Selasa, 30 Mac 2021

Dollah masih tak puas hati

Asrol Awang - Mac 29, 2021 @ 8:46pm

bhsukan@bh.com.my



Sri Pahang FC, Dollah Salleh. - Foto ihsan Pahang FA.

KUANTAN: Dollah Salleh masih belum puas hati dengan prestasi Sri Pahang FC biarpun mencatat kemenangan 4-0 ke atas Kelantan United 4-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Pengurus pasukan itu berkata, kemenangan besar berkenaan tidak menggambarkan skuad bimbingannya itu berada pada prestasi terbaik kerana masih ada kelemahan yang perlu diatasi.

"Menang 4-0 ke atas Kelantan United tidak boleh dinilai daripada segi pencapaian terbaik kerana perlawanan ini lebih kepada memperkemaskan jentera pasukan. Jika dilihat pada prestasi keseluruhan, saya tidak begitu gembira walaupun jentera serangan berjaya menghasilkan gol.

"Masih banyak yang perlu dipertingkatkan lagi bukan sahaja di bahagian serangan, malah posisi tengah dan pertahanan juga perlu lebih kemas," katanya.

Pada perlawanan itu, empat gol Sri Pahang masing-masing satu gol dijaringkan oleh Muhd Nur Izzat Che Awang, Yevhen Bokhashvili, Lee Tuck dan Baqiuddin Shamsudin. Aksi itu lebih kepada memperbaiki kelemahan terutana jentera serangan yang tumpul dalam lima perlawanan lalu.

Kegagalan jentera hadapan itu menyebabkan Sri Pahang gagal beraksi cemerlang apabila sekadar melakar satu kemenangan dan satu seri. Dengan sekadar mengutip empat mata, ia meletakkan skuad Tok Gajah di kedudukan ke-11 liga.

SUMBER-BH ONLINE

Sabtu, 13 Mac 2021

Sri Pahang bawa pulang satu mata

MyMetroArena



Nazri Abu Bakar

am@hmetro.com.my

Melaka: Melaka United (MU) masih buntu meraih kemenangan selepas sekadar seri 0-0 berdepan Sri Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat Paya Rumput, hari ini.

Keputusan terbabit bagaimanapun mengelak kekalahan ketiga berturut -turut buat Sri Pahang selepas tewas 1-3 kepada Selangor FC dan 0-2 kepada Perak FC sementara MU masih gagal meraih kemenangan pertamanya berikutan sekadar seri berdepan Sabah dan PJ City sebelum ini.

Apapun, saingan rancak dengan pergerakan menarik kedua-dua pasukan memperlihatkan aksi lebih terbuka menerusi beberapa percubaan agresif namun gagal memecah kebuntuan jaringan sepanjang 45 minit pertama.

Peluang terbaik tuan rumah membuka jaringan hadir menerusi sayap lincah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-25 dan ke-40 namun gagal menepati sasaran.

Malah Sri Pahang juga memiliki peluang merobek gawang tuan rumah menerusi Muhammad Jadid ilias dan Baqiuddin Shamsudin pada minit ke-35 dan 37 tetapi dua percubaan terbabit sekadar tinggi melepasi palang gol.

Bersambung babak kedua skuad bimbingan jurulatih Zainal Abidin Hassan lebih kerap melakukan asakan menerusi percubaan pertama Sony Norde pada minit ke-54 tetapi tepat menuju kedakapan penjaga gol gantian Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin dan tolakannya pada m-90 sekadarv terkena tiang gol pelawat.

Malah sebelumnya rembatan S Kumaahran juga hanya menggegar palang gol lawan pada minit ke-72 ketika Zarif sudah tertewas.

Tanpa kelibat ketua jurulatih pelawat, Thomas Dooley dan penolongnya, Christophe Gamel yang direhatkan menyaksikan Dollah Salleh diberi tugas memberi arahan kepada pemain sambil dibantu Ahmad Yusoff jelas memperlihatkan pelawat memiliki kesungguhan tinggi mencipta jaringan.

Bagaimanapun tandukan Mohamad Muslim Ahmad berjaya diselamatkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-72 aksi untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata di Melaka.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 11:58 PM

Tiada alasan tak boleh menang



Ketua jurulatih Sri Pahang FC, penolong direhatkan

Oleh Asrol Awang - Mac 13, 2021 @ 4:34pm

sukanteam@nstp.com.my

Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Thomas Dooley (kiri) dan pengurus pasukan, Dollah Salleh ketika pelancaran jersi baharu skuad Tok Gajah di Kuantan, baru-baru ini. - Foto NSTP/ Asrol Awang.

KUANTAN: Kelibat Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Thomas Dooley dan penolongnya, Christophe Gamel tidak akan dapat dilihat pada aksi Liga Super pasukan berkenaan berdepan Melaka United (FC (MUFC) di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.

Sumber memberitahu, kedua-duanya direhatkan berikutan prestasi hambar skuad Tok Gajah apabila tewas dalam dua perlawanan berturut-turut sebelum ini. Berikutan itu, tugas sebagai pengendali akan diambil alih sementara oleh pengurus pasukan, Dollah Salleh.

"Apa yang boleh saya katakan ialah Dooley dan Gamel tidak bersama Sri Pahang ke Melaka dan direhatkan buat seketika. Tugas Dooley akan diambil alih oleh Dollah pada perlawanan malam ini dan diharapkan ia tidak menjejaskan misi meraih tiga mata," katanya.

Dalam dua aksi terdahulu, Sri Pahang FC tewas 1-3 kepada Selangor FC di Petaling Jaya, sebelum disululi 0-2 kepada Perak FC di laman sendiri.

Keputusan merehatkan Dooley dan Gamel itu dianggap mengejutkan kerana saingan Liga Super baru saja memasuki dua perlawanan.

Selain Dooley dan Gamel, Sri Pahang turut melantik Ahmad Yusof sebagai penolong ketua jurulatih manakala Ahmad Shaharuddin Rosdi dan Sharulnizam Sahat selaku penolong jurulatih.SUMBER-BH ONLINE

Khamis, 11 Mac 2021

Tok Gajah tumbang lagi



Oleh ASZAHARI ALI

10 Mac 2021, 11:23 pm

KUANTAN: Sri Pahang kecundang lagi, kali ini tewas di tangan Perak 2-0 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Perlawanan lebih banyak dikuasai tuan rumah tetapi nyata anak-anak buah Chong Yee Fat lebih bijak mencetak gol bagi membawa pulang tiga mata sambil menambah derita tuan rumah.

Pada pertemuan yang dijangka sengit antara Sri Pahang dan Perak seakan tidak menjadi kenyataan pada separuh masa pertama.

Pahang yang turun tanpa penyerang import, Yevhen Bokhasvili dan Mamadou Wague lebih banyak melakukan gerakan melalui Lee Tuck dan Pedro Henrique sambil sesekali Mohd. Azam Azih cuba memecah benteng skuad kendalian Chong Yee Fatt yang lebih banyak bertahan.

Bagaimanapun pada minit 43, Perak memecah kebuntuan selepas sepakan J.Partiban berjaya menewaskan Mohd. Helmi Eliza untuk gol pertama pasukan pelawat dan kedudukan kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki minit pertama separuh masa kedua ,Pahang terus garang melancarkan serangan dan Mohd. Faizal Rosli berpeluang untuk menghasikan gol penyamaan tetapi sempat ditepis keluar penjaga gawang Perak, Mohd. Hafizul Hakim.

Perak yang sesekali melakukan serangan bagaimanapun berjaya menambah gol pada minit ke-59 melalui Mohd. Farhan Roslan selepas Mohd. Helmi keluar lebih awal dari gawang gol Pahang.

Kemasukan Bokhashvili tampak berhasil menggandakan serangan tuan rumah tetapi pertahanan Perak terus ampuh bertahan.

Nyata Pahang tidak bernasib baik apabila terlepas peluang untuk merapatkan jurang apabila sepakan Bokhashvili terkena tiang gol Perak pada minit ke-80.

Selepas itu Pahang terus melakukan beberapa percubaan untuk mencari sekurang-kurangnya satu mata tetapi tidak berhasil hingga wisel penamat.UM ONLINE