Selasa, 14 Mac 2017

Perebutan Azizul antara PBNP-PAFA

ARKIB : 08/01/2001
Jamal mengarahkan Azizul berjumpa sendiri dengan Presiden PBNP, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sekiranya masih lagi berminat mewakili Tok Gajah.

20 Disember 2000: Tengku Abdullah menegaskan, Azizul tidak akan dilepaskan dengan sewenang-wenangnya tanpa sijil pelepasan rasmi PBNP malah kontrak bekas penyerang kebangsaan itu dengan sebarang pasukan lain akan dianggap tidak sah tanpanya.

21 Disember 2000: Azizul tidak muncul di Ipoh seperti yang dijadualkan untuk berbincang dengan pegawai PAFA. Kalangan pemain Perak memberitahu, Azizul memberi alasan terpaksa menangguhkan kedatangannya kerana masalah peribadi.

Di Kuantan, Azizul mengakui, 'jodohnya' dengan Pahang sudah berakhir kerana melihatkan keadaan kewangan PBNP yang tenat terutama masalah gaji musim lalu yang tertunggak lima bulan.

Dia menambah, hatinya kini cenderung ke negeri lain tetapi tidak mendedahkan pasukan mana pilihannya.

22 Disember 2000: Jamal meletakkan yuran perpindahan kira-kira RM250,000 kepada PAFA yang dikatakan mahu memancing khidmat Azizul. Yuran itu katanya, memang telah termaktub dalam peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

25 Disember 2000: Jamal menjelaskan, yuran perpindahan yang dikenakan PBNP kepada PAFA untuk mendapatkan khidmat Azizul sebenarnya kurang daripada RM100,000 dan tidak mencecah RM250,000.

Jamal bagaimanapun berkata, kadar tersebut bukanlah muktamad dan sedia menawarkan rundingan dengan PBNP untuk mencari kata sepakat tentang kadar yang sewajarnya.

26 Disember 2000: Azizul mengesahkan secara lisan, dia akan menyertai Perak walaupun terpaksa menunggu sehingga proses penghijrahannya melalui sijil pelepasan dan yuran perpindahan diselesaikan antara PBNP dan PAFA.

4 Januari 2001: Pengurus pasukan Perak dan Timbalan Presiden PAFA, Jamal Nasir Rasdi menyifatkan tindakan PBNP mengenakan yuran perpindahan Azizul sebagai keterlaluan dan belum tiba masanya kerana keadaan kewangan kebanyakan persatuan juga belum stabil.

5 Januari 2001: Setiausaha PBNP, Ahmad Fuad Daud menggesa PAFA dan Azizul sendiri memohon secara rasmi kepada pihaknya berhubung sijil dan yuran berkenaan daripada terus bertikam lidah di akhbar.

Fuad juga mengajak kedua-duanya berjumpa terus dengan PBNP dalam pertemuan tiga penjuru bagi meleraikan kemelut penghijrahan Pemenang Kasut Emas Perdana Satu musim lalu itu.

6 Januari 2001: Jamal (PBNP) mendedahkan Azizul sudah mengubah fikiran daripada berhijrah sebaliknya bersetuju untuk kekal di Pahang sekali gus menutup pintu terhadap usaha Perak.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4bLaLuW1d © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan