Jumaat, 14 Mei 2021

Sri Pahang tambah derita Perak FC

 SUKAN TERKINI



Sri Pahang berjaya mencuri tiga mata ketika bertemu Perak FC dengan kemenangan 3-2 sebentar tadi.

Sri Pahang tambah derita Perak FC

Oleh AZIZAN HASHIM

10 Mei 2021, 12:49 am

IPOH – Luka Perak FC bertambah parah apabila kecundang 2-3 di tangan Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam ini.

Aksi babak pertama menyaksikan pasukan Perak FC menguasai permainan selama 30 minit tetapi gagal menyudahkan peluang-peluang yang dicipta.

Sri Pahang lebih bernasib baik apabila berjaya merobek gol menerusi jaringan Aung Kaung Mann pada minit ke-35.

Babak kedua Pahang menyerang bertalu-talu dan menambah derita tuan rumah pada minit ke-57 apabila Kenjol Wal Athiu rembat dari jarak dekat untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Bagaimanapun, penalti yang disempurnakan Leandro Dos Santos menghidupkan sisa peluang pada minit ke-67.

Namun, Atthiu menjaring gol ketiga Pahang pada minit ke-87 untuk menguburkan impian Perak bangkit mencuri mata.

Careca bagaimanapun meledak gol kedua pasukan tuan rumah pada masa kecederaan tetapi kedudukan 3-2 kekal hingga tamat perlawanan.

Sementara itu, The Bos Gaurus juga difahamkan bakal berdepan hukuman berikutan balingan suar ke dalam padang oleh peminat di minit-minit akhir perlawanan . – K! ONLINE.1

Lega Sri Pahang keluar zon penyingkiran

Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my



ABDUL Malik mengakui belum berada pada prestasi terbaik. FOTO Sri Pahang FC

Kuantan: Pemain tengah Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff teruja apabila pasukan itu tidak lagi berada di zon penyingkiran dalam saingan Liga Super.

Pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu berkata kejayaan itu hasil kerjasama daripada pengurusan kelab, barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan untuk meletakkan Sri Pahang pada prestasi lebih mantap.

"Sudah semestinya saya dan rakan sepasukan gembira kerana Sri Pahang berjaya beralih kedudukan lebih baik selepas mengharungi 13 perlawanan.

"Berada di kedudukan kesembilan liga berbanding dua tangga tercorot sebelum ini amat melegakan kami, malah menyuntik semangat untuk memastikan Sri Pahang mencatat keputusan membanggakan pada setiap perlawanan sebaik liga bersambung nanti.

"Tempoh rehat dua bulan liga akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membentuk persefahaman dan keserasian terutama kehadiran empat import baharu," katanya.

Ditanya prestasi semasa, Abdul Malik mengakui belum berada pada prestasi terbaik.

Katanya, tahap kecergasan belum mencapai 100 peratus kerana baru pulih daripada sakit.

"Saya harap tempoh rehat ni dapat meningkatkan tahap kecergasan dan membantu pasukan untuk memperbaiki kedudukan terbaik.

"Saya juga percaya kehadiran empat import iaitu Aung Kaung Mann, Manuel Hidalgo, Abubakar Yakubu dan Kenny Athiu menambah lagi kekuatan pasukan," katanya yang menjaringkan satu gol setakat ini.Disiarkan pada: Mei 14, 2021 @ 6:27pm.1

_____________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/05/705948/lega-sri-pahang-keluar-zon-penyingkiran (diakses pada 14 Mei 2021)

Rabu, 12 Mei 2021

Tempoh sesuai mantapkan Sri Pahang

Asrol Awang

am@hmetro.com.my



Aksi pemain import Sri Pahang FC, Manuel Fedrico (kiri) ketika berdepan Selangor FC dalam saingan Liga Super. FOTO Farizul Hafiz Awang

Aksi pemain import Sri Pahang FC, Manuel Fedrico (kiri) ketika berdepan Selangor FC dalam saingan Liga Super. FOTO Farizul Hafiz Awang

Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh percaya tempoh rehat dua bulan akan menyaksikan pasukan itu tampil lebih padu sebaik Liga Super bersambung Julai depan.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, tempoh itu bertepatan ketika pasukan berkenaan menyenaraikan empat import baharu dalam memperkasakan kembali Sri Pahang.

"Bagi saya, ini masa sesuai kerana mempunyai tempoh dua bulan untuk memantapkan lagi pasukan terutama meletakkan kedudukan terbaik dalam saingan liga musim ini.

"Pada masa sama, empat import baharu ini belum lagi mencapai tahap terbaik mereka terutama daripada segi kecergasan.

"Saya percaya tempoh dua bulan ini akan dimanfaatkan sebaiknya untuk memperbaiki segala kelemahan dan memantapkan lagi jentera pasukan bukan sahaja serangan, malah tengah dan pertahanan," katanya.

Sebaik jendela perpindahan dibuka 3 Mei lalu, kehadiran empat import iaitu Aung Kaung Mann dari Myanmar, Manuel Hidalgo (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Athiu (Australia) ternyata memberi impak positif.

Pada tiga perlawanan, Sri Pahang berjaya mengutip tujuh mata sekali gus memperbaiki kedudukan di tangga kesembilan berbanding berada dua tangga tercorot liga sebelumnya.

Mengulas persembahan empat import itu, beliau berpuas hati dan percaya prestasi lebih baik bakal dipersembahkan sebaik liga bersambung nanti.

"Begitu juga kepada semua pemain yang diharap dapat meningkatkan prestasi masing-masing untuk memastikan Sri Pahang menamatkan aksi liga pada kedudukan terbaik," katanya.Disiarkan pada: Mei 12, 2021 @ 3:08pm.1

___________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/05/705333/tempoh-sesuai-mantapkan-sri-pahang (diakses pada 12 Mei 2021)

Selasa, 11 Mei 2021

Tonggak baharu Tok Gajah bawa impak




Oleh AZIZAN HASHIM

10 Mei 2021, 4:37 pm

IPOH: Jurulatih Sri Pahang, Dollah Salleh menghela nafas lega menjelang rehat panjang Liga Super 2021 kerana skuad bimbingannya semakin meningkat.

Dollah membuat penilaian sedemikian selepas kejayaan 3-2 Tok Gajah ke atas Perak dalam perlawanan Liga Super di sini semalam.

Kemasukan empat import baharu mengubah wajah pasukan. Berbanding ketika bertemu Selangor Rabu lalu kami semakin meningkat.

Pemain-pemain import kami membuat impak dan menunjulkan kemampuan sebenar mereka.

Bagaimanapun mereka belum cukup cergas kerana kurang latihan selepas menjalani kuarantin,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan semalam.

Pada perlawanan itu, Pahang memperolehi gol melalui jaringan awang importnya,Aung Kaung Mann dan dua gol Kenjuk Wal Athiu.

Manakala Leandro Dos Santos (penalti) dan Careca membalas untuk tuan rumah.

Dollah yang berpuas hati dengan persembahan anak buahnya bagaimanapun berkata, masih banyak yang perlu dilakukan dan gembira kerana akan rehat panjang sehingga 8 Julai.

Saya yakin tempoh dua bulan ini mencukupi buat saya membentuk Sri Pahang menjadi pencabat dalam baki kempen Liga Super, musim ini,” katanya.1

________________________________

Tuck dirisik tiga pasukan

Asrol Awang

am@hmetro.com.my



Pemain Sri Pahang FC, Lee Tuck bersama rakan sepasukan meraikan jaringannya pada saingan Liga Super. FOTO NSTP

Kuantan: Pemain import Sri Pahang FC, Lee Tuck dirisik tiga pasukan selepas diketepikan sebaik jendela perpindahan pemain dibuka 3 Mei lalu.

Ketua jurulatih pasukan, Dollah Salleh yang mengesahkan perkara itu berkata, perancangan untuk meminjamkan pemain kelahiran England itu memang ada.

"Setakat ini, tiga pasukan yang berminat mendapatkan Tuck. Bagaimanapun, keputusan muktamad bergantung kepada Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah selaku pemilik Sri Pahang FC," kata bekas pemain kebangsaan itu.

Sebaik jendela perpindahan pemain dibuka, skuad Tok Gajah membuat keputusan menyenaraikan empat pemain import baharu dalam usaha memperkasakan skuad itu.

Empat import itu ialah Aung Kaung Mann dari Myanmar, Manuel Hidalgo (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Athiu (Australia).

Berikutan itu, empat pemain digugurkan iaitu Tuck, Yevhen Bokhashvili (Ukraine), Mamadou Wague (Lubnan) dan Pedro Henrique (Timor Leste).

Manakala, pertahanan import dari Perancis, Herold Goulon dikekalkan.

Dengan kemasukan empat pemain import baharu itu, Sri Pahang mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila melonjak di kedudukan kesembilan Liga Super berbanding berada di dua tangga tercorot sebelum itu.

Disiarkan pada: Mei 11, 2021 @ 2:09pm.1

_____________________________________

Ahad, 9 Mei 2021

Sri Pahang tampil lebih padu berdepan Perak

Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my



PENGENDALI Sri Pahang, Dollah Salleh. FOTO NSTP

Kuantan: Sri Pahang FC bakal memperagakan aksi padu dan bertenaga apabila berdepan Perak FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam esok.Kejayaan mengikat Selangor FC 2-2 Rabu lalu serta diperkuatkan empat import baharu menambah lagi kemantapan pasukan itu dalam misi mengutip tiga mata.

Pada masa sama, skuad Tok Gajah itu tidak sabar menyenaraikan penyerang import baharu, Aung Kaung Mann yang tidak dapat beraksi kerana gagal mendapat sijil perpindahan antarabangsa (ITC), Rabu lalu.

Justeru, ketua jurulatih pasukan itu, Dollah Salleh akan meletakkan Kaung Mann di bahagian serangan sambil dibantu Manuel Hidalgo dan Abdul Malik Mat Ariff.

"Saya lihat tiga pemain ini menunjukkan persefahaman dan sudah pasti mereka akan digandingkan untuk memastikan Sri Pahang mencatat kemenangan.

"Saya harap prestasi yang dipersembahkan ketika seri berdepan Selangor memberi semangat buat semua pemain untuk mempamerkan prestasi lebih baik," katanya.

Selepas 12 perlawanan, Sri Pahang kekal berada di kedudukan kedua tercorot Liga Super dengan mengutip sembilan mata.

Namun, kehadiran empat pemain baharu dilihat akan membantu skuad Tok Gajah untuk mengelak daripada berada di zon penyingkiran.

Lebih-lebih lagi, aksi mantap sememangnya ditagih daripada Kaung Mann, Hidalgo, Abubakar Yakubu, Kenny Anthiu, Herold Goulon serta semua pemain Sri Pahang.

Disiarkan pada: Mei 8, 2021 @ 2:52pm.1

______________________________________

Jumaat, 7 Mei 2021

UiTM mangsa amuk Sri Pahang

Asrol Awang

am@hmetro.com.my



Pemain Sri Pahang FC, Lee Tuck (tengah) meraikan golnya ketika menentang UiTM FC, pada aksi Liga Super. FOTO Farizul Hafiz Awang

Kuantan: Sri Pahang FC menamatkan kemarau kemenangan apabila membelasah UiTM FC 5-0 pada perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Kemenangan itu amat bermakna buat ketua jurulatih, Dollah Salleh kerana kali terakhir pasukan itu melakar kemenangan ketika menewaskan Sabah FC pada 16 Mac lalu.

Pada perlawanan itu tuan rumah bermula garang apabila berjaya menjaringkan gol pembukaan seawal minit pertama hasil jaringan pemain import, Lee Tuck.

Minit ke-34, penyerang import Pedro Henrique menjaringkan gol kedua buat tuan rumah selepas menewaskan penjaga gol UiTM, Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri.

Namun penyerang UiTM, Mohd Khairul Izuan hampir merapatkan jurang gol tetapi bola sepakan percuma berjaya ditepis keluar penjaga gol tuan rumah, Helmi Heliza Elias pada minit ke-38.

Bersambung babak kedua, UiTM yang ketinggalan berusaha untuk merapatkan jurang gol dengan sesekali melancarkan serangan.

Peluang terbaik hadir pada minit ke-61 apabila dihadiahkan sepakan penalti tetapi pertahanan import, Victor Clotaire gagal menjaringkan gol selepas diselamatkan Helmi Eliza.

Selepas itu, Muhamad Baqiuddin Shamsudin dan Herold Goulon, masing-masing menjaringkan gol ketiga dan keempat pada minit ke-66 dan 70.

Dua minit kemudian, pemain tengah UiTM, Muhammad Fahmi Mohd Rizam menghadiahkan gol kelima buat Sri Pahang.

Dengan kemenangan itu, misi Sri Pahang mengutip tiga mata menjadi kenyataan.

Disiarkan pada: Mei 2, 2021 @ 12:00am.1

Sri Pahang, Selangor kongsi mata

Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my



PEMAIN Sri Pahang FC Manuel Hidalgo (kanan) cuba melepasi pertahanan Selangor FC R Dinesh pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam ini. FOTO Bernama

Kuantan: Penyerang Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff muncul penyelamat pasukan itu apabila jaringan pada minit-minit akhir perlawanan berjaya mengikat Selangor FC 2-2 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, tuan rumah menyenaraikan tiga pemain import baharu, Abubakar Yakubu, Manuel Hidalgo dan Athiu Kenjok sebaik jendela perpindahan dibuka.

Kehadiran tiga pemain import itu menyaksikan perubahan terutama di bahagian serangan dan tengah.

Namun, Selangor yang mencatat kemenangan 3-1 ke atas Sri Pahang pada pusingan pertama Liga Super terlebih dahulu memberi ancaman apabila Ahmad Danial Ahmad Asri hampir menjaringkan gol pendahuluan tetapi bola terkena palang gol pada minit ke-23.

Dua minit kemudian, perlawanan terhenti kira-kira 10 minit apabila satu daripada empat lampu terpadam.

Sebaik perlawanan bersambung, peluang terbaik tuan rumah pula hadir menerusi sepakan percuma pemain import baharu dari Argentina, Hidalgo tetapi bola terkena palang pada minit ke-31.

Tiga minit bersambung babak kedua, Hidalgo menceriakan pasukan itu apabila menjaringkan gol pendahuluan selepas menewaskan penjaga gol Selangor, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid.

Pada minit ke-76, penyerang lawan, Hein Htet Aung menyamakan kedudukan 1-1 selepas Helmi Eliza Elias gagal menyelamat gawang daripada dibolosi. Penyerang berbisa Selangor, Ifedayo Olusegun meledak gol kedua buat skuadnya tiga minit sebelum tamat perlawanan.

Selepas itu, pemain pertahanan Selangor, Shahril Nazeem Zulpakar dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Suhaimi Mat Hassan selepas mengutip dua kad kuning.

Pada minit-minit akhir perlawanan, Abdul Malik muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan 2-2 untuk memastikan Sri Pahang mencatat keputusan seri.1

Disiarkan pada: Mei 6, 2021 @ 12:22am



1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/05/702854/sri-pahang-selangor-kongsi-mata

Hidalgo mula tunjuk taring

Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my



HIDALGO antara pemain import baharu Sri Pahang. FOTO Asrol Awang

Kuantan: Pemain import baharu Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo gembira apabila aksi pertama dalam saingan Liga Super membantu pasukan itu seri 2-2 berdepan Selangor FC, kelmarin.

Pemain tengah itu berkata, kejayaan menjaringkan satu gol juga menambah lagi keyakinan untuk mempamer prestasi lebih baik dalam saingan liga itu.

"Sebenarnya saya belum lagi cergas sepenuhnya tetapi berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan pada perlawanan menentang Selangor.

"Pada perlawanan pertama ini, saya amat gembira dan percaya mampu memberikan yang lebih baik pada perlawanan seterusnya," kata pemain berumur 22 tahun itu.

Ketika seri 2-2 berdepan Selangor, Hidalgo menceriakan peminat setia Tok Gajah apabila menjaringkan gol pendahuluan dan jaringan Abdul Malik Mat Ariff pada minit akhir perlawanan berpunca daripada hantaran pemain kelahiran Argentina itu.

Sementara itu, ketua jurulatih Sri Pahang, Dollah Salleh tidak menjangkakan Hidalgo dapat beraksi sepanjang 90 minit perlawanan.

Katanya, komitmen pemain tengah itu membuktikan semangat untuk

membantu Sri Pahang mencatat keputusan terbaik walaupun kecergasan belum mencapai tahap terbaik.

"Sebenarnya, kehadiran Hidalgo atas usaha Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah (pemilik Sri Pahang FC) yang menguruskan kemasukan pemain muda ini.

"Oleh itu, saya mengharapkan Hidalgo serta tiga pemain import baharu dapat membentuk persefahaman mantap bersama pemain lain dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam saingan liga," katanya.

Tiga pemain import berkenaan ialah Aung Kaung Mann dari Myanmar, Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Anthiu (Australia).Disiarkan pada: Mei 7, 2021 @ 12:16pm.1

Selasa, 4 Mei 2021

Perak terkejut ‘Badak’ nak angkat kaki



SHAHRUL MOHD. SAAD

Oleh AZIZAN HASHIM

5 Mei 2021, 11:30 am

IPOH: Perak terkejut dengan desus desas kaptennya, Shahrul Mohd. Saad atau Badak akan berpindah ke Sri Pahang dalam baki Liga Super 2021.

Baik pengurusan kelab hingga jurulatih dan rakan sepasukan langsung tidak mengetahui apa-apa mengenai isu yang kini tular di Facebook.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Rizal Ali Naizali sendiri teripinga-pinga apabila ditanya mengenai berita itu dan mengaku tidak mengetahui mengenainya.

Saya tidak dengar apa-apa mengenai Badak mahu mening­galkan pasukan.

Pengurus Pahang kawan baik saya. Dia tidak meng­hubungi saya untuk memaklumkan mengenai langkah Sri Pahang FC mahu mendapatkan Shahrul,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sementara itu, Pengurus Perak, Ishsam Shahruddin yang baru tiga hari dilantik hairan jika Shahrul memilih Pahang dan bukan Selangor atau Johor Darul Ta’zim (JDT).

Saya sudah membuat semakan dengan pegawai dan pemain. Tiada yang tahu apa-apa.

Bagaimanapun cerita Shahrul nak berhijrah ni setiap tahun ada. Nampaknya ada individu nakal yang suka buat cerita bukan-bukan,” katanya.

Penolong jurulatih, Shahril Nizam Khalil pula menyifatkan berita itu sebagai khabar angin.

Dalam perkembangan lain, Perak mendapat khidmat penyerang baharu dari Ghana, Nana Poku dalam usaha memantapkan pasukan bagi mengharungi baki kempen Liga Super.SUMBER-UM ONLINE.1

Tok Gajah senarai tiga import baharu layan Selangor

Oleh Asrol Awang - Mei 4, 2021 @ 4:51pm

bhsukan@bh.com.my



Aung Kaung Mann mungkin diturunkan menentang Selangor.

KUANTAN: Aksi perlawanan Sri Pahang FC berdepan Selangor FC di Stadium Darul Makmur malam esok, kemungkinan menyaksikan tiga import baharu disenaraikan bagi memperkuatkan skuad Tok Gajah.

Ketua jurulatih pasukan, Dollah Salleh berkata, tiga pemain berkenaan ialah Aung Kaung Mann dari Myanmar, Manuel Hildago (Argentina) dan Abubakar Yakubu (Ghana). Bagaimanapun, katanya, keputusan sama ada ketiga-tiga import berkenaan akan beraksi dalam pasukan berdepan Selangor akan diketahui, esok.

"Jika dilihat kepada komitmen pada sesi latihan semalam, tiga pemain ini mempamerkan komitmen tinggi tetapi faktor kecergasan mereka belum mencapai tahap yang diinginkan.

"Ini kerana mereka baru tiba dan menamatkan tempoh kuarantin tetapi saya percaya jika dapat disenaraikan esok, mereka mampu membantu pasukan," katanya.

Ditanya peluang untuk menyekat Selangor daripada membawa pulang mata, Dollah mengharapkan semua pemain mengekalkan momentum kemenangan ke atas UiTM FC, Sabtu lalu.

Katanya, kemenangan itu memberi suntikan semangat dan pemain perlu mengekalkan prestasi terbaik itu untuk mencatat kemenangan pada pusingan kedua liga.

"Saya harap semua pemain dapat beraksi dengan baik kerana pada perlawanan pusingan pertama kami tewas 1-3.

"Kembalinya Nor Azam Azih dan Ashar Al Aafiz Abdullah yang menamatkan penggantungan satu perlawanan juga akan memperkasakan jentera tengah dan pertahanan," katanya.SUMBER BH ONLINE.1

1https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/05/813677/tok-gajah-senarai-tiga-import-baharu-layan-selangor

Sri Pahang 'buang' empat import

Oleh Asrol Awang - Mei 3, 2021 @ 11:05pm

bhsukan@bh.com.my



Bekas penyerang Sheffield Wednesday, Manuel Hildago sah sertai Sri Pahang.

KUANTAN: Sri Pahang FC mengesahkan empat pemain import baharu akan menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan pemain yang dibuka bulan ini.

Mereka adalah Aung Kaung Mann dari Myanmar, bekas penyerang Sheffield Wednesday, Manuel Hildago (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Anthiu (Australia).

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, kehadiran empat import berkenaan diyakini mampu membantu memulihkan kembali prestasi Sri Pahang.

"Ketika ini, tiga pemain sudah berada di Kuantan manakala seorang lagi masih menjalani tempoh kuarantin yang akan berakhir Rabu ini," katanya.

Ditanya empat pemain import yang digugurkan, Mohammed Suffian enggan mendedahkannya dan pengumuman rasmi akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

"Setakat ini, saya tidak boleh memberi sebarang komen mengenai empat pemain yang tidak lagi bersama Sri Pahang," katanya.

Musim ini, Sri Pahang menyenaraikan lima import iaitu Yevhen Bokhashvili dari Ukraine, Herold Goulon (Perancis), Lee Tuck (England), Mamadou Wague (Lubnan) dan Pedro Henrique (Timor Leste).

Namun, kini timbul persoalan dalam kalangan peminat pemain yang akan kekal bersama pasukan itu.

Keputusan menyenaraikan empat import baharu berikutan prestasi hambar yang dipersembahkan yang menyaksikan Sri Pahang berada di kedudukan kedua tercorot liga.

Selepas 11 perlawanan, skuad Tok Gajah sekadar masing-masing mencatat dua kemenangan dan seri dengan mengutip lapan mata.SUMBER-BH ONLINE

Ahad, 2 Mei 2021

Dollah tak sangka menang besar

Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my



PEMAIN Sri Pahang FC, Lee Tuck meraikan golnya bersama rakan sepasukan. FOTO Farizul Hafiz Awang

Kuantan: Biarpun Sri Pahang FC mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas UiTM FC semalam, Dollah Salleh mengakui masih belum berpuas hati dengan persembahan keseluruhan pasukan itu.

Ketua jurulatih pasukan itu berkata, masih banyak yang perlu diperbaiki jika mahu bersaing dengan pasukan yang berada di persada Liga Super.

"Daripada segi permainan, belum lagi apa yang diinginkan walaupun pemain mempamerkan prestasi lebih baik apabila berjaya mencapai misi kemenangan pada perlawanan ini.

"Namun, saya gembira kerana matlamat mengutip tiga mata pada perlawanan terakhir pusingan pertama menjadi kenyataan.

"Kemenangan ini juga membantu meningkatkan motivasi kepada pemain untuk mempamerkan aksi lebih bagus pada pusingan kedua nanti," katanya.

Mengulas kemenangan besar ke atas UiTM, Dollah tidak menjangkakan pasukannya mencatat kemenangan dengan menjaringkan lima gol.

"Bagi saya, kami bernasib baik apabila UiTM tidak menjaringkan gol pada babak kedua perlawanan apabila Helmi Eliza Elias berjaya menyelamatkan sepakan penalti.

"Selepas itu pemain bangkit untuk menambah tiga gol untuk memastikan Sri Pahang mencatat kemenangan," katanya.

Pada perlawanan itu, lima gol Sri Pahang, masing-masing satu dijaringkan oleh Lee Tuck, Pedro Henrique, Muhamad Baqiuddin Shamsudin dan Herold Goulon manakala jaringan sendiri pemain UiTM, Muhammad Fahmi Mohd Rizam.

Biarpun mencatat kemenangan besar, skuad Tok Gajah kekal berada di tangga kedua tercorot liga dengan mengutip lapan mata selepas 11 perlawanan.

Disiarkan pada: Mei 2, 2021 @ 1:24pm.