Isnin, 31 Ogos 2020

Sumareh sudah tebus kontrak?

MyMetroArena

SUMAREH (kiri) dikatakan sudah menebus kontraknya bersama Pahang. FOTO NSTP

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

ADAKAH benar tonggak Pahang, Mohamadou Sumareh sudah tebus kontraknya bersama skuad Tok Gajah untuk tahun hadapan?Persoalan terbabit timbul apabila terdapat perkhabaran bahawa kontrak pemain terbabit tamat pada penghujung 2022 namun tidak kurang juga mendakwa dia sudah membayar baki kontrak untuk tahun hadapan.


Jika ternyata benar Sumareh sudah menebus kontrak untuk tahun hadapan, dia hanya tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum bebas untuk beraksi bersama pasukan lain pada musim hadapan.Namun mengikut sumber Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), perkara terbabit tidak diketahui pihak pengurusan membabitkan penebusan kontrak pemain itu untuk musim 2021-2022.

Sumber berkata, pihaknya ada mendengar berkaitan perkara terbabit selepas isu Sumareh tidak hadir latihan hangat diperkatakan namun menerusi maklumat yang diterima setakat ini kontrak pemain itu akan berakhir 2022."Kami pula mendapat maklumat bahawa Sumareh sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) bersama sebuah pasukan untuk tidak lagi beraksi bersama Pahang kira-kira dua bulan lalu, namun sejauh mana khabar angin itu biarlah pihak berkaitan menentukan."Sehingga kini, Sumareh masih lagi tidak berbincang bersama pengurusan Pahang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik sekali gus merungkai segala salah faham yang berlaku sebelum ini."Sumareh mahu lebarkan karier ke kelab lain tiada halangan cuma jangan timbulkan pelbagai isu termasuk gaji tertunggak hingga memberikan pandangan negatif kepada PBNP," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, Arena Metro melaporkan pemain naturalisasi pertama negara itu tidak lagi kelihatan menjalani latihan bersama skuad Tok Gajah sejak sejak sebulan lalu sekali gus mencetuskan persoalan ke mana 'menghilangnya' Sumareh.Perkara terbabit menjadi lebih hangat selepas tonggak utama Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid akan berkelana ke Portimonense SC sekali gus melihat kemungkinan Sumareh akan menggantikan posisi yang ditinggalkan pemain terbabit nanti.

Malah, desas desus Sumareh akan berpindah ke JDT sudah lama bertiup kencang terutama selepas bekas rakan sepasukannya, Matthiew Davies turut berubah angin ke pasukan selatan tanah air itu.Sementara itu, Pengurus skuad Tok Gajah, Datuk Suffian Awang ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara terbabit dan setakat ini PBNP belum lagi menentukan bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap Sumareh."Berkaitan perkara terbabit terutama soal kontrak saya tidak boleh mengulas lanjut namun sehingga kini pengurusan dan Sumareh masih lagi belum berbincang bagi menyelesaikan masalah yang berlaku," katanya.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2020 @ 9:51 PM

Pahang berdepan krisis kecederaan

 MyMetroArena

DOLLAH akui berdepan masalah kecederaan babitkan pemain utama. FOTO RASUL AZLI SAMAD

Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my

PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh mengakui fikirannya kini terganggu menjelang perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, Jumaat ini.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, masalah kecederaan masih lagi membelenggu skuad Tok Gajah ketika saingan Liga Super kembali bersambung sejak ditangguhkan pada Mac lalu.

"Saya kini berdepan dengan masalah kecederaan membabitkan beberapa pemain utama yang memberi kesan dalam menyenaraikan kesebelasan terbaik pada perlawanan Jumaat ini."Pada masa sama, Pahang pula berdepan JDT yang sudah pasti mahu mencatat kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Super."Oleh itu, saya mengharapkan komitmen tinggi daripada pemain untuk mempamerkan prestasi terbaik biarpun mengakui kecederaan yang dialami beberapa pemain menjejaskan perancangan," katanya.

Antara pemain yang berdepan kecederaan termasuk kapten pasukan, Dickson Nwakaeme, Herold Goulon dan Ivan Carlos yang bakal memberi kesan.

Difahamkan, beberapa pemain lain juga baru pulih daripada kecederaan dan tahap kecergasan belum mencapai 100 peratus.


Namun, Dollah percaya barisan pemain yang disenaraikan nanti mampu memikul tanggungjawab yang diberikan terutama memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri.


"Setakat ini, jika dilihat kepada tahap kecederaan, mereka kemungkinan tidak dapat diturunkan tetapi bergantung kepada keadaan.


"Jika diikutkan memang saya mahu mereka bermain tetapi perlu memikirkan risiko apabila menurunkan mereka ," katanya.


Pada empat perlawanan, Pahang berada di kedudukan keempat dengan mengutip enam mata selepas merekodkan dua kemenangan dan dua kekalahan.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2020 @ 5:46 PM

Ahad, 30 Ogos 2020

Sumareh tak kenang budi

MyMetroArena

Bekas pemain bola sepak Kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail. FOTO File NSTP

Mohd Rafi Mamat

sukan@hmetro.com.my'TIDAK mengenang budi' ungkapan tepat sesuai ditujukan kepada tonggak Pahang, Mohamadou Sumareh yang menghilangkan diri seolah cuba meninggalkan Tok Gajah sedang kontrak masih berbaki.Ini ditegaskan bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail yang berpendapat perbuatan pemain naturalisasi itu mengundang padah serta memburukkan imejnya sebagai pemain profesional.

Katanya, walaupun hatinya kini dikatakan sudah tidak lagi bersama Tok Gajah namun dia tidak boleh bertindak meninggalkan pasukan tanpa khabar berita seterusnya gagal mengikuti sesi latihan bersama skuad Pahang sejak sebulan lalu.

Menurutnya, sekiranya dia (Sumareh) tidak lagi berminat menabur bakti dengan Pahang, dia sepatutnya duduk semeja berbincang dengan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kedua-dua belah pihak bukan bertindak meninggalkan pasukan.


Sumareh (kiri) ketika beraksi dengan Pahang dalam saingan Liga Malaysia. FOTO File NSTP

Sumareh (kiri) ketika beraksi dengan Pahang dalam saingan Liga Malaysia. FOTO File NSTP

"Sumareh perlu ingat jasa dan pengorbanan yang diberikan PBNP sebelum ini terutama membabitkan permohonan menjadikan beliau sebagai pemain naturalisasi yang pertama di negara ini, PBNP tampil menguruskan semua urusan.


"Turut berjasa jurulatih Dollah Salleh yang membawa dia (Sumareh) ke Pahang seterusnya berjaya meletakkan dirinya muncul sebagai antara pemain import terbaik dalam Liga Malaysia (Liga M) hingga membuka mata banyak pasukan.


"Saya berpendapat tindakan Sumareh meninggalkan sesi latihan selama sebulan pastinya mengundang padah pada dirinya sendiri, dia berhadapan tindakan undang-undang sekiranya PBNP bertindak tegas," katanya.


Jamal Nasir menegaskan, dengan kontrak yang masih berbaki pemain berkenaan perlu akur dan dia tidak boleh meninggalkan pasukan tanpa sebarang persetujuan kedua-dua belah pihak.


PBNP ada kuasa sepenuhnya untuk mengheret Sumareh ke muka pengadilan kerana tidak mengikuti latihan tanpa sebab.


Katanya, perkara berkenaan perlu difikirkan secara bijak oleh pemain berkenaan sekiranya tidak ingin menerima hukuman penggantungan daripada beraksi dalam tempoh tertentu.


Tambahnya lagi, walau apa juga alasan yang dikemukakan oleh Sumareh, dia tetap bersalah dan akan menerima hukuman setimpal sekiranya PBNP bertindak tegas membawa kes berkenaan ke badan induk bola sepak kebangsaan dan antarabangsa.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2020 @ 6:57 PM

Pahang akan bangkit - Faisal

MyMetroArena

PENYERANG Pahang, Faisal. FOTO ASROL AWANG

Asrol Awang

sukanteam@nstp.com

PENYERANG Pahang, Mohd Faisal Abdul Halim tidak mahu kekalahan 2-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) kelmarin, menjejaskan fokus skuad berkenaan.Justeru, pemain berumur 22 tahun itu dan rakan sepasukan berazam untuk melakar keputusan lebih baik pada baki enam perlawanan.


"Oleh itu, kami perlu kerja keras dan lebih kuat untuk baki enam perlawanan dalam usaha meletakkan Tok Gajah pada kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.


"Menang atau kalah bukan persoalan utama tetapi komitmen dan prestasi yang akan dipersembahkan untuk kembali pada tahap terbaik," katanya.


Mengulas kekalahan 2-3 kepada JDT, Mohd Faisal atau 'Mickey' mengakui skuad itu melakukan kesilapan awal apabila membenarkan lawan menjaringkan tiga gol awal.


Katanya, kelebihan yang dimiliki Harimau Selatan ternyata menyukarkan Pahang untuk merapatkan jurang walaupun berjaya menjaringkan dua gol.


"Tapi ia sudah terlewat atau sekurang-kurang mampu mengikat JDT. Pada 30 minit pertama kami terlalu memberi ruang kepada lawan hingga melepaskan tiga gol," katanya.


Pada perlawanan itu, dua gol Pahang, masing-masing satu dijaringkan Mohd Faisal pada minit ke-39 dan Herold Goulon (m-45).


Tiga gol JDT pula, masing-masing dijaringkan oleh Leandro Velazquez pada minit keempat diikuti Muhammad Ramadhan Saifullah Usman (m-14) dan Gonzola Gabriel (m-34).


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2020 @ 12:55 PM

Sabtu, 29 Ogos 2020

Pahang hilang punca

 SUKAN»Bola

Sabtu, 29 Ogos 2020 | 10:01am


Aksi perlawanan Pahang menentang Johor Darul Ta’zim, malam tadi. - Foto Facebook Pahang FA

Pahang hilang punca

Oleh Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my


KUANTAN: Hilang punca dalam tempoh 30 minit pada separuh masa pertama menjadi faktor Pahang gagal menyekat Johor Darul Ta'zim (JDT), sekali gus tewas 2-3, malam tadi.


Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, anak buahnya seperti hilang punca sehingga melepaskan tiga gol sepanjang tempoh itu.


"Tiada langsung corak permainan yang dipersembahkan pemain dan JDT mengambil kesempatan itu dan berjaya mendahuli 3-0.


"Namun, selepas gol pertama dijaringkan, pemain mula menunjukkan keyakinan dan berjaya merapatkan jurang gol 2-3 sebelum tamat separuh masa pertama.


"Kami berusaha untuk bangkit pada babak kedua perlawanan tetapi keputusan perlawanan tidak menyebelahi Pahang dan saya akur kami tewas di tempat sendiri.


Pengendali Pahang, Dollah Salleh. Foto Asrol Awang

Pengendali Pahang, Dollah Salleh. Foto Asrol Awang

"Ketiadaan Dickson Nwakaeme yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-70 menyebabkan jentera serangan hanya mengharapkan kepada Mohd Faisal Abdul Halim," katanya.


Mengulas norma baharu pada aksi saingan Liga Malaysia (Liga M), Dollah mengakui ketiadaan penonton turut memberikan kesan terhadap persembahan pasukan.


Katanya, bermain di halaman sendiri sepatutnya memberikan kelebihan untuk melakar kemenangan.


"Pada perlawanan ini, ia ibarat macam perlawanan persahabatan tetapi kita perlu mengikut saranan kerajaan terutama Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menyekat penularan COVID-19," katanya.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Sumareh mohon maaf

MyMetroArena

Mohamadou Sumareh (kiri) ketika beraksi bersama skuad kebangsaan.

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my



KETIKA pengurusan dan penyokong Pahang 'panas' akibat tindakan tonggak skuad Tok Gajah, Mohamadou Sumareh menghilangkan diri sejak sebulan lalu, pemain terbabit akhirnya tampil memohon maaf.


Menerusi Instagram milik pemain terbabit, Sumareh mendedahkan bahawa dia tidak berniat mahu memungkiri janji untuk terus menyokong dan bersama Pahang.


Menurutnya, ketika ini apa yang berlaku adalah tidak seperti yang dirancang sekali gus meminta maaf terhadap tindakannya yang memberi kesan kepada pihak tertentu.


"Kepada semua peminat dan penyokong, sayang akhirnya perkara jadi begini, saya tidak bermaksud untuk memungkiri janji untuk menyokong pasukan.


"Namun, semuanya berlaku bukannya seperti yang dirancang dan ingin meminta maaf terhadap segala apa yang berlaku," katanya.


Kenyataan di Instagram Sumareh.

Kenyataan di Instagram Sumareh.

Pada masa sama, Sumareh yang juga terkenal dengan panggilan 'keli boy' tidak akan memberikan sebarang komen pada waktu ini.


Sebelum itu, Arena Metro melaporkan pemain naturalisasi pertama negara itu tidak lagi kelihatan menjalani latihan bersama skuad Tok Gajah sejak sejak sebulan lalu sekali gus mencetuskan persoalan ke mana 'menghilangnya' Sumareh.


Perkara terbabit menjadi lebih hangat selepas tonggak utama Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid akan berkelana ke Portimonense SC sekali gus melihat kemungkinan Sumareh akan menggantikan posisi yang ditinggalkan pemain terbabit nanti.


Malah, desas desus Sumareh akan berpindah ke JDT sudah lama bertiup kencang terutama selepas bekas rakan sepasukannya Matthiew Davies turut berubah angin ke pasukan Selatan tanah air itu.


Mengikut rekod, pemain yang berasal dari Gambia itu mengikat kontrak bersama skuad Tok Gajah sehingga 2022.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2020 @ 6:20 PM

Hilang punca 30 minit hukum Tok Gajah

Oleh Norzie Mohamed Khasbi

29 Ogos 2020, 11:11 am

KUANTAN: Hilang punca dalam tempoh 30 minit babak pertama faktor Tok Gajah dihukum 2-3 oleh Harimau Selatan dalam aksi Liga Super malam tadi.Pengendali Pahang, Dollah Salleh bingung, anak-anak buahnya langsung tidak menunjukkan permainan sebenar untuk membolehkan Johor Darul Ta’zim mendominasi saingan.

“Apabila kami cuba bangkit, sudah terlambat. Keputusan tidak menyebelahi Pahang dan saya akur kami tewas di tempat sendiri,” kata Dollah.

Dalam aksi di Stadium Darul Makmur itu,

tiga gol JDT disempurnakan oleh Leandro Velazquez pada minit kelima, diikuti Ramadhan Saifullah Usman (m14) dan Gonzola Gabriel (m34).


Dua gol Pahang pula dijaringkan Faisal Abdul Halim pada minit ke-39 dan Herold Goulon (m45).


Pengendali JDT, Benjamin Mora berkata, membawa pulang tiga mata dari Kuantan meningkatkan motivasi Harimau Selatan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super.


“Tiga mata yang diraih amat bermakna

walaupun Pahang cuba bangkit, kami berjaya mengawal perlawanan sehingga tamat.


“Selepas hampir enam bulan tidak beraksi, semua pemain profesional memerlukan masa untuk memberikan aksi terbaik.


“Selepas kemenangan hari ini saya harap pemain dapat bermain dengan lebih baik pada perlawanan akan datang,” kata Mora.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Jumaat, 28 Ogos 2020

Mora bangga, Dollah terkedu

MyMetroArena

PEMAIN  JDT  meraikan jaringan Muhammad Ramadhan  di Stadium Darul Makmur. FOTO Bernama

Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.myPENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora bangga dengan komitmen anak buahnya selepas menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Darul Makmur, semalam.


Beliau berkata, kemenangan itu sudah pasti meningkatkan motivasi terbaik buat Harimau Selatan, sekali gus mengekalkan kedudukan di tangga teratas Liga Super.


"Saya gembira dengan kemenangan ini terutama pasukan berjaya mengutip tiga mata sebaik saingan Liga Malaysia (Liga M) bersambung.


"Pada masa sama, hampir enam bulan tidak beraksi yang turut dirasai pemain profesional dan memerlukan masa dalam mempamerkan persembahan terbaik.


"Bagi saya, tiga mata ini cukup bermakna walaupun Pahang berusaha bangkit tetapi kami berjaya mengawal permainan sehingga tamat," katanya.


Sementara itu, hilang punca dalam tempoh 30 minit pada separuh masa pertama menjadi faktor Pahang tewas.


Jurulatih Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, anak buahnya seperti hilang punca sehingga melepaskan tiga gol sepanjang tempoh itu.


"Tiada langsung corak permainan dipersembahkan pemain dan JDT mengambil kesempatan itu dan berjaya mendahuli 3-0.


"Namun, selepas gol pertama dijaringkan, pemain mula menunjukkan keyakinan dan berjaya merapatkan jurang gol 2-3 sebelum tamat separuh masa pertama.


"Kami berusaha untuk bangkit pada babak kedua perlawanan tetapi keputusan tidak menyebelahi Pahang dan saya akur kami tewas di tempat sendiri.''


Pada perlawanan semalam, tiga gol JDT, masing-masing dijaringkan oleh Leandro Velazquez pada minit keempat, diikuti Muhammad Ramadhan Saifullah Usman (m-14) dan Gonzola Gabriel (m-34).


Dua gol Pahang pula, masing-masing dijaringkan Mohd Faisal Abdul Halim minit ke-39 dan Herold Goulon (m-45).


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2020 @ 10:29 AM

Pahang beri tentangan sengit buat JDT

MyMetroArena

Gonzalo Cabrera (kanan) menjaringkan gol ketiga JDT berdepan Pahang. FOTO Ihsan JDT

KEPUTUSAN perlawanan bola sepak Liga Malaysia yang berlangsung di beberapa venue malam ini :


LIGA SUPER


Pahang 2 JDT 3


Perak 0 Melaka 1


Felda United 0 UiTM 1


LIGA PERDANA


Kuching FA 1 Selangor II 4


NS 1 Terengganu II 0


KL 2 UKM 1


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 11:17 PM


Harimau baham Tok Gajah

Oleh ASZAHARI ALI

28 Ogos 2020, 11:18 pm

Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

KUANTAN: Johor Darul Ta’zim (JDT) memusnahkan hasrat Pahang untuk sekurang-kurangnya berkongsi satu mata apabila menewaskan Tok Gajah 2-3 di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.


Sememangnya Harimau Selatan hadir ke Stadium Darul Makmur dengan misi tiga mata penuh apabila seawal minit kelima telah memperoleh gol pertama menerusi jaringan Leandro Velezquez.


Berselang 10 minit selepas itu, Tok Gajah terus dihukum dengan gol kedua oleh Mohd. Ramadhan Saifullah Usman yang berjaya mengelicik beberapa pertahanan tuan rumah sebelum melepaskan sepakan terus ke dalam jaring Pahang.


Minit ke-34, JDT memperolehi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Leandro selepas Herold Goulan menjatuhkan Mohd. Ramadhan ketika pergelutan di kawasan kotak penalti Pahang.


Disangka JDT akan terus berpesta gol, namun pemain Pahang khususnya barisan pertahanannya menafikan serangan berterusan pemain JDT.


Akhirnya, pada minit ke-40, Tok Gajah memperoleh gol pertama hasil kesilapan Mohd. Farizal Marlias yang membolehkan Faizal Halim merampas bola dari kaki penjaga gol JDT itu.


Pada minit ke-45, Goulan berjaya merapatkan kedudukan menjadi 2-3 apabila menanduk cantik bola hasil sepakan sudut.


Pada separuh masa kedua, perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan tetapi tiada gol dihasilkan.SUMBER-SUKAN UM ONLINE