liga Perdana, Pulau Pinang selepas menewaskan pasukan Liga Super, FELDA United FC 3-1 di Stadium Bandaraya.

Lawan skuad Harimau Kumbang di suku akhir nanti adalah pemenang perlawanan antara UiTM FC dan Kelantan yang akan membuat perhitungan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Ahad ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2020 @ 11:30 PM

Khamis, 5 November 2020

Pemain Pahang diingat patuhi SOP

MyMetroArena



Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang meminta pemain skuad itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha menyekat penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata, pematuhan itu ketika skuad kendalian Dollah Salleh akan berdepan Kedah pada pusingan pertama Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung minggu ini.

"Daripada segi persiapan, segalanya berjalan lancar dan mengharapkan pada perlawanan itu nanti semua pemain berada pada prestasi terbaik dan bebas kecederaan.

"Dengan prestasi itu, Pahang lebih bersedia untuk memastikan tempat suku akhir menjadi milik skaud Tok Gajah.

"Tapi tumpuan lebih kepada memastikan semua pemain patuhi SOP bukan sahaja di tempat latihan, malah dalam amalan seharian untuk menyekat penularan Covid-19," katanya.

Pada majlis undian semalam, Pahang diundi bertemu Kedah yang juga naib juara piala itu musim lalu.

Bagaimanapun tarikh perlawanan kedua-dua belum ditetapkan tetapi Kedah bertindak selaku tuan rumah pada pusingan pertama itu.

Saingan Liga Super musim ini menyaksikan, skuad Tok Gajah menamatkan liga di kedudukan kelapan berbanding Kedah pula di kedudukan kedua liga.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2020 @ 6:28 PM

Jumaat, 30 Oktober 2020

Dollah lega pemain utama kembali berlatih

MyMetroTopic



Asrol Awang

am@hmetro.com.my

Kuantan: Pengendali Pahang, Dollah Salleh lega selepas lima daripada enam pemain yang berdepan masalah kecederaan sudah kembali menjalani latihan bersama skuad itu.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, kehadiran lima pemain itu, termasuk tiga import begitu bermakna ketika skuad Tok Gajah dalam persiapan menghadapi kempen Piala Malaysia.

"Saya lega apabila lima daripada enam pemain yang sebelum ini dihimpit masalah kecederaan sudah kembali berlatih dalam memperkemaskan jentera pasukan.

"Walaupun Dickson Nwakaeme belum benar-benar pulih tetapi ia cukup memberi harapan bahawa dia akan berada dalam kesebelasan utama.

"Diharapkan tempoh seminggu ini Nwakaeme dapat mencapai tahap kecergasan dan pulih 100 peratus untuk menajamkan jentera serangan," katanya.

Selain Nwakaeme, empat pemain yang sudah pulih daripada kecederaan ialah Herold Goulon, Adam Reed, R Dinesh dan Faisal Abdul Halim.

Pemain muda Tok Gajah, Zuhair Aizat Nazri pula masih lagi menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan ketika berdepan Terengganu FC (TFC) Pada perlawanan terakhir saingan Liga Super lalu.

Ditanya persiapan skuad Pahang menjelang kempen Piala Malaysia, Dollah berkata, segalanya mengikut perancangan untuk mempamer prestasi lebih mantap.

"Saya berpuas hati dengan komitmen semua pemain sepanjang sesi latihan dan diharapkan mereka dapat beraksi pada tahap terbaik sebaik Piala Malaysia bermula nanti," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2020 @ 5:50 PM

Isnin, 19 Oktober 2020

Mickey yakin sempat pulih menjelang Piala Malaysia



FAISAL ABDUL HALIM

Oleh Media Mulia

19 Oktober 2020, 8:32 pm

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Pahang, Faisal Abdul Halim amat berharap akan pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi untuk kembali beraksi selepas dihimpit kecederaan.

Faisal atau lebih dikenali sebagai ‘Mickey’ berdepan kecederaan buku lali ketika aksi terakhir CIMB Liga Super berdepan Terengganu FC (TFC) minggu lalu yang menyaksikan Pahang tewas 1-2.

Bagaimanapun pemain muda berusia 22 tahun itu melihat kecederaan yang dialami tidak begitu serius sehingga memakan masa lama untuk pulih sebaliknya percaya mampu kembali bagi menghadapi TM Piala Malaysia bulan depan.

Jelasnya, dia enggan terlepas untuk beraksi dalam saingan berprestij itu yang bakal bermula pada 6, 7 dan 8 November depan memandangkan format perlawanan adalah kalah mati dan mahu membantu pasukan sebaiknya untuk mara ke final, musim ini.

Sekarang kecederaan saya sudah 80 peratus pulih dan saya percaya dalam seminggu lagi dah boleh main atas padang semula, jadi memang kena betul-betul fokus untuk cergas sepenuhnya.

Cuma memang saya harap bukan sahaja saya, tetapi pemain-pemain lain juga akan turut sama pulih sebelum TM Piala Malaysia bermula dan ada yang dah mula masuk padang, cuma saya masih risau dengan kaki, jadi saya mula dengan berlari terlebih dahulu.

Sekarang memang kena fokus latihan sebaiknya sebab kita tahu wabak COVID-19 semakin membimbangkan dan sebab itulah, perlawanan pun terpaksa ditunda.

Saya sebenarnya banyak belajar apa yang dah berlaku pada tahun ini, sebab biasanya pertengahan November, tiada perlawanan dah, jadi tahun ni memang berbeza dan sebagai pemain, kita kena hadap juga,” katanya.

Selain Faisal, Adam Reed dan Zuhair Aizat Nazri turut sama berdepan kecederaan ketika menentang TFC minggu lalu sekaligus menambah lagi senarai pemain yang cedera termasuklah tonggak utama Dickson Nwakaeme, Herold Goulon dan R. Dinesh.

Ia pasti menambah kegusaran pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh, namun tempoh yang ada sebelumPiala Malaysia bermula beri bayangan pemain-pemain yang cedera mampu untuk kembali memperkuatkan pasukan sebelum sepak mula.

Pahang menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh dengan 14 mata, yang mana ia pencapaian kurang memuaskan berbanding musim lalu yang menyaksikan mereka bergelar naib juara.SUMBER UM ONLINE

Sabtu, 17 Oktober 2020

Penundaan Piala Malaysia legakan Pahang

MyMetroArena



Asrol Awang

am@hmetro.com.my

Kuantan: Skuad Pahang yang berdepan krisis kecederaan membabitkan enam pemainnya lega apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menunda kempen Piala Malaysia dari 25 Oktober kepada 6 November depan, susulan peningkatan kes Covid-19.

Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, ia memberi peluang kepada pemain yang berdepan masalah kecederaan untuk kembali pulih dan cergas sebaik saingan piala berprestij itu bermula nanti.

"Pada perlawanan terakhir Liga Super yang lalu, kita terpaksa menggunakan khidmat pemain tempatan dan muda ketika berdepan Terengganu FC disebabkan kecederaan dialami pemain utama.

"Apabila MFL memutuskan saingan Piala Malaysia ditunda, ia cukup melegakan kerana percaya pemain yang berdepan masalah kecederaan akan cepat pulih dan benar-benar cergas.

"Pada masa sama, jurulatih (Dollah Salleh) dapat menyenaraikan kesebelasan terbaik pada saingan piala berprestij itu," katanya.

Enam pemain Tok Gajah yang mengalami kecederaan ialah Dickson Nwakaeme yang juga kapten pasukan, Herold Goulon, Adam Reed, R Dinesh, Faisal Abdul Halim dan Zuhair Aizat Nazri.

MFL sebelum ini memutuskan menunda kempen Piala Malaysia dari 25 Oktober ke 6 November ini susulan keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2020 @ 7:01 PM

Selasa, 13 Oktober 2020

Nik Sharif mahu akhiri Liga Super dengan jaringan

MyMetroArena



Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Bukan sahaja mahu membantu Pahang mencatat kemenangan ke atas Terengganu FC Ahad ini, malah pemain tengah, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim mahu muncul selaku penjaring.

Pada dua perlawanan berturut-turut, pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu menjaringkan dua gol, masing-masing satu gol ketika Tok Gajah menewaskan Kedah 2-1 dan seri 3-3 dengan Perak.

Justeru, Nik Sharif yang kini menjadi pilihan selaku pemain utama skuad Pahang mengharapkan dua misi itu menjadi kenyataan terutama pada perlawanan penutup tirai Liga Super musim ini.

"Kalau boleh memang saya mahu menjadi antara penjaring buat pasukan pada perlawanan Ahad ini. Tetapi fokus utama ialah memastikan Pahang mengutip tiga mata pada perlawanan terakhir itu.

"Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan prestasi semasa terutama menjaringkan dua gol setakat ini ketika bertemu Kedah dan Perak.

"Saya harap prestasi ini berterusan bukan sahaja pada saingan Liga Super, malah di Piala Malaysia," kata pemain berumur 23 tahun ini.

Nik Sharif berkata, skuad itu akan tampil dengan prestasi lebih mantap selepas sekadar mengutip satu mata ketika seri 3-3 berdepan Perak minggu lalu.

Katanya, segala kelebihan dan kekuatan yang dimiliki TFC akan disekat untuk menafikan tuan rumah itu mengutip tiga mata.

"Bagi saya kekuatan TFC ialah di bahagian tengah yang memerlukan kami lebih kental dan memperkasakan jentera pertahanan di samping jentera serangan juga lebih padu," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2020 @ 6:28 PM

Nik Sharif permata baharu Pahang

Oleh Asrol Awang - Oktober 13, 2020 @ 12:32pm

sukanteam@nstp.com.my



Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim (jersi kuning) ketika bertemu PDRM pada aksi Liga Super - Foto ihsan FB Pahang FA.

KUANTAN: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh menyifatkan pemain tengah pasukannya, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim sebagai permata baharu skuad Tok Gajah.

Katanya, ia selepas prestasi mantap yang dipamerkan pemain kelahiran Kuantan itu pada tiga perlawanan terdahulu.

"Dalam tiga aksi berturut-turut itu, Nik Sharif berjaya menjaringkan tiga gol, masing-masing satu pada setiap perlawanan. Bagi saya, Nik Sharif permata yang mula berputik. Oleh itu, saya harap dia dapat mengekalkan prestasinya terutama pada saingan Piala Malaysia nanti," katanya.

Kelmarin, Nik Sharif menjaringkan gol tunggal Pahang ketika tewas 1-2 kepada Terengganu FC (TFC) manakala dua lagi ketika skuad Tok Gajah menewaskan Kedah 2-1 dan terikat 3-3 berdepan Perak.

Mengulas gandingan Nik Sharif dan Faisal Abdul Halim, Dollah mengakui gembira dengan keserasian dipersembahkan dua pemain muda itu.

"Nik Sharif dan Faisal menunjukkan persefahaman baik dan mampu memberi tekanan kepada pertahanan lawan seperti pada perlawanan menentang TFC. Namun, ketiadaan Faisal akibat kecederaan mengganggu percaturan dalam memperkasakan jentera serangan," katanya.SUMBER BH ONLINE

Isnin, 12 Oktober 2020

Masih ada satu lagi trofi - Dollah

MyMetroArena



Malik Muhamad

sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Pengendali Pahang, Dollah Salleh tidak menyalahkan pemain walaupun pasukannya tewas kepada Terengganu FC (TFC), 1-2 pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, malam tadi.

Sebaliknya beliau berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya sehingga skuad lawan hampir berputih mata di laman sendiri.

Bekas pemain kebangsaan itu menegaskan masih ada satu lagi peluang buat pasukannya untuk merangkul trofi iaitu Piala Malaysia yang bakal dilangsungkan pada hujung bulan ini jika pemain tonggaknya sempat pulih sepenuhnya daripada krisis kecederaan.

"Keseluruhannya saya berpuas hati dengan persembahan pemain pada malam ini (malam tadi) walaupun kita tewas. Semua pemain yang beraksi di posisi masing-masing menjalankan tugas dengan berkesan sehingga menyukarkan pihak lawan menembusi kubu pasukan kami.

"Malah jika dilihat kita tewaspun berpunca daripada kecederaan pemain sehingga rentak permainan kita terutama pada separuh masa kedua kita hilang arah, selepas itu pula pada minit ke-70 pemain tengah, Muhammad Hardee Shamsuri mendapat kecederaan sekali gus menjadikan tiga pemain cedera dan dibawa keluar.

"Jadi selepas itu aksi pemain kita nampak pincang, walaupun keputusan tidak menyebelahi kita, tapi pemain tempatan berjaya memperagakan aksi terbaiknya kerana sebelum ini ketika bertemu FELDA United, saya menurunkan semua pemain tempatan, bermula daripada perlawanan itu sudah nampak ada peningkatan termasuk pemain muda, mungkin disebabkan pengalaman mereka menjadi pemisah selepas tewas," katanya.

Ketika ditanya adakah petunjuk prestasi utama (KPI) pasukannya tercapai musim ini, Dollah tanpa berselindung mengakui tidak mencapai apa yang diinginkan sebagaimana sasaran sebelum saingan Liga Super bermula.

"KPI tidak tercapai, ini mungkin disebabkan perlawanan liga singkat hanya satu pusingan sahaja, jadi persiapan saya sebenarnya terganggu sebab ramai pemain yang cedera, jadi saya terpaksa membuat pertukaran demi pertukaran dan untuk mendapat pasukan yang serasi sudah tentu mengambil masa.

"Saya terpaksa berkorban dan berusaha untuk mendapatkan pemantapan pasukan, tapi jika dua pusingan liga dan saya mempunyai kesebelasan terbaik, saya yakin pasukan kami mampu melangkah lebih jauh lagi."

Selepas ini kita masih ada satu lagi Piala Malaysia, saya lihat ada kebaikan kepada pasukan saya kejohanan piala berprestij itu dianjakkan tarikhnya. Ini kerana ramai pemain yang cedera mungkin sempat sembuh, dengan kembalinya nanti penyerang Dickson Nwakaeme, Adam Reed, Herold Goulon dan Ivan Carlos, saya percaya pasukan lebih mantap untuk bersaing merebut trofi itu," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2020 @ 3:25 PM


Sabtu, 10 Oktober 2020

Pahang hilang 4 tonggak jumpa TFC

Oleh Asrol Awang - Oktober 9, 2020 @ 10:40pm

sukanteam@nstp.com.my



Aksi pemain Pahang, Dickson Nwakaeme (jersi hitam) ketika bertemu Melaka United sebelum ini. - Foto NSTP/Muhamad Zuhairi Zuber

KUANTAN: Pasukan Pahang akan turun bertemu Terengganu FC (TFC) di laman lawannya itu pada aksi terakhir Liga Super, Ahad ini, tanpa empat tonggak akibat masalah kecederaan dan penggantungan.

Dickson Nwakaeme, Herold Goulon dan R Dinesh tersisih akibat masalah kecederaan manakala Ivan Carlos digantung perlawanan.

Pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, ketiadaan empat pemain itu memaksanya melakukan perubahan percaturan pada perlawanan terakhir saingan Liga Super itu.

"Saya akui ketiadaan mereka amat dirasai pasukan ketika kita mahu menyenaraikan kesebelasan utama sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia.

"Seperti Goulon, dia mengalami kecederaan pada sesi latihan semalam dan dijangka tidak sempat pulih manakala Nwakaeme dan Dinesh mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Perak.

"Tapi, saya percaya barisan pemain lain dapat menggantikan kekosongan itu terutama bagi melakar kemenangan ke atas TFC," kata bekas pemain kebangsaan itu.

Sehubungan itu, Dollah mengharapkan barisan pemain muda yang semakin menunjukkan peningkatan daripada segi prestasi dan keyakinan dapat bermain dengan lebih baik.SUMBER-BH ONLINE

Dollah pening kepala

  MyMetroArena



Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Skuad Pahang berdepan masalah kecederaan dan penggantungan apabila empat pemain utama skuad itu tidak dapat beraksi berdepan Terengganu FC (TFC), Ahad ini.

Empat pemain berkenaan ialah Dickson Nwakaeme, Herold Goulon dan R Dinesh yang mengalami kecederaan manakala Ivan Carlos pula digantung perlawanan.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, ketiadaan empat pemain itu memaksanya melakukan perubahan percaturan pada perlawanan terakhir saingan Liga Super itu.

"Saya akui ketiadaan mereka amat dirasai ketika pasukan mahu menyenaraikan kesebelasan utama sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia.

"Seperti Goulon, dia mengalami kecederaan pada sesi latihan semalam dan dijangka tidak sempat pulih manakala Nwakaeme dan Dinesh mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Perak.

"Tapi, saya percaya barisan pemain lain dapat menggantikan kekosongan itu terutama melakar kemenangan ke atas TFC," kata bekas pemain kebangsaan itu.

Sehubungan itu, Dollah mengharapkan barisan pemain muda yang semakin menunjukkan peningkatan daripada segi prestasi dan keyakinan dapat bermain dengan lebih baik.

Katanya, mereka sudah membuktikan dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan persembahan menyakinkan itu perlu dikekalkan untuk membantu memperkasakan Pahang.

"Pada perlawanan terakhir Liga Super ini, saya harap misi mengutip tiga mata tercapai biarpun berdepan tentangan sengit pemain tuan rumah," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2020 @ 3:11 PM

Tonggak muda taruhan Pahang

MyMetroArena



Asrol Awang

am@hmetro.com.my

Kuantan: Ketiadaan beberapa pemain utama Pahang memberi ruang kepada tonggak muda untuk diturunkan bagi aksi berdepan Terengganu TF (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, esok.

Tanpa Dickson Nwakaeme dan Ivan Carlos di bahagian serangan, Faisal Abdul Halim dan Nik Muhammad Sharrif Mohd Lazim dijangka mengetuai jentera serangan Tok Gajah.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengesahkan barisan pemain muda menjadi harapan utama untuk menamatkan aksi Liga Super dengan keputusan positif.

"Ketiadaan empat pemain disebabkan kecederaan dan penggantungan memerlukan perubahan dalam pasukan dan harapan kini disandarkan kepada pemain muda.

"Dengan prestasi yang semakin meningkat dan komitmen tinggi yang dipersembahkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini, saya percaya mereka mampu memikul tanggungjawab yang diberikan.

"Saya cuma harap mereka dapat bermain dengan baik dan memberi tekanan kepada Terengganu yang pasti mahukan kemenangan," katanya.

Pada perlawanan esok, Pahang berdepan masalah kecederaan dan penggantungan apabila empat pemain utama skuad itu tidak dapat beraksi.

Empat pemain berkenaan ialah Nwakaeme, Goulon dan R Dinesh yang mengalami kecederaan manakala Carlos pula digantung perlawanan.

Namun, Dollah percaya skuad itu mampu untuk menafikan usaha tuan rumah mengutip tiga mata.

"Saya harap semua pemain dapat bermain dengan bagus dan memanfaatkan segala peluang yang ada untuk menamatkan saingan Liga Super musim ini dengan kemenangan," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2020 @ 7:39 PM 

Khamis, 8 Oktober 2020

Nik Muhammad ada misi besar bertemu Terengganu

Oleh Asrol Awang - Oktober 8, 2020 @ 7:56pm

sukanteam@nstp.com.my



Aksi Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim (jersi kuning) ketika bertemu pasukan PDRM sebelum ini. - Foto ihsan FB Pahang FA.

KUANTAN: Bukan sahaja mahu membantu Pahang mencatat kemenangan ke atas Terengganu FC (TFC) Ahad ini, malah pemain tengah, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim berazam untuk muncul selaku penjaring.

Pada dua perlawanan berturut-turut, pemain kelahiran Kuantan, itu menjaringkan dua gol, masing-masing satu gol ketika skuad Tok Gajah menewaskan Kedah 2-1 dan terikat 3-3 dengan Perak.

Justeru, Nik Muhammad Sharif yang kini menjadi pilihan selaku pemain utama pasukan Pahang mengharapkan dua misi itu menjadi kenyataan terutama pada perlawanan penutup tirai Liga Super musim ini.

"Kalau boleh memang saya mahu menjadi antara penjaring buat pasukan pada perlawanan Ahad ini. Tetapi fokus utama ialah memastikan Pahang mengutip tiga mata pada perlawanan terakhir itu.

"Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan prestasi semasa terutama menjaringkan dua gol ketika bertemu Kedah dan Perak. Saya harap prestasi ini berterusan bukan sahaja pada saingan Liga Super, malah di Piala Malaysia," kata pemain berumur 23 tahun ini.

Nik Muhammad Sharif berkata, skuad itu akan tampil dengan prestasi lebih mantap selepas sekadar mengutip satu mata ketika terikat 3-3 berdepan Perak minggu lalu.

Katanya, segala kelebihan dan kekuatan yang dimiliki TFC akan disekat untuk menafikan tuan rumah itu mengutip tiga mata.

"Bagi saya kekuatan TFC ialah di bahagian tengah yang memerlukan kami lebih kental dan memperkasakan jentera pertahanan di samping jentera serangan juga lebih padu," katanya.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Sabtu, 3 Oktober 2020

KEPUTUSAN MASA PERTAMA PAHANG 3-0 PERAK

 OLEH-AHMAD YAAKOB




PAHANG 1-0 PERAK

  OLEH-AHMADBIN YAAKOB



PAHANG 0-0 PERAK

 OLEH-AHMAD BIN YAAKOB





Dollah mahu Pahang kekal momentum jumpa Perak

Oleh Asrol Awang - Oktober 2, 2020 @ 10:51pm

sukanteam@nstp.com.my



Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh. - Foto NSTP/Muhaizan Yahya

KUANTAN: Semangat juang dan kerjasama mantap yang dipersembahkan Pahang ketika menewaskan Kedah 2-1 minggu lalu, perlu diulangi sekali lagi apabila berdepan Perak di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Itu yang diharapkan oleh pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh kepada anak buahnya bagi menafikan Perak membawa pulang mata.

"Saya cuma harap semua pemain dapat beraksi seperti mereka menewaskan Kedah minggu lalu. Walaupun ketinggalan pada satu ketika, mereka bangkit dengan cemerlang dan mengutip tiga mata.

"Pada masa sama, kita berjaya tewaskan Kedah yang berada pada kedudukan lebih baik berbanding Pahang. Berdepan Perak esok, saya harap pencapaian sama dapat dilakukan pemain.

Tiada yang mustahil untuk mencapai misi itu jika segalanya mengikut perancangan," katanya.

Ditanya prestasi semua pemain, Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan gembira kerana masalah kecederaan tidak lagi membelenggu skuad itu.

Justeru, beliau mengharapkan hasratnya untuk menyenaraikan kesebelasan utama apabila berdepan skuad kendalian Mehmet Durakovic itu.

"Setakat ini, semua pemain berada pada prestasi terbaik dan kemungkinan Dickson Nwakaeme yang juga kapten pasukan akan kembali mengetuai jentera serangan. Begitu juga Ivan Carlos yang bakal bergandingan dengan Nwakaeme bagi membolosi gawang Perak," katanya.

Selepas sembilan perlawanan, Pahang menduduki tangga keenam liga manakala Perak di tempat kedua.SUMBER-BH SUKAN ONLINE

KESEBELANAN PAHANG MELAWAN PERAK MALAM INI

  OLEH-AHMAD YAAKOB



Tok Gajah tidak sabar benam Perak



KEYAKINAN tinggi mengiringi aksi Tok Gajah apabila menerima kunjungan Perak di Kuantan malam esok.

Oleh ASZAHARI ALI

2 Oktober 2020, 9:26 pmKUANTAN: Skuad Tok Gajah bukan sahaja sudah cukup bersedia menanti kunjungan Perak tetapi tidak sabar untuk menambah tiga mata di Stadium Darul Makmur malam esok.

Justeru, Dollah Salleh mahu anak buahnya tampil dengan semangat dan rentak permainan yang dipersembahkan ketika menewaskan Kedah 2-1 di gelanggang sama minggu lalu.

Untuk bertemu pasukan sehebat Perak, saya cuma berharap agar kesebelasan pemain yang diturunkan nanti sekurang-kurangnya dapat mempamerkan apa yang telah mereka lakukan ketika bertemu Kedah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dollah sebelum ini memuji persembahan anak buahnya kerana berjaya menguasai perlawanan walapun pasukan Kedah hadir dengan lima rekod kemenangan berturut-turut dan berada di tangga ke dua Liga Malaysia.

Bekas pemain kebangsaan tersebut kini juga lebih berani untuk mempertaruhkan kudrat pemain muda selepas mereka semakin menunjukkan aksi meyakinkan ketika di padang walaupun berdepan pasukan lebih kuat.

Dollah juga menarik nafas lega kerana Mohd. Gopi Rizqi Ramadhan kini boleh bermain selepas selesai menjalani penggantungan satu perlawanan kerana menerima dua kad kuning.

Lebih mengmbirakan, Ivan Carlos yang dikeluarkan kerana cedera ketika bertemu Kedah juga sebenarnya tidak mengalami kecederaan serius dan dan boleh diturunkan nanti.



GOPI RIZQI RAMADHAN

Begitu juga Herold Goulan dan Adam Reed, tiada masalah apa-apa selain pemain tempatan juga bebas dari sebarang kecederaan,” katanya.

Cuma Dollah masih belum memberi kata putus sama ada Dickson Nwakamae juga boleh beraksi kerana dari pandangannya, pemain itu masih cedera walaupun Nwakamae yang meminta diturunkan ketika bertemu Kedah kerana merasakan dia sudah pulih dan lama di bangku simpanan.

Pahang yang kini di tangga ke tujuh liga semakin bernafsu memburu tiga mata untuk lebih selesa bagi membuat persiapan ke Piala Malaysia.SUMBER-BH ONLINE

Isnin, 28 September 2020

Gol sulung tingkatkan motivasi Nik Sharif

MyMetroArena



Asrol Awang

am@hmetro.com.my

Kuantan: Perasaan teruja tidak dapat disembunyikan pemain tengah Pahang, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim, 23, selepas membantu skuad itu menewaskan Kedah 2-1, kelmarin.

Lebih menggembirakan, pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu menjaringkan gol pertama peribadi selepas dua musim bersama skuad Tok Gajah.

"Tak terungkap dengan kata-kata, perasaan gembira dan sedih semuanya ada. Tapi saya bersyukur kerana pada perlawanan ini rezeki akhirnya memihak kepada saya. "Jaringan ini juga berkat doa mak (Raja Sharifah Raja Ali, 52) yang sentiasa mendoakan saya menjaringkan gol. Alhamdulillah, saya berjaya melakukannya.

"Sebenarnya setiap kali bermain, mak mengharapkan sesuatu dan saya sudah buktikannya.

Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim

"Gol pertama peribadi ini juga meningkatkan motivasi untuk bermain dengan lebih baik pada perlawanan akan datang," katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Nik Sharif menjaringkan satu gol ketika membantu Pahang menewaskan Kedah 2-1.

Ia adalah perlawanan ketiga Nik Sharif selaku pemain utama selepas disenaraikan ketika berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Felda United FC.

Sehubungan itu, dia sedia mempamerkan prestasi lebih baik sekiranya terus diberikan kepercayaan oleh jurulatih, Dollah Salleh selaku pemain utama.


Sementara itu, Dollah gembira kerana Nik Sharif semakin menunjukkan kematangan selepas beraksi selaku pemain utama pada tiga perlawanan lalu.


"Dia mempunyai keistimewaan cuma masih muda dan keyakinan belum capai pada tahap yang diinginkan setiap kali beraksi. Tapi dalam latihan, dia selalu menyerlah.


"Bagaimanapun, kejayaan dia menjaringkan gol dan membantu Pahang mencapai kemenangan ke atas Kedah diharap menambah lagi keyakinannya untuk beraksi dengan lebih bagus selepas ini," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 3:04 PM

Dollah puji kebangkitan Tok Gajah

Oleh Asrol Awang - September 27, 2020 @ 3:32pm

bhsukan@bh.com.my



Nik Muhammad Sharif melakukan sujud syukur selepas menjaringkan gol ketika menentang Kedah, malam tadi.

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh memuji kebangkitan anak buahnya selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Kedah di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Tiga mata yang diraih itu juga meletakkan kedudukan skuad Tok Gajah lebih selesa terutama mengelak berada dI zon penyingkiran dalam saingan Liga Super musim ini.

"Tahniah kepada semua pemain kerana memberikan yang terbaik untuk kembali mencatat kemenangan selepas seri 2-2 berdepan Felda United FC minggu lalu.

"Kami sebenarnya menguasai permainan pada separuh masa pertama tetapi satu kesilapan dan serangan balas yang dilakukan lawan, mereka dapat menjaringkan gol pendahuluan.

"Tetapi saya bangga dengan pemain kerana tidak berputus asa dan meneruskan permainan dengan baik yang menyaksikan kedudukan 1-1 sebelum tamat separuh masa pertama," katanya.

Pada aksi malam tadi, Pahang ketinggalan menerusi gol Tchetche Kipre pada minit ke-15 sebelum bangkit dengan dua gol masing-masing dijaringkan Adam Reed (m40) dan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim (m46).

Sementara itu, pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak akur skuad itu gagal menyekat Pahang daripada melakar kemenangan sekali gus melebur rekod lima kemenangan berturut-turut Lang Merah.

Namun, katanya, kekalahan itu tidak mengejutkan kerana sudah menjangkakan tentangan sengit tuan rumah.

"Bagaimanapun, saya tetap memuji persembahan yang dipersembahkan pemain walaupun gagal melakar kemenangan atau sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri.

"Tumpuan kini mengutip mata apabila bertemu Melaka dan Perak," kata jurulatih dari Singapura itu.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Ahad, 27 September 2020

Tok Gajah benam Kedah

WARTAWAN SINAR | | 26 September 2020



Barisan pemain Pahang meraikan jaringan Reed pada aksi di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. - Foto FA Pahang
PAHANG mengetepikan seketika isu di luar padang apabila berjaya merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Kedah pada aksi CIMB Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.
Bagaimanapun, Kedah terlebih dahulu mengejutkan skuad Toh Gajah apabila penyerang import berbisa, Tchetche Kipre berjaya merobek gawang tuan rumah pada minit ke-16.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Pahang kembali mengatur gerakan ke kubu Lang Merah bagi memburu gol penyamaan. Menerusi satu serangan balas, Pahang memperoleh gol penyamaan hasil jaringan Adam Reed pada minit ke-40.
Sebaik babak kedua bermula, Pahang mengejutkan Kedah apabila pemain muda, Nik Sharif Hasefy Mohd Lazim meledak gol kedua tuan rumah pada minit ke-46.
Kedua-dua pasukan terus bersemangat melancarkan serangan ke kubu lawan masing-masing, namun tiada gol tambahan terhasil sehingga wisel penamat dibunyikan.
Sementara itu, Selangor bernasib baik apabila berjaya membawa pulang satu mata selepas mencatatkan keputusan seri 3-3 dengan UiTM FC pada aksi yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam.
Biarpun pada suatu ketika selesa mendahului dengan kelebihan dua gol, skuad Gergasi Merah itu yang kali pertama mendapat bimbingan Michael Feichtenbeiner akhirnya terpaksa berkongsi mata dengan UiTM FC.
Penyerang import berbisa, Ifedayo Omosuyi terlebih dulu meletakkan Selangor di depan pada minit ke-24 sebelum pemain tengah, Sandro da Silva menyumbat gol kedua pada penghujung babak pertama.
Bagaimanapun, UiTM FC bangkit dengan tiga gol menerusi jaringan penyerang import, Gustavo dos Santos yang menyumbat dua gol masing-masing pada minit ke-48 dan 58 serta Rabih Ataya (62).
Ketika UiTM FC hampir meraikan kejayaan mengutip tiga mata berharga, Selangor dihadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Ifedayo pada masa kecederaan.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/102785/BERITA/Sukan/Tok-Gajah-benam-Kedah© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Tok Gajah kecewakan Lang Merah



Oleh ASZAHARI ALI

26 September 2020, 11:41 pm

KUANTAN: Pahang menyukarkan misi Kedah untuk memburu gelaran naib juara Liga Super selepas menundukkan Lang Merah 2-1 di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Kemenangan itu membakar semangat Tok Gajah untuk menghadapi baki dua saingan liga kerana berjaya menewaskan antara pasukan paling konsisten musim ini.

Anak-anak buah Dollah Salleh kini melonjak ke tangga keenam liga dengan 13 mata daripada sembilan perlawanan, manakala Kedah kekal di tempat ketiga di belakang Johor Darul Ta’zim dan Perak.

Dalam aksi berkenaan, Kedah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Tcetche Kipre pada minit ke-15 selepas berlaku salah faham antara penjaga gol dan pertahanan tuan rumah.

Namun minit ke-40, Adam Red berjaya menewaskan penjaga gol Lang Merah, Mohd. Sharul Saari untuk Pahang mendapatkan gol penyamaan tuan rumah.

Bermula babak kedua, Pahang tidak menunggu lama apabila seawal minit pertama perlawanan bermula, Nik Muhammad Sharif berjaya mencetak nama sebagai penjaring gol Tok Gajah.

Tersentak dengan jaringan itu, Kedah menggandakan asakan dan peluang terbaik muncul pada minit ke-79 apabila dihadiahkan sepakan percuma yang diambil Badrol Bahtiar tetapi berjaya didakap kemas penjagol Pahang, Helmi Eliza.

Untuk mengimbangi serangan bertali arus pelawat, Dickson Nwakamae ahkhirnya membuat kemunculan semula selepas berehat lama mengantikan Ivan Carlos.

Tamat perlawanan, Pahang menggagalkan hasrat Kedah untuk terus mencacatkan kemenangan sekali gus tiga mata berharga buat Tok Gajah.

Pahang akan menerima kunjungan Perak di Sabtu depan sebelum menutup kempen dengan bertandang ke Terengganu pada 10 Oktober.SUMBER-UM ONLINE

CARTA LIGA SUPER 26.9.2020

OLEH-AHMAD YAAKOB



PENJARING GOL PAHANG

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB





PAHANG 0-1 KEDAH

 OLEH-AHMADBIN YAAKOB


Pahang benam Kedah

Oleh Asrol Awang - September 26, 2020 @ 11:10pm

bhsukan@bh.com.my



Pemain Kedah, Kpah Sean Sherman dan pemain Pahang, Mohamad Muslim Ahmad berentap pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam ini. Foto BERNAMA

Pemain Kedah, Kpah Sean Sherman dan pemain Pahang, Mohamad Muslim Ahmad berentap pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam ini. Foto BERNAMA

KUANTAN: Skuad Pahang bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Kemenangan itu amat bermakna buat skuad Tok Gajah yang kini berada di zon lebih selamat dalam saingan Liga Super.

Sebaliknya, kekalahan itu menyaksikan peluang Lang Merah untuk mengejar JDT di persada liga berkubur.

Ketika ini, hanya Perak boleh menyekat JDT daripada merangkul kejuaraan tetapi peluang mereka tipis dengan syarat memenangi dua baki perlawanan dengan jaringan besar sambil mengharap Harimau Selatan tumbang.

Pada perlawanan itu, Kedah terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila mendahului 1-0 hasil jaringan penyerang import, Tchetche Kipre yang menewaskan penjaga gol, Helmi Eliza Elias pada minit ke-15.

Pahang yang ketinggalan menggandakan asakan ke kubu lawan tetapi berjaya dikawal dengan baik jentera pertahanan.

Namun, lima minit sebelum separuh pertama tamat, pemain import Tok Gajah, Adam Reed menjaringkan gol penyamaan selepas menewaskan penjaga gol Kedah, Mohd Shahril Sa'ari.

Seminit sebaik babak kedua bersambung, pemain tengah, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim memastikan Pahang mendahului Kedah 2-1.SUMBER-SUKAN BH ONLINE