Ahad, 29 Disember 2019

Piala FA: Pahang, Perlis bergaya


 ARKIB : 06/04/2006
Penyerang Pahang, Bernard Samuel Tchoutang (kanan) cuba melepasi halangan pemain pertahanan NTFA, R. Kumar sewaktu perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam. Pahang menang 6-0.

KUALA LUMPUR - Hanya Pahang dan Perlis memahatkan kemenangan bergaya sebagai bekalan terbaik untuk ke separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala FA, semalam.

Pahang yang belum pernah menjulang Piala FA setakat ini, paling cerah melangkah ke separuh akhir selepas berpesta gol menewaskan NTFA 6-0 di Stadium Darul Makmur.

Begitu juga dengan Naib Juara 2003, Perlis menggunakan kelebihan di tempat sendiri untuk mudah menewaskan Perak 2-0 di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Bagaimanapun satu lagi tuan rumah, Terengganu tidak berupaya memahatkan kemenangan apabila terikat 0-0 bertemu Negeri Sembilan Naza.

Saingan suku akhir kedua akan berlangsung pada 19 April ini.

Di Stadium Utama Negeri, Kangar dua gol menerusi penyerang import Philimon Chepita membantu Perlis menewaskan naib juara musim lalu, Perak 2-0.

Perlis membuka tirai jaringan pertama pada minit ke-17 menerusi sepakan kencang Chepita hasil hantaran ketua pasukan Manzoor Azwira.

Perak yang tertekan cuba mencari gol menerusi gandingan Abdoulaye Traore dan Keita Mandjou tetapi sukar menembusi benteng Perlis.

Belum sempat Perak memperoleh gol penyamaan, Perlis terus kukuh dengan tandukan gol kedua Chepita hasil hantaran cantik Mohd. Ivan Yusof pada minit ke-63.

Di Stadium Darul Makmur Pahang, tidak berdepan tugas getir apabila membelasah pasukan berstatus kelab, NTFA 6-0.

Kemenangan berpesta gol itu mencerahkan laluan Pahang untuk ke separuh akhir.

Pahang yang belum pernah menjulang Piala FA menggunakan kesempatan dengan aksi NTFA bermain dengan sepuluh pemain apabila penyerangnya G. Jayaraman dilayangkan kad merah pada minit ke-26.

Penyerang importnya, Bernard Tchoutang mencipta jaringan hatrik pada minit ke-12, 19 dan 64.

Manakala dua gol lagi menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-38 dan 61 serta satu gol lagi melalui Josiah Seton pada minit ke-70.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu gagal menggunakan kesempatan bermain di tempat sendiri apabila sekadar seri 0-0 dengan Negeri Sembilan Naza.

Khamis, 26 Disember 2019

Pahang lebur ego Lions XII

PEMAIN Lions XII, Khairul Amri (kanan) diasak pemain Pahang, Zeshan Rehman pada perlawanan Piala FA di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi. Keputusan Pahang menang 2-1. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Singapura: Pahang mara ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Lions XII 2-1 pada aksi pusingan kedua di Stadium Jalan Besar, malam tadi, sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah selama 18 bulan wakil Singapura itu di gelanggang keramat mereka.

Dua jaringan pantas menerusi Hafiz Kamal dan Azidan Sarudin pada awal babak kedua sudah cukup untuk membawa Pahang kendalian Ronald Smith layak untuk bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) kendalian bekas jurulatih mereka, Dollah Salleh atau kelab dari Pulau Pinang, PBAPP FC.


Bagi Lions XII kendalian Fandi Ahmad, kekalahan itu bukan saja meneruskan penyingkiran awal mereka selepas tewas 1-0 kepada PKNS FC pada pusingan pertama musim lalu, malah rekod kebal tanpa kalah di Stadium Jalan Besar sejak kali terakhir tewas 1-0 kepada Johor FC pada aksi Liga Super, 14 Julai 2012 akhirnya lebur.

Sumber:BERITA HARIAN ONLINE 2.2.14

Ahad, 22 Disember 2019

BOLASEPAK PAHANG 2006

MALAYSIA LIGA SUPER 2006
Pahang menang pelawanan play off menentang Sabah dan kekal di Liga Super 2007


SUMBER: MAJALAH ARENA BOLASEPAK 15hbOGOS 2006.

Rabu, 18 Disember 2019

Goulon kekal perkasa kubu Tok Gajah

Simpan Artikel
MyMetroArena
 
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
PEMAIN pertahanan import Pahang musim ini, Herold Goulon kekal bersama skuad bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pemain berumur 31 tahun itu dijangka kembali bersama skuad Tok Gajah awal Januari depan, selepas sambutan Krismas.

Menurut sumber, pemain berketinggian 1.95 meter itu bersetuju bersama Pahang selepas sebelum ini dikatakan kontrak tidak dilanjutkan.

"Sudah pasti ia berita baik buat penyokong Tok Gajah kerana Goulon kekal bersama Pahang musim depan.  Kehadiran pemain tinggi lampai ini sudah pasti menjadi pertaruhan terbaik Pahang untuk mengukuhkan kubu pasukan musim depan," katanya.

Ditanya kedudukan Dickson Nwakaeme yang dikatakan kekal bersama Pahang, sumber itu berkata, segalanya belum lagi dimuktamadkan.

"Kita tungu dan lihat sehingga hujung bulan ini sama ada Nwakaeme masih bersama atau sebaliknya," katanya.

Musim ini, Pahang menyenaraikan lima import iaitu Nwakaeme dari Nigeria, Goulon (Perancis), Lazaruz Kaimbi (Namibia), Safuwan Baharudin (Singapura) dan Saddil Ramdani (Indonesia).  Setakat ini, status Kaimbi, Safuwan dan Saddil sah tidak bersama Tok Gajah musim depan manakala kedudukan Nwakaeme masih menjadi tanya tanda.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 5:23 PM

Selasa, 17 Disember 2019

PAHANG 2019


Ketua Jurulatih
Dollah Salleh
Penjaga Gol
Helmi Eliza Elias
Remezey Che Ros
Wafieyuddin Shamsudin
Pertahanan
Herold Goulon
Matthew Davies
R. Dinesh
Bunyamin Umar
Faisal Rosli
Zubir Azmi
Afif Amiruddin
Muslim Ahmad
Ashar Al Aafiz Abdullah
Tengah
Safuwan Baharudin
Nor Azam Azih
Salomon Raj
Hazri Rozali
Wan Zaharulnizam
Faisal Halim
Zuhair Aizat Nazri
Shahrul Nizam Nadzir
Nik Sharif
Penyerang
Dickson Nwakaeme
Lazarus Kaimbi
Saddil Ramdani
Mohamadou Sumareh
Norshahrul Idlan Talaha
R. Kogileswaran
SUMBER-https://www.ligamalaysia.net/p/pahang.html

Selasa, 10 Disember 2019

Mat Yo tidak lagi bersama Tok Gajah

MyMetroArena
 
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
TIADA lagi kelibat penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha bersama skuad Pahang bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ini kerana skuad Tok Gajah tidak melanjutkan kontrak Norshahrul atau Mat Yo selepas penyerang itu menyertai Pahang selama dua musim sejak 2018.

Turut tidak ditawarkan kontrak lanjutan ialah Zubir Azmi, R Kogileswaran, A Salomon Raj, Afif Amiruddin, Remezey Che Ros dan Wafieyuddin Shamsudin.

Menurut sumber, skuad Tok Gajah ingin melakukan perubahan dalam membentuk kembali skuad yang lebih padu selepas gagal meraih piala musim ini.

"Pahang kini dalam proses pembentukan pasukan termasuk berusaha menyenaraikan pemain baru untuk memberi saingan kepada lawan.

"Segalanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat termasuk pemain import selepas tiga daripada lima import tidak lagi bersama Pahang musim depan," katanya.

Setakat ini, tiga import disahkan tidak lagi bersama Pahang ialah Safuwan Baharudin dari Singapura, Saddil Ramdani (Indonesia) dan Lazarus Kaimbi (Namibia).

Namun, difahamkan status dua lagi import iaitu Dickson Nwakaeme dan Herold Goulon masih menjadi tanda tanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Disember 2019 @ 3:26 PM