Isnin, 13 Mac 2017

Pahang mahu ulangi kejayaan 1996 - Jamal

ARKIB : 24/12/2000
JAMAL: Kami yakin dapat mencontohi pasukan 1996, mara ke perlawanan akhir.

Saya fikir pasukan kali ini mantap, sebab masih ada enam pemain lama dalam skuad Tok Gajah. Malahan pemain muda datangnya dari skuad Sukan Malaysia 2000 yang lalu yang membawa pulang pingat emas.

Jurulatih Sukma, Ahmad Yusuf, kami lantik menjadi penolong jurulatih.

U: Yunus Aliff menjadi ketua juru-latih merangkap pengurus pasukan. Tidakkah ini membebankan?

J: Tidak. Pengurusan dalaman banyak dibuat oleh setiausaha, dia menguruskan pasukan, jika ada tugas penolong pengurus boleh bantu termasuk soal penginapan, pengangkutan dan sebagainya.

Tugasnya dalam pasukan tiada siapa yang boleh ganggu.

Ini jelas, ada pemain yang digugurkan, dia panggil balik. Itu keputusan jurulatih.

U: Tawaran gaji yang lebih rendah berbanding musim lalu mungkin akan menjejaskan prestasi pemain?

J: Saya rasa tak, sebab majoriti pemain kita ambil adalah dari Liga Simpanan. Jika pendapatan terjejas pun, mungkin Azaruddin Aziz, Ahmad Shaharuddin Rosdi. Tetapi bezanya tidaklah banyak.

Adalah sikit kekurangan, tetapi saya yakin prestasi mereka tidak akan terjejas.

U: Berapa banyak perbezaan gaji pemain senior dengan pemain baru?

J: Saya tidak boleh jelaskan di sinilah tapi sudah tentu lebih daripada RM2,000 (sebulan). Gaji mereka (pemain senior) di bawah RM5,000.

U: Selalu bila pemain tanya mengenai perkara ini, PBNP kata, kami bayar lebih sedangkan pemain kata tidak, apa komen Datuk?

J:Yelah...sekarang kurang daripada RM5,000.

U: Bagaimana dengan soal insentif, yang biasa diberikan kepada pasukan apabila mencipta kemenangan?

J: Kita sudah tidak ada lagi insentif, tetapi jika mereka juara Liga Malaysia, hadiah RM150,000 itu milik mereka, malahan wang kutipan tiket yang diberikan kepada persatuan, kami beri kepada mereka. Itulah bonus yang kami beri.

U: Bagaimana dengan gaji pemain musim ini yang masih tertunggak?

J: Kita tengah berusaha untuk menyelesaikannya. Mestilah sebelum raya.

U: Berapa jumlah tunggakan tersebut. Anggarannya?

J: Memang banyak. Tak boleh nak cakap itu. Anda bayangkan gaji (pemain) tahun ini mahal-mahal belaka. Kalau dah empat lima bulan tak bayar, cubalah anda hitungkan.

U: Berapakah belanjawan untuk Liga Malaysia?

J: Sebanyak RM1.5 juta. Secara kasarnya. Kita kurangkan seratus peratus. Musim ini, RM2.7 juta.

U: Gaji pemain di luar musim. Yang minimum bergaji RM1,500 lebih, dapat RM1,000 waktu itu sedangkan yang dapat RM2,000 lebih cuma dapat separuh daripadanya. Bagaimana?

J: Soalnya, kalau mahu cerita tak puas hati, memang semua tak puas hati. Sebagai contoh, satu pemain senior tercedera. Tak boleh main sebulan dua, gaji RM4,000 tapi pemain baru RM1,500 dia main tetap, tak pernah cedera. Bagaimana anda rasa?

Itu duduk saja boleh dapat RM4,000.

U: Berapa lama tempoh kontrak pemain kali ini?

JAMAL: Setahun. Kami mahu melihat prestasi mereka, kalau tidak bagus, kami pecat.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_04.htm#ixzz4bEAhE88t

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan