Jumaat, 17 Mac 2017

Liga Perdana Satu: Pahang melonjak tempat teratas



ARKIB : 08/04/2001
PAHANG melonjak ke tempat teratas dalam carta bola sepak Liga Perdana Satu sekalipun cuma menang tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur pada perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.

Penyerang muda, Khairul Anuar Karim memastikan tiga mata menjadi milik Tok Gajah dengan jaringan tunggalnya pada minit ke-32.

Ia sekali gus meletakkan Pahang di tangga teratas walaupun berkongsi mata dengan Terengganu dan Pulau Pinang tetapi Tok Gajah mengatasi dua pasukan itu atas perbezaan jaringan.

Sementara itu, juara liga 1998, Pulau Pinang mencatat kemenangan 3-1 ke atas Sarawak dalam Liga Perdana Satu pada perlawanan di Stadium Batu Kawan, semalam.

Pulau Pinang memperoleh gol pertama pada minit ke-30 menerusi Mohd. Noor Derus sebelum Hasmawi Hassan mudah menolak masuk gol kedua pada minit ke-70.

Bagaimanapun, Ramles Sari merapatkan jurang minit ke-83 tetapi Ooi Hoe Guan melebarkan jaringan buat Pulau Pinang pada minit terakhir perlawanan.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Melaka menumpaskan Perlis 2-1.

Gol-gol Melaka dijaringkan oleh Mohd. Khaironizam Shabudin pada minit ke-53 (gol sendiri) dan Sri Jaafar Rahman (62) manakala gol Perlis oleh Anuar Jusoh pada minit ke-48.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4ba661VZr
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan