Sabtu, 16 Februari 2019

Melaka United, Pahang catat keputusan seri

Melaka United, Pahang catat keputusan seri
Melaka lwn Pahang
PENYERANG Melaka United, Anselmo Arruda Da Silva (jersi putih) melompat bagi mengelak asakan pemain Pahang, Muhammad Safuwan Baharuddin dalam aksi perlawanan Liga Super 2019 yang berkesudahan seri 1-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/AZLI AHAD
SUFFIAN ABU BAKAR

16 Februari 2019 11:04 PM

MELAKA 16 Feb. - Melaka United dan Pahang terus mencabar kedudukan Johor Darul Ta’zim selaku pendahulu liga apabila mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan Liga Super 2019 di Stadium Hang Jebat di sini sebentar tadi.

Pahang mengejutkan pasukan tuan rumah apabila memperoleh gol pertama pada minit kelima jaringan pemain pertahanan import Goulon Herold Mark selepas keadaan kelam kabut di depan pintu gol hasil sepakan percuma diambil Pahang sebelum itu.


Selepas gol pertama perlawanan menjadi seimbang apabila kedua-dua pasukan saling menyerang dan peluang terbaik pasukan tuan rumah hadir pada minit-14 apabila sepakan percuma yang diambil penyerang Melaka United, Liridon Krasniqi berjaya ditepis keluar penjaga gol Pahang, Mohd. Helmi Eliza Elias.

Pahang hampir menambah jaringan pada minit-31 apabila penyerang berbisanya, Dickson Nwakaeme merembat bola dari luar kotak penalti namun berjaya ditepis oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Separuh masa kedua kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan penyerang Melaka United, Anselmo Arruda Da Silva dilayangkan kad kuning pada minit-59 apabila mengasari Mohd. Helmi Eliza yang telah menangkap bola di depan pintu gol.

Pahang nyaris menambah gol pada minit-65 apabila Muhammad Nor Azam Abdul Azih melakukan larian solo dari luar kotak penalti menewaskan beberapa pemain pertahanan Melaka United namun bola tendangannya mengenai palang gol.

Pasukan pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain bermula minit-80 apabila Muhammad Nor Azam diarahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua dalam aksi kelam-kabut di depan pintu gol Pahang.

Pasukan tuan rumah menggunakan peluang itu untuk menggandakan serangan dan hasilnya pada minit-89, Safiq Rahim menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas penyerang Melaka United, Patrick Reichelt dijatuhkan Mohd. Helmi Eliza dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/melaka-united-pahang-catat-keputusan-seri-1.842512#ixzz5flNKdZL0
© Utusan Melayu (M) Bhd

‘Orang Besi’ Pahang kembali mengganas

 MOHAMADU SUMAREH (kanan) cuba melepasi halangan pemain Kuala Lumpur
MOHAMADU SUMAREH (kanan) cuba melepasi halangan pemain Kuala Lumpur dalam perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini. - UTUSAN/SYEFRY MONIZ
Rozaidi Zulkifli

01 Februari 2019 11:06 PM

126
KUALA LUMPUR 1 Feb.- Kepulangan semula penyerang ‘Orang Besi’ dari Nigeria, Dickson Nwakaeme nyata memberi impak besar buat Pahang apabila Tok Gajah memulakan kempen Liga Super dengan membenam Kuala Lumpur 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Dickson, 32, nyata tidak kekok biarpun baru kembali ke Malaysia apabila meledak dua gol pada minit ke-53 dan minit terakhir permainan.


Pahang, antara pasukan pilihan untuk mencabar kejauraan Liga Super musim ini terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain sayap dari Indonesia, Saddil Ramdani pada minit ke-24.

Pasukan pelawat yang mempunyai banyak peluang bagaimanapun gagal membolosi gawang Kuala Lumpur ekoran kecemerlangan penjaga gol, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli dan kedudukan 1-0 kekal pada babak pertama.

Kuala Lumpur cuba bermain lebih agresif pada separuh masa kedua dan berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi sepakan voli Afiq Ahmad Razali hanya tiga minit selepas perlawanan bersambung.

Begitupun, Nwakaeme tidak menunggu lama untuk kembali meletakkan Tok Gajah di depan apabila memanfaatkan kesilapan Sharbinee yang gagal mengeluarkan bola hantaran silang Mohamadou Sumareh dengan kemas untuk gol kedua Pahang pada minit ke-53.

Penyerang Nigeria itu mencetak gol kedua peribadinya menerusi gerakan solo di hujung permainan bagi memastikan tiga mata berharga dibawa pulang oleh Pahang. - UTUSAN ONLINE

SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-orang-besi-8217-pahang-kembali-mengganas-1.834001#ixzz5eITJ1QYu
© Utusan Melayu (M) Bhd

KEPUTUSAN MASA PERTAMA


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB     
   
Melaka United 0-1  Pahang
m-5 Herold Goulon

PKNP 1-0     PJ City
m-28 Kalidou Yero

Kedah           2-0     Felda United
m-16 Zaquan Adha

Sabtu, 9 Februari 2019

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 9/2/2019


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB       
Pahang 1-0      Terengganu
m-1 Dickson Nwakaeme
                     
PJ City 0-0      Selangor
                       
PKNS            0-1         Melaka United
m-24 Safiq Rahim ( pen)

Jumaat, 1 Februari 2019

Nwakaeme cetus kemenangan Pahang


Jumaat, 1 Februari 2019 | 11:11pm
 
Pemain Pahang, Dickson Nwakaeme (kanan) mengawal bola sambil cuba diasak pemain Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. - NSTP/Asyraf Hamzah
Nwakaeme cetus kemenangan Pahang
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
CHERAS: Dickson Nwakaeme mengumumkan kepulangannya ke Liga Malaysia (Liga M) dengan penuh bergaya apabila meledak dua gol untuk membantu Pahang menang 3-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras, hari ini.

‘Perjudian’ skuad Tok Gajah mengikat penyerang terbabit mungkin dilihat langkah yang tepat selepas ‘Orang Besi’ itu membuktikan dia masih berbisa meskipun tidak beraksi secara kompetitif hampir setahun akibat kecederaan.

Bukan setakat menjaringkan gol namun kelibat bekas penyerang Angers SCO itu di atas padang sudah cukup ‘memeningkan’ pertahanan Kuala Lumpur yang terpaksa berhempas pulas untuk mengekang pergerakan pemain bertubuh sasa itu.

Pahang menguasai sebahagian besar permainan namun Kuala Lumpur terlebih dahulu beroleh peluang terbaik pada minit kelapan menerusi gerakan solo Zhafri Yahya yang melepasi kawalan lima pemain namun gerakannya sempat dihalang Helmi Eliza Elias di hadapan gawang Pahang.

Bagaimanapun, Pahang boleh dianggap bernasib baik apabila percubaan Mohamadou Sumareh yang terbias pemain lawan hinggap di kaki Saddil Ramdani dan bintang Indonesia itu tidak mensia-siakan peluang menyumbat gol pembukaan yang juga gol pertamanya bersama Pahang pada minit ke-24.

Percaturan Yusri yang memasukkan Afiq Ahmad Razali pada babak kedua terus memberi impak segera selepas pemain gantian itu meledak gol penyamaan menerusi sepakan voli hanya tiga minit selepas separuh masa kedua bersambung.

Namun kegembiraan skuad The Hawks hanya bertahan tiga minit apabila Nwakaeme yang dinafikan beberapa kali pada babak pertama meledak gol kedua buat Pahang sekali gus membolehkan mereka kembali mendahului perlawanan.

Dickson menambah derita Kuala Lumpur di penghujung permainan apabila meledak gol kedua peribadinya selepas menggelecek beberapa pertahanan dan Sharbinee sebelum menyudahkannya ke gawang kosong untuk gol ketiga Pahang
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 1 Februari 2019 | 11:11pm

TERKINI PAHANG 2-1 KUALA LUMPUR

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 2019


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kuala Lumpur 0-1      Pahang
                             m-23 Saddil Ramdani
           
Terengganu     0-0       PKNS