Selasa, 28 Februari 2017

KEPUTUSAN LIGA SUPER 28.2.2017

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

Sarawak         0-2      Johor Darul Ta'zim
                                 m-8,m-70 Gonzalo Cabrera

Pahang           3 : 0    PKNS
m-1 Afif Amirudin
m-58 Matheus Alves (pen)
m-69 Ashari Samsudin 

Ahad, 26 Februari 2017

Tok Gajah sedia amukan kedua

Matias Conti
KUANTAN - Tok Gajah kini bersiap sedia untuk menggempur kubu PKNS sekali gus mencipta kemenangan bagi memastikan mereka layak ke saingan separuh akhir Piala Malaysia musim ini.
Kemenangan 3-2 pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, di sini Jumaat lalu menjadi pemangkin untuk skuad kendalian Dollah Salleh itu menjinakkan PKNS di Shah Alam pada Jumaat ini.
Ketua pasukan Pahang, Jalaluddin Jaafar berkata, semua pemain sudah bersedia dengan mental dan fizikal untuk melakar satu lagi kemenangan sekali gus menyingkirkan anak buah Abdul Rahman Ibrahim dalam saingan kali ini.
“Semua pemain dalam keadaan baik termasuk Mohd. Azamudin Mohd. Akil yang sudah pulih daripada kecederaan.
“Kehadiran semula Mohd Hafiz Kamal dan Mohd. Saiful Nizam Miswan akan meningkatkan lagi semangat juang kami untuk ke saingan separuh akhir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Menurutnya, kebangkitan penyerang import Pahang, Matias Conti yang mencipta hatrik ketika membenam PKNS Jumaat lalu membuktikan pasukannya begitu optimis untuk menang.
Bagaimanapun katanya, Tok Gajah tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada Conti kerana penyerang dari Argentina itu pasti akan dirantai oleh pertahanan PKNS, Jumaat ini.
“PKNS pasti mengawal ketat Conti dan kita perlu bijak untuk menggunakan semua peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol," ujarnya.
Jalaluddin berkata, mereka perlu memperkemaskan lagi bahagian tengah dan pertahanan agar tidak mudah dirobek oleh lawan terutama penyerang import PKNS, Patrick Ronaldinho.

RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131003/su_08/Tok-Gajah-sedia-amukan-kedua#ixzz2gfRyU4w9© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 25 Februari 2017

Tok Gajah selesa

PEMAIN Melaka United, Surendran Ravindran (depan) diasak pemain Pahang, Jaewon Heo (belakang) ketika perlawanan saingan Liga Super 2017 di Stadium Hang Jebat, Krubong. FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER
Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my


Melaka: Pahang berjaya meneruskan rentak cemerlang selepas menewaskan Melaka United (MU) 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat Paya Rumput malam tadi.

Malah Pahang membuka jaringan awal menerusi Joseph Kalang Tie minit ke-21 untuk selesa menekan tuan rumah yang memburu kemenangan.


Gol kedua pelawat hadir menerusi tandukan Matheus Leandro minit ke-43 sudah cukup selesa buat Pahang mendahului MU sebelum ke bilik persalinan.

Tanpa kelibat kapten pasukan Ilja Spasojevic ancaman MU ke gawang pelawat kurang tajam dengan hanya dua percubaan dilakukan tuan rumah pada babak pertama iaitu tandukan import Korea Jeon Woo Young minit ke-4 hasil hantaran R Surendran, namun tinggi melepasi palang gol pelawat.

Diikuti rembatan G Puneswaran minit ke-27 sekadar tepat ke dakapan penjaga gol Wan Muhammad Azraei Wan Teh.

Bagaimanapun Tok Gajah turut memiliki dua peluang menerusi import Brazil Matheus Leandro minit ke-7 dan Ashaari Samsudin minit ke-9, namun tidak berhasil.

Babak kedua menyaksikan tandukan pemain gantian Ahmad Khuzaimi Piee minit ke-52 diselamatkan penjaga gol Pahang Wan Muhammad Azraei.

Namun pelawat menambah jaringan ketiga pada minit ke-56 menerusi tolakan Sumareh Mohamadou menghukum kesilapan benteng tuan rumah.

Gol saguhati MU hadir minit ke-89 menerusi Ahmad Khuzaimi Piee.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 11:17 PM


KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 25.2.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah    3-1   Pulau Pinang
           
Melaka United          1-3      Pahang

PKNS  2-3      Sarawak

Johor Darul Ta'zim  3-0      T-Team

Felda United    2-2   Perak

Kelantan        0-2      Selangor



TERKINI MASA KEDUA LIGA SUPER 25.2.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah    2-1   Pulau Pinang
           
Melaka United          0-3      Pahang

PKNS  2-3      Sarawak

Johor Darul Ta'zim  3-0      T-Team

Felda United    2-2   Perak

Kelantan        0-2      Selangor



TERKINI MASA PERTAMA LIGA SUPER 25.2.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah    1-1   Pulau Pinang
           
Melaka United          0-1      Pahang

PKNS  2-3      Sarawak

Johor Darul Ta'zim  2-0      T-Team

Felda United 0-1      Perak

Kelantan        0-1      Selangor


Isnin, 20 Februari 2017

Pahang benam Pulau Pinang 6-1

 Liga Super PahangPenang
PEMAIN pertahanan Pahang, Mohd. Afif Amiruddin (kiri) mengawal kemas pergerakan pemain pasukan Pulau Pinang, Muhamad Faizat Mohamad Ghazli (kanan) dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang malam ini. - UTUSAN/MAHATHIR ALI
MOHAMAD SHOFI MAT ISA
18 Februari 2017 11:08 PM
KUANTAN 18 Feb. - Pahang berpesta gol apabila menewaskan Pulau Pinang 6-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Keputusan itu juga menyaksikan skuad Harimau Kumbang menempah kekalahan kali kelima berturut-turut.

Tuan rumah memperoleh gol pertama menerusi jaringan pemain dari Gambia, Mohamadou Sumareh pada minit ke-16.

Lapan minit selepas jaringan pembukaan itu, skuad Tok Gajah yang dibimbing jurulatih Dollah Salleh menambah jaringan menerusi rembatan cantik Wan Zaharulnizam.

Pada minit ke-31, Pulau Pinang dihadiahkan sepakan percuma tidak jauh daripada kawasan kotak penalti Tok Gajah yang diambil oleh Diogo Alexandre Alves Ferreira.

Bola sepakan percuma Alves Ferreira itu singgah di kepala Reinaldo Lobo yang melakukan tandukan ke penjuru kanan gawang tuan rumah sebelum ditanduk Nigel Dabingyaba yang tidak dikawal untuk Pulau Pinang merapatkan kedudukan 2-1.

Pada minit ke-61, Dollah mengeluarkan Ahmad Syamim Yahya yang mengalami kecederaan dan menggantikan pemain itu dengan Joseph Kalang Tie.

Kalang Tie membalas kepercayaan yang diberikan Dollah apabila menjaringkan gol ketiga Tok Gajah pada minit ke-66 menerusi sentuhan pertamanya selepas menerima hantaran cantik daripada Sumareh.

Alves menambah derita skuad Harimau Kumbang apabila menanduk masuk bola sepakan percuma Ashaari Samsudin pada minit ke-72 untuk gol keempat Tok Gajah.


Ashaari menambah dua lagi jaringan Pahang pada minit ke-84 dan ke-86 yang melengkapkan malam cemerlang skuad Tok Gajah. -UTUSAN ONLINE 21.2.2017

Dollah belum puas hati

20 Februari 2017 12:27 AM
KUANTAN 19 Feb. – Kemenangan besar 6-1 ke atas Pulau Pinang dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini semalam belum cukup untuk membuatkan pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh ber­puas hati dengan prestasi anak buahnya.

Penjaring gol Pahang, Mohamad Ashari Samsudin (kiri) meraikan
Penjaring gol Pahang, Mohamad Ashari Samsudin (kiri) meraikan
Bekas pemain skuad kebangsaan itu berkata, Pahang belum mencapai tahap konsisten sebagaimana disasarkan berdasarkan persembahan dan keputusan yang dicatatkan pasukan itu pada awal saingan Liga Super serta Piala FA musim ini.

“Tidak dinafikan Tok Gajah berjaya mencatat beberapa kemenangan besar tetapi ketika Pahang menentang Kedah baru-baru ini, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Masih terlalu awal untuk membuat sebarang rumusan. Cuma saya mengharapkan kemenangan besar ke atas Pulau Pinang dapat membakar semangat pemain untuk perlawanan seterusnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu.

Tok Gajah memperoleh ja­ringan menerusi Mohamadou Sumareh pada minit ke-16, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (minit ke-24), Joseph Kalang Tie (minit ke-66), Matheus Alves (minit ke-72) dan dua gol daripada Ashaari Samsudin pada minit ke-84 dan ke-86.

Gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan penyerang importnya, Nigel Dabingyaba pada minit ke-31.

Dollah berkata, kelekaan pemain mengawal pihak lawan adalah antara kelemahan dalam pasukan Tok Gajah terutama ketika perlawanan bertemu skuad Harimau Kumbang yang menyaksikan Dabingyaba mudah menjaringkan gol.

“Pada separuh masa pertama, Pahang dilihat banyak bergantung kepada penyerang untuk menghasilkan gol sedangkan bahagian tengah sepatutnya membantu menggerakkan jentera serangan.

“Apabila saya menasihatkan mereka tentang kelemahan ini, kita boleh lihat perubahan corak serangan Pahang sehingga saya yakin mereka boleh mencipta lebih banyak gol,” katanya.

SUMBER Utusan Malaysia online 19.2.2017

Ahad, 19 Februari 2017

Pahang 1-1 Kelantan.

Pahang, Kelantan sama handal
Oleh HAFIZ ABBAShafiz.abbas@kosmo.com.my
 
INDRA (tengah) diasak dua pemain Pahang pada aksi Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

PAHANG berjaya mengikat juara bertahan, Kelantan dengan keputusan seri 1-1 pada saingan pembuka tirai Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.
Pada awal babak permainan, kedua-dua pasukan dilihat berusaha mengasak ke arah kubu lawan bagi mencari gol awal.
Pada minit kelapan, Kelantan memperoleh gol pembukaan menerusi jaringan kapten, Mohd. Badhri Radzi.
Percubaan terbaik skuad Tok Gajah muncul pada minit ke-17 apabila Matias Ruben Conti berjaya menanduk bola ke gawang lawan selepas menerima hantaran lintang Mohd. Saiful Nizam, namun ia sedikit tinggi melewati palang.
Pada minit ke-36, penyerang berbisa Kelantan, Indra Putra Mahayuddin pula berjaya melepasi benteng pertahanan Pahang tetapi rembatannya melepasi tiang gol.
Empat minit sebelum babak pertama berakhir, pemain tengah Pahang, Mohd Amirulhadi Yahya pula merembat dari luar kotak penalti, namun percubaannya itu sedikit tersasar.
Bersambung babak kedua, Pahang dan Kelantan bermula garang untuk mencipta jaringan.
Namun, rentak Kelantan sedikit terencat apabila terpaksa beraksi 10 pemain selepas Fakri Sharani dikenakan kad merah setelah dia mengasari Mohd. Hafiz Kamal pada minit ke-64.
Pada minit ke-80, suasana perlawanan makin panas. Kini, giliran Pahang pula tempang apabila R. Surendran menerima kad merah kerana mengasari tonggak pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin.
Pada minit ke-85, pemain import Pahang, Damion Delano Stewart akhirnya berjaya memecah kebuntuan untuk menyamakan kedudukan 1-1 menerusi tandukan kencang bagi menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Rujukan: http://www.kosmo.com.my

Sabtu, 18 Februari 2017

KEPUTUSAN LIGA SUPER 18.2.2017

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan        0-1      Kedah

Perak  2-1      Johor Darul Ta'zim
m-8 Yashir Pinto m-10 Hazwan Bakri

T-Team          2-0      PKNS
m-9 Farhod Tadjiyev          

Sarawak         0-1      Melaka United
                         m-13Jeon Woo-Young

Pahang           6-1      Pulau Pinang


TERKINI MASA KEDUA LIGA SUPER 18.2.2017

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan        0-0      Kedah
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Perak  2-1      Johor Darul Ta'zim
m-8 Yashir Pinto m-10 Hazwan Bakri

T-Team          2-0      PKNS
m-9 Farhod Tadjiyev          

Sarawak         0-1      Melaka United
                         m-13Jeon Woo-Young

Pahang           3-1      Pulau Pinang

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 18.2.2017

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan        0-0      Kedah
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Perak  1-1      Johor Darul Ta'zim
m-8 Yashir Pinto m-10 Hazwan Bakri

T-Team          1-0      PKNS
m-9 Farhod Tadjiyev          

Sarawak         0-1      Melaka United
                         m-13Jeon Woo-Young


Pahang           2-1      Pulau Pinang

KEPUTUSAN LIGA SUPER 18.2.2017

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan        0-0      Kedah
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Perak  1-1      Johor Darul Ta'zim
m-8 Yashir Pinto m-10 Hazwan Bakri

T-Team          1-0      PKNS
m-9 Farhod Tadjiyev          

Sarawak         0-1      Melaka United
                         m-13Jeon Woo-Young


Pahang           2-1      Pulau Pinang

Isnin, 13 Februari 2017

Dollah terkejut gawang Pahang bolos empat kali

 
Oleh SHAHRULANOOR ISHAK

BADDROL (tengah) memusnahkan gawang pasukan Pahang pada minit-minit terakhir separuh masa kedua ketika mereka menewaskan skuad Tok Gajah 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alior Setar malam kelmarin.

KETUA jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui tidak menjangka gawang pasukannya bolos empat kali bolos pada aksi menentang Kedah pada kempen Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

Pada perlawanan tersebut Pahang tewas 4-1, kekalahan yang di luar jangkaan selepas skuad kendalian Dollah itu tampil dengan rentak konsisten dalam tiga perlawanan awal liga.

Dollah berkata, kekalahan tersebut berpunca daripada kelewatan mereka menyekat pergerakan dua tonggak utama Kedah, Baddrol Bakhtiar serta Liridon Krasniqi.

Bekas jurulatih Perlis yang juga pernah membimbing skuad kebangsaan itu menambah, kelewatan mereka mengawal pergerakan dua pemain Kedah itu telah mengakibatkan Pahang gagal me­nguasai permainan, sekali gus mula hilang rentak terutama pada separuh masa kedua.

“Semua serba tidak menjadi, pemain (Pahang) hilang fokus dan saya nampak corak permainan mereka sangat menghampakan. Pemain-pemain juga tidak memberi seperti apa yang saya harapkan.

“Tiga gol Kedah pada separuh masa kedua bukan sahaja berpunca daripada kelemahan pertahanan (Pahang), tapi serangan kami juga lemah.

“Kami juga tidak memberi tumpuan terhadap pergerakan Baddrol dan Liridon. Secara tak langsung, ia memberi kelebihan kepada Kedah untuk menguasai perlawanan,” ujar Dollah.

Kedah yang mendapat sokongan padu daripada penyokong setia mereka telah memecah kebuntuan pada minit-minit terakhir separuh masa pertama menerusi Baddrol.

Kedah terus mempa­mer­kan penguasaan menerusi dua lagi gol yang disudahkan oleh Ken Ilso Larsen pada minit ke-66 dan ke-90, diikuti jaringan Muhammad Farhan Roslan pada minit ke-74.

Pahang pula sekadar mampu memperoleh gol sagu hati menerusi penyerang import dari Brazil, Mateus Alves Leandro pada minit ke-89.

Dollah menambah, kecederaan yang dialami pemain tengah, Kiko Insa juga menyebabkan rentak permainan Pahang menjadi pincang sehingga mengganggu kelancaran serangan.

“Bahagian tengah (Pahang) tidak bermain pada tahap terbaik gara-gara kehilangan khidmat Kiko. Ia menyebabkan pemain-pemain di bahagian sera­ngan tidak dapat menerima hantaran bola dengan tepat.

“Ia telah membuka ­ruang kepada Kedah untuk menguasai bahagian tengah dan seterusnya menguasai perlawanan,” katanya.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4YZhQF4mO Hakcipta terpelihara

Sabtu, 11 Februari 2017

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 11.2.2017

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah 4-1     Pahang
           
Pulau Pinang 0-1      Sarawak

Melaka United          1-2      T-Team

PKNS  3-0      Perak
m-45,47 Lucas Espindola
m-84 Safee Sali       

Johor Darul Ta'zim  0-0      Selangor


Felda United 1-2      Kelantan

TERKINI MASA KEDUA LIGA SUPER 11.2.2017

 Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah             3-0      Pahang
           
Pulau Pinang 0-1      Sarawak

Melaka United          1-2      T-Team

PKNS  3-0      Perak
m-45,47 Lucas Espindola
m-84 Safee Sali       

Johor Darul Ta'zim  0-0      Selangor


Felda United 1-1      Kelantan

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 11.2.2017

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah 0-0      Pahang
           
Pulau Pinang 0-0      Sarawak

Melaka United          0-2      T-Team

PKNS  3-0      Perak
m-45,47 Lucas Espindola
m-84 Safee Sali       

Johor Darul Ta'zim  0-0      Selangor

Felda United 0-0      Kelantan


KEPUTUSAN LIGA SUPER 11.2.2017

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah 0-0      Pahang
           
Pulau Pinang 0-0      Sarawak

Melaka United          0-2      T-Team

PKNS  3-0      Perak
m-45,47 Lucas Espindola (
m-84 Safee Sali       

Johor Darul Ta'zim  0-0      Selangor


Felda United 0-0      Kelantan

Ahad, 5 Februari 2017

Tok Gajah terus terajui tahta liga

04 Februari 2017 11:31 PM
Pahang kekal teraju liga
Pahang kekal teraju liga
Pemain Sarawak, Tommy Mawat Bada (kanan) cuba mengasak kapten Pahang, Matthew Thomas Davies (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Negeri hari ini. - UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Sentuhan Dollah Salleh terus menjadi apabila berjaya membimbing Pahang meneruskan rentak kemenangan ketiga selepas menewaskan Sarawak 1-0 sekali gus terus menerajui tahta Liga Super.
Sementara itu, Felda United terikat 1-1 dengan Kedah manakala Perak menewaskan Melaka United 3-2 dan Pulau Pinang terus gagal mengutip sebarang mata selepas tewas tipis 1-0 kepada T-Team. -UTUSAN ONLINE

sumber- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tok-gajah-terus-terajui-tahta-liga-1.440356#sthash.kCI4FojA.dpuf

Jumaat, 3 Februari 2017

Dollah Salleh kembali yakin

 
DOLLAH meraikan kemenangan skuad Tok Gajah bersama-sama penyokong Pahang ketika merangkul Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada tahun 2013.

KETUA jurulatih Pahang, Dollah Salleh menyifatkan masih terlalu awal untuk membuat tekaan berhubung hala tuju skuad Tok Gajah dalam kancah Liga Malaysia musim ini.

Dollah yang pernah melatih Pahang pada 2009 hingga 2013 sebelum kembali membimbing pasukan itu bagi saingan musim ini berkata, kempen Liga Malaysia baru sahaja membuka tirai 21 Januari lalu dan perjalanan untuk kembali menjulang gelaran juara Liga Super dan Piala Malaysia juga masih panjang.

“Masih terlalu awal dan perjalanan juga masih panjang,” ujar Dollah yang pernah membimbing skuad PDRM dalam saingan Liga Premier pada 2014 sebelum dipanggil mengendalikan pasukan kebangsaan.

Bagaimanapun, Dollah optimis terhadap prestasi semasa yang dipamerkan pemain-pemainnya ketika ini terutama selepas menyaksikan skuad Tok Gajah versi 2017 mudah membelasah T-Team 5-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan minggu lalu.

Ujar beliau, gandingan pemain-pemain import terutama dua penyerang, Mohammadou Sumareh dan Matheu Alves Leandro ketika ini dilihat mampu meletakkan semula prestasi Pahang pada kedudukan sepatutnya pada musim 2017.

“Saya lihat Sumareh dan Alves mampu melancarkan setiap perancangan yang diharapkan. Kehadiran mereka juga membangkitkan semangat rakan-rakan sepasukan dan diharap mampu membantu meningkatkan prestasi pemain-pemain lain.

“Contohnya, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria mampu beraksi dengan lebih baik apabila ada pemain-pemain import seperti Sumareh dan Alves semasa perlawanan.

“Justeru, untuk kembali menjadi (pasukan digeruni) seperti dahulu, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki terutamanya dalam memastikan prestasi pemain-pemain berada pada tahap sama seperti ketika ini.

“Kalau prestasi pemain-pemain kekal seperti sekarang, saya yakin Pahang boleh kembali seperti dulu,” tambah beliau.

Selain itu, Dollah turut membayangkan cabaran lebih sengit menjelang perlawanan-perlawanan seterusnya dalam pusingan pertama kempen Liga Super kali ini.

Dollah menambah, Pahang terlebih dahulu harus melepasi halangan tiga pasukan yang disifatkan sebagai terhandal musim ini iaitu Selangor, Johor Darul Takzim (JDT) dan Kedah pada separuh pertama kempen liga.

Menurutnya, prestasi Pahang yang berada di puncak liga dengan kutipan empat mata selepas mencetak enam gol dan satu bolos termasuk semasa mengikat Perak 1-1 di Ipoh pada 21 Januari lalu disifatkan sebagai belum cukup kuat untuk menghadapi tiga pasukan handal tersebut.

“Saya hanya boleh benar-benar yakin dengan kemampuan Pahang sama ada boleh atau tidak (kembali menjadi juara) apabila sudah bertemu Selangor, JDT dan Kedah. Selepas itu, baru saya boleh kata Pahang sudah kembali kuat.

“Saya sentiasa sedar mengenai perkara itu,” tambah Dollah yang pernah berjaya membawa Pahang kembali beraksi dalam kancah Liga Super 2013 selepas meraih tempat kedua bagi saingan Liga Premier 2012.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah baru-baru ini turut menyuarakan keyakinan terhadap kemampuan Dollah meletakkan semula imej pasukan itu di tempat sepatutnya.

“Kemampuan Dollah sudah terbukti sebelum ini (2009 hingga 2013). Saya yakin Dollah akan mampu membimbing pasukan dengan baik apabila kembali ke Pahang untuk musim ini,” kata beliau

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4XbyrP8Ml Hakcipta terpelihara

Khamis, 2 Februari 2017

Pahang mahu kekal momentum

Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Pahang yang beraksi cemerlang membenam T-Team 5-0 minggu lalu, mahu meneruskan rentak cemerlang apabila bertemu Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, malam esok.

Justeru, pemain tengah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (gambar) menuntut rakan sepasukan supaya mengekalkan permainan konsisten untuk merealisasikan misi meraih tiga mata.


Biarpun sedar Sarawak belum mencatat kemenangan dalam dua perlawanan dan kelebihan beraksi di laman sendiri pasti digunakan sepenuhnya untuk menggembirakan penyokong, Wan Zaharulnizam atau Kecik tetap percaya Tok Gajah mampu mengutip tiga mata.

Bagi pemain kelahiran Tumpat, Kelantan itu, jika komitmen dan semangat juang tinggi dipersembahkan seperti ketika menewaskan T-Team, mereka pasti tidak pulang hampa.

Pada pertemuan menentang T-Team itu, Wan Zaharulnizam antara watak penting dalam memperkasakan jentera tengah skuad Tok Gajah.

Biarpun kali pertama beraksi bersama Pahang musim ini selepas tidak bermain ketika pasukannya seri 1-1 dengan Perak pada aksi pembukaan liga, pemain berusia 26 tahun itu sudah mula mempamerkan keserasian.

Pengendali Pahang Dollah Salleh menggandingkan Wan Zaharulnizam dengan Kiko Insa, Ahmad Syamim Yahya dan Mohamadou Sumareh yang memperkemaskan jentera tengah pasukan.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 11:34 AM


DARI SELURUH LAMAN WEB