Isnin, 20 Januari 2020

Dinesh idam kesebelasan utama

MyMetroArena
 
Asrol Awang
sukanteam@hmetro.com.my

SERING dibayangi senior, pemain muda Pahang, R Dinesh sudah sedia untuk berada dalam skuad utama pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Dinesh yang juga pemain skuad bawah 23 (B-23) negara berkata, sudah tiba masanya dia menyakinkan jurulatih, Dollah Salleh untuk berada dalam kesebelasan utama.

“Harapan saya untuk musim ini ialah merebut tempat dalam kesebelasan utama Pahang biarpun perlu bersaing dengan pemain lebih senior terutama Mohd Faisal Rosli.

“Jika mendapat peluang, saya akan memberi persembahan yang terbaik dan komitmen 100 peratus dalam usaha membantu Pahang melakar kejayaan terbaik musim ini.

“Pengalaman saya bersama skuad bawah 23 negara sungguh bermakna dan banyak yang dipelajari bersama Datuk Ong Kim Swee . Dengan pengalaman ini saya akan mempersembahkan sebaik mungkin apabila diberi peluang memikul amanah itu,” katanya.

Sebelum ini, pemain kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu sering dibayangi dua pemain senior iaitu Faisal dan Zubir Azmi di posisi pertahanan kiri skuad Tok Gajah.

Namun, ketiadaan Zubir yang berhijrah ke pasukan baharu bakal menyaksikan Dinesh hanya perlu berebut posisi itu dengan Faizal sebaik Liga M bermula 28 Februari depan.

Sebagai pemain yang sudah bersama Pahang selama lima musim sejak 2016, bekas pemain Harimau Muda C itu tekad untuk tampil lebih banyak perlawanan bersama Pahang musim ini.

Justeru, Dinesh mengharapkan kejayaan manis dapat diraih skuad Pahang musim ini selepas gagal menjulang sebarang piala musim lalu.

“Dengan komitmen tinggi, saya dan rakan sepasukan akan melakukan yang terbaik ,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 7:27 PM

Rabu, 15 Januari 2020

Piala AFC: Pahang kalah 3-1 kepada South China


 Sukan
Rabu, 15 April 2015 | 10:49pm
 
South China menewaskan Pahang 3-1 dalam saingan Kumpulan G, Piala AFC di Stadium Mongkok, Hong Kong, malam ini. - Foto ihsan laman web AFC
KUALA LUMPUR: Pahang mengalami kekalahan kedua dalam saingan Kumpulan G, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas kecundang 3-1 kepada wakil Hong Kong, South China di Stadium Mongkok, Hong Kong, malam ini.

Kemenangan keempat diraih oleh South China membolehkan mereka mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan dengan kutipan 12 mata selepas empat perlawanan manakala Pahang kekal di tangga kedua dengan empat mata.

Pada aksi yang disiarkan secara langsung oleh sebuah televisyen berbayar itu, Chan Siu Kwan meletakkan South China di hadapan menerusi gol seawal minit ke-10 selepas mengambil kesempatan keadaan kelam kabut di depan pintu gol Pahang dan keputusan tersebut kekal sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, South China terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Pahang dan hasilnya, Lo Kong Wai menggandakan jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-56 menerusi serangan pantas ke kubu Pahang.

Selang tiga minit kemudian, pemain naturalisasi Hong Kong, Jonathan Jack Sealy menambah derita pasukan Pahang dengan gol ketiga selepas memperdayakan pertahanan sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid.

Penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme bagaimanapun mengurangkan defisit jaringan untuk Pahang pada minit ke-62 selepas menyempurnakan hantaran daripada Matias Conti.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan G, kelab dari Filipina, Global FC meraih kemenangan sulung selepas empat perlawanan selepas menang 4-1 ke atas wakil Myanmar, Yadanarbon FC di Stadium Philippine Sports, Manila.

Pahang akan melayan kunjungan Yadanarbon FC pada aksi keempat kumpulan di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala South China menentang Global FC di Stadium Mongkok.

Kedua-dua perlawanan berlangsung pada 29 April ini. – BERNAMA.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/node/47818

Piala AFC: Pahang hampa diikat Global FC 0-0


Sukan
Rabu, 11 March 2015 | 11:06pm
PENJAGA gol Pahang, Khairul Azhan Khalid menyelamatkan serangan pemain Globac FC, Mark Hartmann (dua dari kiri) dalam saingan Piala AFC di Stadium Darul Makmur. - Foto Zulkepli Osman
Piala AFC: Pahang hampa diikat Global FC 0-0

KUANTAN: Wakil negara, Pahang gagal meneruskan rentak kemenangan selepas sekadar seri 0-0 dengan kelab Filipina, Global FC pada perlawanan kedua Kumpulan G, Piala AFC 2015 di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Skuad Tok Gajah yang menewaskan kelab Myanmar, Yadanarbon 3-2 pada aksi pertama, dua minggu lalu dihidangkan deretan peluang keemasan sepanjang perlawanan, namun gagal disempurnakan antaranya oleh Fauzi Rozlan, R Gopinathan dan Hafiz Kamal.

Global yang dibelasah 6-1 oleh kelab Hong Kong, South China pada aksi sulung, pasti lega dengan satu mata diraih, malam ini meskipun mereka terpaksa beraksi 10 pemain selepas Amani Aguinaldo dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua pada penghujung permainan.

Pada satu lagi perlawanan di Stadium Mongkok, Hong Kong, South China terus cemerlang dengan meraih kemenangan kedua selepas menewaskan Yadanarbon 3-1.

Selepas dua perlawanan, South China di tangga teratas Kumpulan G dengan enam mata diikuti Pahang empat mata, Global FC satu mata dan Yadanarbon tanpa sebarang mata.

Selepas ini, Pahang akan menanti kunjungan South China di Stadium Darul Makmur, 18 Mac ini.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/node/40250

Piala AFC: Gopinathan wira nPahang beam Yadanarbon 3-2


Sukan
Rabu, 25 Februari 2015 | 8:08pm
Piala AFC: Gopinathan wira Pahang benam Yadanarbon 3-2
 
Pemain Pahang, R Gopinathan. - Foto Luqman Hakim Zubir
KUALA LUMPUR: Pahang membuka langkah kanan dalam kancah bola sepak Piala AFC selepas menewaskan Yadanarbon FC 3-2 dalam perlawanan pertama Kumpulan G di Stadium Mandalar Thiri di Mandalay, Myanmar, petang ini.

Wira pasukan adalah R Gopinathan yang meledakkan gol kemenangan seminit sebelum tamat permainan ketika anak didik Zainal Abidin Hassan seperti nyaris mahu pulang berbekal satu mata pada kedudukan 2-2.

Dua gol lain skuad Tok Gajah adalah sumbangan Dickson Nwakaeme pada minit ke-6 dan 13 manakala jaringan tuan rumah menyusul daripada gol sendiri pemain pertahanan Pahang, Damion Stewart pada minit ke-41 dan sepakan penalti oleh Djawa Maximin pada minit ke-57.

Pahang juga bermain dengan bekalan 10 pemain selepas Razman Roslan dilayangkan kad merah pada minit ke-56 selepas satu kekasaran dalam kotak penalti.

Satu lagi perlawanan Kumpulan G membabitkan Global FC dari Filipina dan South China dari Hong Kong pada lewat hari ini di Stadium Memorial Rizal, Manila, Filipina.

Pahang akan menerima kunjungan Global FC pada aksi kedua kumpulan di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala South China akan menentang Yadanarbon FC di Stadium Mongkok, Hong Kong. Kedua-dua perlawanan berlangsung 11 Mac ini.[1]




[1] https://www.bharian.com.my/node/36928

Piala AFC: Pahang hidup peluang benam Yadanarbon 7-4


Sukan
Rabu, 29 April 2015 | 10:59pm
 
PEMAIN Pahang meraikan gol keenam jaringan D.Saarvindran (kiri) ketika menentang Yadanarbon FC pada perlawanan kumpulan G Liga AFC 2015 di Stadium Darul Makmur. - Foto Luqman Hakim Zubir
Piala AFC: Pahang hidup peluang benam Yadanarbon 7-4

KUANTAN: Pahang kembali menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan kedua kalah mati Piala AFC 2015 selepas berjaya meraih tiga mata penuh menewaskan kelab Myanmar, Yadanarbon 7-4 pada aksi Kumpulan G di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu mendahului 3-1 pada separuh masa pertama menerusi dua jaringan Dickson Nwakaeme pada minit keenam dan ke-31 serta Matias Conti minit ke-17 tetapi dibalas pelawat menerusi Djedje Maximin Djawa, minit ke-45.

Pahang kembali menjarakkan jurang gol menerusi penyudah pemain gantian, D Saarvindran pada minit ke-47 untuk gol keempat tuan rumah, namun Yadanarbon merapatkan kedudukan 4-2 hasil jaringan Hlaing Bo Bo, minit ke-57.

Nwakaeme melengkapkan hatriknya apabila menanduk masuk gol kelima Pahang pada minit ke-59 tetapi Yadanarbon sekali lagi merapatkan kedudukan 5-3 juga menerusi jaringan Bo Bo, minit ke-67.

Namun Pahang terus garang apabila menambah dua lagi gol menerusi Hafiz Kamal pada minit ke-85 dan jaringan kedua peribadi Saarvindran, minit ke-87 sebelum Yadanarbon sempat juga membalas gol keempat hasil jaringan Win Naing Soe pada masa kecederaan.

Pada satu lagi perlawanan di Stadium Mongkok, Hong Kong, pendahulu kumpulan, South China terus cemerlang merakam kemenangan kelima berturut-turut menewaskan kelab Filipina, Global 3-0 menerusi jaringan Cheng Lai Hin pada minit ke-39, Bojan Malisic mini ke-54 dan Daniel McBreen minit ke-90.

Selepas lima perlawanan, South China yang sudah layak ke pusingan kedua kalah mati di tangga teratas Kumpulan G dengan 15 mata diikuti Pahang (7), Global (4) dan Yadanarbon (3).

Pahang memerlukan sekurang-kurangnya seri apabila bertemu Global pada aksi terakhir kumpulan di Manila, 13 Mei ini untuk menamatkan saingan sebagai naib juara kumpulan bagi mengiringi South China ke pusingan kedua kalah mati.

Namun jika Pahang tewas, Global akan menyamai tujuh mata tetapi kelab Filipina itu yang akan layak menerusi peraturan head-to-head melibatkan kedua-dua pasukan itu selepas pertemuan di Kuantan sebelum ini berkesudahan seri 0-0.[1]



[1] https://www.bharian.com.my/node/50713

Sabtu, 11 Januari 2020

PAHANG NAIB JUARA LIGA MALAYSIA 1984


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


1993-PBNP KEKAL ZAINAL DOLLAH

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


Juara bertahan Piala Malaysia Pahang yang bakal menghadapi rintangan mempertahankan empat kejuaraan dalam liga bolasepak Semi-pro, sekali lagi akan menyandarkan harapan di bahu penerima Anugerah Kasut Emas 1992  Zainal abidin Hassan dan rakanya , Dollah Salleh untuk memperkuatkan cabaran mereka musim depan.  

      “Zainal dan Dollah pada dasarnya akan menabur bakti untuk musim ketiga bersama Pahang tahun depan. Majlis Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang bermesyuarat minggu lalu bersetuju mengekalkan mereka.”Kata sumber persatuan itu di Kuantan Semalam.[1]

    “Mreka sudah masak dengan bolasepak Liga Semi-Pro dan tidak rugi kami mengekalkan mereka kerana percaya Zainal dan Dollah masih berbahaya kepada awan, tegasnya.” Ini terhurailah masalah Zainal dan Dollah, dua pemain yang dianggap aset bernilai kepada mana-mana pasukan oleh Jurulatih Kebangsaan, Ken Worden. [2]



[1] Badrul Hisham Othman dan Halmi Samad, PBNP Kekal, Zainal Dollah, Berita Harian 21 Januari 1993.
[2] Ibid.

Ahad, 5 Januari 2020

Hafiz mahu tinggalkan Tok Gajah


Sukan
Sabtu, 12 Disember 2015 | 7:15am
 
Hafiz mahu tinggalkan Tok Gajah
Oleh Mohd Rafi Mamat
bhsukan@bh.com

PEMAIN tengah Pahang, Mohd Hafiz Kamal. - Foto Mohd Rafi Mamat
KUANTAN: Pemain tengah Pahang, Mohd Hafiz Kamal, memutuskan untuk menyertai pasukan baharu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan selepas empat musim mengemudi jentera tengah skuad Tok Gajah hingga berjaya merangkul pelbagai kejayaan bermakna.

"Saya terpaksa membuat keputusan meninggalkan Tok Gajah selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dilihat seperti tidak berminat menyambung kontrak saya yang berakhir bulan ini.

"PBNP sepatutnya sudah menawarkan kontrak baharu kepada pemain bagi memberi peluang kepada kami membuat pilihan hala tuju kami pada musim depan.

"Bagi memastikan peluang beraksi dalam Liga M musim depan tidak terjejas, lebih baik saya mencuba nasib dengan pasukan baharu," katanya yang sebelum ini pernah beraksi dengan pasukan Shahzan Muda.

Mohd Hafiz berkata, beliau menerima tiga tawaran daripada pasukan negeri pada musim depan, namun belum membuat keputusan bagi mengelak sebarang masalah.

"Saya masih sayangkan Tok Gajah, yang begitu banyak mencetuskan kenangan manis dalam kerjaya bola sepak saya, namun disebabkan sikap membisu pegawai PBNP, saya terpaksa buat tindakan drastik," katanya.

Katanya, dengan berbaki beberapa minggu lagi sebelum kontrak tamat, PBNP masih lagi tidak memutuskan sama ada mahu melanjutkan kontrak atau menamatkannya.

"Bukan saya seorang sahaja memutuskan untuk meninggalkan Tok Gajah musim depan, beberapa pemain tempatan dan import juga mahu mencari pasukan baharu.

"Mungkin jodoh kami dengan Pahang sudah berakhir...saya berharap peminat setia Tok Gajah dapat menerima dengan hati yang terbuka dan tidak melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada kami," katanya.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/node/104310

Jumaat, 3 Januari 2020

Nor Azam tak ‘merajuk’

Simpan Artikel
MyMetroNode    
 
Oleh Mohd Rafi Mamat
sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Gagal mendapat tempat di dalam kesebelasan utama sepanjang lima perlawanan Liga Super sebelum ini tidak sedikitpun mematahkan semangat dan keyakinan pemain muda Tok Gajah Mohd Nor Azam Azih untuk terus memburu posisi tengah yang pernah digalasnya sebelum ini.

“Saya menghormati keputusan jurulatih Zainal Abidin Hassan yang mempunyai percaturan terbaik bagi memastikan setiap perlawanan terus berpihak kepada Pahang yang kini dalam misi menjulang Liga Super musim ini.

“Mungkin saya kurang berkesan mengemudi bahagian tengah berbanding Hafiz Kamal, Azidan Sarudin dan Zesh Rehman yang kini dilihat begitu serasi dan berkesan membentuk gandingan mantap dengan jentera serangan.

“Saya tidak kecewa dan berkecil hati walaupun tidak diturunkan pada lima perlawanan sebelum ini.

“Malah, sepanjang berada di kerusi simpanan menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus berusaha gigih memburu tempat dalam kesebelasan utama,” katanya.

Nor Azam yang sebelum ini membawa cabaran skuad Harimau Muda B berkata, prestasi Tok Gajah yang kini mendahului kedudukan carta Liga Super menambahkan lagi keinginannya untuk berada dalam kesebelasan utama pada baki perlawanan.

Katanya, jika boleh dia ingin merasa kepuasan membantu Tok Gajah mencatat kemenangan pada setiap perlawanan seterusnya.

Menurut pemain kelahiran FELDA Jengka 21, Maran itu, selepas gagal pada saingan Piala FA, peluang Tok Gajah merangkul piala Liga Super musim ini kini semakin hampir selepas mencatat keputusan membanggakan pada setiap perlawanan.

“Saya berharap musim pertama bersama skuad Tok Gajah kali ini berakhir dengan kenangan manis sebagai pemain yang menjadi pencetus kepada kejayaan merangkul Liga Super, seterusnya Piala Malaysia hujung musim ini.

“Saya menaruh harapan tinggi untuk beraksi pada perlawanan selepas ini... saya akan berusaha memperkemaskan lagi hantaran dan percubaan ke kubu lawan selain tendangan percuma yang mampu menghasilkan gol.

“Mungkin dengan cara itu akan dapat memikat hati jurulatih (Zainal Abidin) yang sentiasa berusaha menyusun strategi menjinakkan lawan dalam usaha mengekalkan kedudukan teratas Liga Super,” katanya.

Sebagai pendahulu Liga Super, Pahang kini memungut 33 mata meninggalkan Johor Darul Ta[zim (31) dan Perak (27). Skuad Tok Gajah akan berdepan pasukan bertaraf kelab Sime Darby FC di gelanggang lawan pada 1 Ogos ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2015 @ 9:30 AM