Jumaat, 3 Mac 2017

Dollah puji semangat juang tinggi pemain Pahang

WARTAWAN SINAR HARIAN
2 MAC 2017
 Dollah puji semangat juang tinggi pemain Pahang
Dollah puji semangat juang tinggi pemain Pahang Pemain Pahang Mohd Afif Amiruddin (kiri) meraikan jaringan golnya bersama rakan sepasukan, Mohamad Ashari Samsudin ketika aksi Liga Super menentang PKNS di Stadium Darul Makmur, kelmarin.
SKUAD Pahang di bawah kendalian Dollah Salleh terus mengekalkan rentak kemenangan apabila mudah menundukkan PKNS 3-0 di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Bagi Dollah, persembahan pemainnya perlu dipuji kerana mampu kekal fokus 100 peratus setiap perlawanan selain semangat juang tinggi dipamerkan skuad Tok Gajah itu.

“Bagi saya, kemenangan ini bukannya senang kerana kami perlukan komitmen tinggi pemain yang agak keletihan akibat jadual yang padat.

“Pemain juga menunjukkan disiplin yang tinggi dan ini sememangnya semangat yang saya harapkan oleh semua pemain,” katanya.

Dalam perlawanan kelmarin, pemain pertahanan, Mohd Afif Amiruddin menjaringkan gol pertama pada minit ke-12 selepas menerima hantaran daripada Joseph Kalang Tie.

Tidak mudah puas dengan satu gol, Pahang terus melancarkan serangan dan gol kedua diperolehi menerusi sepakan penalti Matheus Alves m-57.

Pada minit ke-69, pemain tengah tuan rumah, Ashari Samsudin menambah derita lawan apabila menjaringkan gol ketiga buat Tok Gajah.

Mengulas lanjut, Dollah turut memuji pertahanannya yang kental bertahan dan berjaya mengelakkan daripada dibolosi.

“Pada separuh masa pertama perlawanan,  saya lihat pemain masih gagal temui rentak dan gagal beraksi dengan baik, namun ia berubah apabila masuk separuh masa kedua.

“Wan Azraie Wan Teh (penjaga gol) memainkan peranan penting kerana menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya pada separuh masa pertama hasil serangan pantas pasukan lawan,” katanya.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 2 MAC 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan