Selasa, 14 Mac 2017

Perak jadi pilihan - Konflik Azizul - PBNP

ARKIB : 27/12/2000
Pengesahan itu sekali gus menepati janjinya untuk membuat keputusan sebelum Aidilfitri setelah mengakui 'jodohnya' dengan skuad Tok Gajah sudah berakhir gara-gara masalah kewangan PBNP, Khamis lalu.

Azizul, berkata, dia sudah bersedia untuk menyarung jersi skuad Seladang sebaik sahaja segala urusan pembayaran yuran perpindahan dan surat pelepasan rasmi diselesaikan antara PBNP dengan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

"Saya pun tak sangka banyak masalah yang akan timbul apabila mahu berhijrah ke Perak. Pemain lain yang sudah tamat kontrak berhijrah juga tetapi tiada masalah yang mereka hadapi,'' katanya.

Penjaring terbanyak Perdana Satu 2000 ini turut mengakui, tindakan PBNP mengenakan yuran dan pelepasan hanya akan menyulitkan laluannya untuk menyertai juara bertahan Piala Malaysia tersebut.

Mengenai tarikh dia dijangka berbincang dengan PAFA dan menandatangani kontrak dengan Perak, penyerang terbilang ini berkata: "Jika pelepasan dan yuran perlu dijelaskan dan diperoleh, terpaksalah saya tunggu sehingga segala-galanya selesai.''

Kelmarin Naib Presiden I PBNP, Datuk Jamal Nasir Ismail menjelaskan, yuran perpindahan yang dikenakan kepada persatuan lain untuk mendapatkan khidmat Azizul ialah kurang daripada RM100,000.

Bagaimanapun Azizul berkata, dia akan berjumpa sendiri dengan pegawai PBNP dalam tempoh terdekat ini untuk membincangkan soal penghijrahannya.

Sementara itu, Azizul, 28, berkata, dia tidak bimbang dengan cabaran baru yang menantinya di Perak terutama tentang persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Sekalipun umur saya sudah 28 tahun, saya tidak fikir itu akan jadi halangan besar untuk bersaing dengan penyerang muda Perak seperti Khalid Jamlus dan V. Saravanan.

"Yang penting, saya mesti banyak bekerja keras untuk merebut tempat sebagai penyerang utama,'' katanya yang kali terakhir pernah membarisi skuad negara pada Sukan SEA Brunei.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4bIN0zcQg

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan