Rabu, 15 Januari 2014

PAHANG JUARA PIALA SULTAN AHMAD SHAH 2014?

Oleh Ahmad Yaakob


Perlawanan Sumbangsih antara Pahang (Juara Piala Malaysia) dan LionsXII (Juara Liga Super) akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 17 Januari 2014 berikutan Stadium Shah Alam ditutup.
RAMALAN :
PAHANG 2-0 LIONS XII

Perlawanan sumbangsih atau dikenali juga sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah, merupakan perlawanan pembuka tirai bagi dalam musim Liga Malaysia. Perlawanan ini pertama kali diperkenalkan pada Liga Malaysia musim 1985, walaupun perlawanan diadakan pada 31 Disember 1984. Juara Piala Malaysia 1984 (Selangor) bertarung dengan Pahang, naib juara Piala Liga 1984 (Selangor juga juara Liga '84). Sehingga musim 1992, juara Piala Malaysia (PM) akan bertemu dengan juara/naib juara Liga Malaysia. Format telah ditukar pada musim 1993, dimana juara PM akan berebut Piala Sumbangsih dengan juara piala FA pula (atau naib juara FA, jika pemenang PM juga adalah juara FA).
Bermula musim Liga Malaysia 2011, format Piala Sumbangsih kembali ditukar. Juara Piala Malaysia pada musim lepas akan menentang Juara Liga Super Malaysia pada perlawanan pertama musim ini.[1]

       Berdasar rekod juara Piala Sumbangsih lepas Pahang mempunyai kelebihan kerana muncul sebagai juara sebanyak dua kali  pada tahun 1992 dan 1993 ketika dibarisi pemain hebat seperti Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Mubin Mokhtar, Azaruddin Aziz dan Khairul Azman Muhammad. Pada tahun tahun 1992 Pahang muncul juara Piala Sultan Hj Ahmad Shah dengan mengalahkan Sarawak 5-0. Pada tahun 1993 pula Pahang muncul juara buat kali kedua dengan mengalahkan Johor 2-0. Selain dari itu Pahang muncul sebagai naib juara sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1985,1988,1995 dan 2007.  Manakala Singapura pula muncul juara sekali pada tahun 1989 dan naib juara sekali pada tahun 1986.[2]

       Pada tahun ini saya yakin Pahang akan mengalahkan  LionsXII 2-0 kerana Lions sudah kehilangan dua pemain utama iaitu Baihakki Kaizan yang menyertai Johor JDT dan Ketua Pasukan Sahril Ishak yang menyertai Johor JDT 2. Sedangkan Pahang semakin kuat dengan pengambilan pemain impot baru yang juga orang besi  Dickson Nakaeme.

Skuad Liga Super Pahang 2014
Ketua Jurulatih: Ronald Smith
Penolong Jurulatih: Zainal Abidin Hassan
Jurulatih: Ahmad Shaharuddin Rosli
Jurulatih Penjaga Gol: Mudzar Mohamad




Penjaga Gol: 1 Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, 23 Mohd Nasril Mat Nourdin, 22 Muhammad Saufi Mohd

Pertahanan: 2 Jalaluddin Abu Jaafar, 3 Mohd Saiful Nizam Miswan, 4 Damion Delano Stewart, 6 Zesh Rahman, 13 Mohd Razman Roslan, 14 Mohd Faisal Mohd Rosli, 16 Mohd Hazri Rozali, 17 Mohd Zaiza Zainal Abidin, 18 Muhammmad Syawal Norsam, 20 Mohd Shahrizan Mohd Salleh

Tengah: 7 R. Surendren, 8 Azidan Sarudin, 11 Mohd Faizol Hussain, 15 Abdul Malik Mat Ariff, 21 Mohd Hafiz Kamal, 24 R. Gopinathan

Penyerang: 9 Matias Ruben Conti, 10 Dickson Nakaeme, 12 Azamuddin Mohd Akil, 19 Mohd Fauzi Roslan, 25 Mohd Shafie Zahari


Skuad Liga Super LionsXII 2014
PENJAGA GOL: Mohamad Izwan Bin Mahbud, Muhammad Khairulhin Bin Mohd Khalid, Abdul Qadir Bin Mohd Yusoff

PERTAHANAN: Muhammad Shakir Bin Hamzah, Mohammad Afiq Bin Yunos, Madhu M Mohana, Mohammad Faritz Bin Abdul Hameed, Muhammad Raihan Bin Abdul Rahman, Muhammad Safuwan Bin Baharudin, Ong Yu Min Emmeric

TENGAH: Mohammad Isa Bin Abdul Halim, Gabriel Quak Jun Yi, Muhammad Hafiz Bin Abu Sujad, Muhammad Nazrul Bin Ahmad Nazari, Muhammad Aqhari Bin Abdullah, Muhammad Faris Bin Ramli, Ignatius Ang Yu Heng, Muhammad Zulfahmi Bin Mohd Arifin, Samuel Benjamin S/O Nadarajah

PENYERANG: Muhammad Syafiq Bin Mohamed Zainal, Muhammad Khairul Nizam Bin Mohammad Kamal, Muhammad Sufian Bin Anuar, Mohammad Khairul Amri Bin Mohammad Kamal, Muhammad Shahfiq Bin Ghani




[1]http://ms.wikipedia.org/wiki/Piala_Sumbangsih
[2] ibid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan