Khamis, 31 Disember 2015

Nwakaeme bukan pilihan Gergasi Merah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
 
STATUS pasukan mana menjadi pilihan Nwakaeme (tengah) setakat ini masih misteri setelah Selangor mengesahkan bahawa pemain berasal dari Nigeria itu bukan dalam radar skuad Gergasi Merah.

SELANGOR dijangka mempertaruhkan khidmat penyerang import dari Afrika tetapi bukan bintang sensasi Pahang, Dickson Nwakaeme yang dikaitkan bakal beraksi di Shah Alam dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Sebelum ini, Nwakaeme dilaporkan hampir pasti mengikuti jejak bekas jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan yang dikhabarkan menggantikan Mehmet Durakovic sebagai pengendali baharu skuad Gergasi Merah pada tahun depan.

Begitupun, menurut sumber rapat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), juara 33 kali Piala Malaysia itu semakin menghampiri untuk menandatangani seorang lagi penyerang selepas berjaya mengikat bintang Selangor PKNS, Patrick Ronaldinho setahun dalam misi memperkuatkan skuad itu yang juga akan beraksi dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Ujar sumber tersebut, Selangor tidak lagi mengejar khidmat bekas pemain Pahang dan Kelantan tersebut, sebaliknya Zainal telah mengenal pasti seorang pemain dari Afrika untuk dibawa masuk ke dalam skuad kendaliannya pada musim depan.

“Selangor telah berjaya mendapatkan khidmat Ronaldinho dan seorang lagi penyerang dari Afrika (bukan Nwakaeme). Pemain itu sendiri dipilih oleh Zainal yang dianggap memiliki kualiti tersendiri.

“Identiti pemain Afrika itu masih dirahsiakan dan akan diperkenalkan kepada umum pada Januari depan. Status Nwakaeme masih meragukan dan saya fikir Zainal memiliki perancangan tersendiri untuk memperkuatkan pasukan bimbingannya.

“Nwakaeme ke Selangor? Saya tidak tahu tetapi apa sahaja boleh berlaku di dalam bola sepak tetapi difahamkan, FAS akan bergantung kepada keputusan Zainal. Namun buat masa ini, tiada status Nwakaeme dengan Selangor,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan sama, sumber itu turut menepis dakwaan kononnya bekas jurulatih, Durakovic telah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menyelamatkan kariernya selepas membantu skuad Gergasi Merah memenangi Piala Malaysia 2015 dengan menumbangkan Kedah 2-0 dalam aksi final di Stadium Shah Alam, 12 Disember lalu.

“Laporan itu tidak benar. FAS secara profesional mencapai kata sepakat bersama Mehmet (Durakovic) untuk menamatkan kontrak bersama dan pampasan perjanjian telah pun dibayar kepadanya.

“Harus diingatkan, keputusan FAS ini (melantik Zainal sebagai jurulatih baharu Selangor) telah dibuat sebelum mula kempen Piala Malaysia 2015. Jadi, kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dan mengamalkan semangat profesional,” katanya.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz3vt3HEAvL Hakcipta terpelihara

Rabu, 30 Disember 2015

Tok Gajah masih tagih khidmat Nwakaeme

Oleh Mohd Rafi Mamat-sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) kini begitu memerlukan khidmat bekas pemain import mereka Dickson Nwakaem (jersi kuning) dalam usaha memperkuatkan pasukan Tok Gajah musim depan.
Perbincangan dengan pemain kelahiran Nigeria itu kini masih dilakukan dengan pihak pengurusan pasukan Pantai Timur itu, terutama membabitkan gaji dan beberapa insentif lain.
Menurut sumber, tarik tali antara PBNP dengan awang import itu berlaku selepas Nwakaeme turut mendapat tawaran yang turut dianggap menarik daripada beberapa pasukan lain.
Katanya, selepas mempamerkan persembahan baik sepanjang dua musim bersama Pahang, ternyata khidmatnya amat diperlukan terutama selepas beberapa pemain utama berpindah.
“Selepas tidak menyambung kontrak dua lagi pemain import Matias Conti dan Damion Stewart, kami perlu mencari pengganti atau mengekalkan Nwakaeme untuk mengemudi jentera serangan.
“Bagaimanapun, sebelum keputusan dibuat, perbincangan dengan pengurusan PBNP perlu dilakukan dengan sebaik mungkin bagi mengelak sebarang masalah,” katanya di sini, semalam.
Imej Tok Gajah selaku bekas juara Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih musim 2014 sedikit tercalar apabila dikatakan tidak lagi mampu memberi saingan kepada pasukan bertaraf bintang seperti Selangor dan Johor Darul Ta’zim.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 7:37 AM

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/103463#sthash.F6HfCgEk.dpuf

Isnin, 28 Disember 2015

Tok Gajah berteka-teki

Oleh Asrol Awang-sukan@hmetro.com.my
 
Kuantan: “Tunggu dan lihat,” itu reaksi balas ketua jurulatih baru Pahang Ahmad Shaharuddin Rosdi berhubung barisan pemain yang akan menyarung jersi skuad itu musim depan.


Shaharuddin berkata, semuanya masih lagi dalam perbincangan walaupun semua pihak, khususnya peminat setia Tok Gajah menantikan senarai pemain yang dikatakan akan dibarisi muka baru.

Setakat ini, tiada kata putus senarai pemain yang akan membawa cabaran besar Pahang selepas berlaku penghijrahan beberapa pemain utama yang mahu berubah angin bersama pasukan lain.

“Apa yang boleh saya katakan ketika ini kami (pengurusan) masih lagi dalam perbincangan untuk menyenaraikan pemain yang akan memperkuatkan jentera skuad Tok Gajah musim depan.

“Saya harap peminat bersabar menantikan pengesahan rasmi yang akan diumumkan selewat-lewatnya awal Januari ini, memandangkan Pahang perlu menjalani latihan lebih awal untuk membentuk pasukan mantap.

“Saya harap barisan pemain yang diumumkan nanti akan memberikan komitmen penuh terhadap pasukan terutama dalam usaha memastikan kejayaan bermakna pada musim 2016,” katanya semalam.

Difahamkan, bukan sekadar lima pemain utama berhijrah malah hampir separuh pemain musim ini membuat keputusan meninggalkan Pahang selepas kontrak mereka tidak dilanjutkan.

Namun, beberapa pemain senior skuad itu tetap menjadi pilihan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) antaranya Saiful Nizam Miswan, Shahrizan Salleh, Nasril Nourdin dan Fauzi Rozlan.

Setakat ini, pemain yang sah meninggalkan Pahang adalah Razman Roslan, Azamuddin Akil, R Gopinathan, Khairul Azhan Khalid dan Hafiz Kamal.

Justeru, Shaharuddin yang menggantikan Zainal Abidin Hassan mahu barisan terbaik dapat dibentuk dalam usaha memberikan tentangan sengit kepada pasukan lawan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 5:11 AM


- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/102992#sthash.BUqHwUv4.dpuf

Rabu, 26 Ogos 2015

JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR PIALA AFC 2015


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
FC ISTIKLOL MELAWAN PAHANG
STADIUM PUSAT REPUBLIK
JAM 8.00 MALAM

11.00 MALAM WAKTU MALAYSIA

Sabtu, 22 Ogos 2015

KEPUTUSAN PENUH TERENGGANU 3–1 PAHANG

oleh-AHMAD YAAKOB
Terengganu                    3-1  Pahang
m- 15 Issey Nakajima       m- 48 Damion Stewart
m-33 Ashaari Samsudin
m- 65 Nasril Izat Jalil
TERENGGANU
01 SARBINEE ALAWEE RAMLI
04 VINCENT BIKANA
08 GUSTAVO LOPEZ
13 HAZMIZAN KAMARODIN
14 FAKHRURAZI MUSA
16 ZUBIR AZMI
18 AHMAD NORDIN ALIAS
20 MUHD SHARIN SAPIEN
22 ASHAARI SAMSUDIN
44 ISSEY NAKAJIMA
PEMAIN GANTIAN
07 ZAIRO ANUAR ZALANI
19 AHMAD AZLAN ZAINAL
12 HAFIZAL MUHAMMAD
PAHANG
01 KHAIRUL IZHAN KHALID
03 SAIFULNIZAM MISWAN
04 DAMION STEWARD
06 ZESH REHMAN
09 MATIAS CONTI
10 DICKSON NWAKAEME
12 AZAMUDDIN AKIL
13 RAZMAN ROSLAN
24 R.GOPINATHAN
21 HAFIZ KAMAL
41 MATTHEW DAVIES
PEMAIN GANTIAN
07 R.SURENDRAN
15 D.SAARVINDRAN
25 RIZUA SHAFIQI


TERKINI MASA KEDUA PERLAWANAN LIGA SUPER 22.8.2015


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
LIONS  3-0  SIME DARBY

PDRM 3-2  ATM

KELANTAN 3-2  SARAWAK

PERAK 0-3  SELANGOR

FELDA UNITED 2-1  JOHOR DT


TERENGGANU 3-1 PAHANG

TERKINI MASA KEDUA TERENGGANU 2–1 PAHANG

oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Terengganu                    2-1  Pahang
m- 15 Issey Nakajima       m- 48 Damion Stewart
m-33 Ashaari Samsudin
TERENGGANU
01 SARBINEE ALAWEE RAMLI
04 VINCENT BIKANA
08 GUSTAVO LOPEZ
13 HAZMIZAN KAMARODIN
14 FAKHRURAZI MUSA
16 ZUBIR AZMI
18 AHMAD NORDIN ALIAS
20 MUHD SHARIN SAPIEN
22 ASHAARI SAMSUDIN
44 ISSEY NAKAJIMA

PAHANG
01 KHAIRUL IZHAN KHALID
03 SAIFULNIZAM MISWAN
04 DAMION STEWARD
06 ZESH REHMAN
09 MATIAS CONTI
10 DICKSON NWAKAEME
12 AZAMUDDIN AKIL
13 RAZMAN ROSLAN
24 R.GOPINATHAN
21 HAFIZ KAMAL
41 MATTHEW DAVIES
PEMAIN GANTIAN
07 R.SURENDRAN


KEPUTUSAN MASA PERTAMA PERLAWANAN LIGA SUPER 22.8.2015


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
LIONS  2-0  SIME DARBY

PDRM 1-0  ATM

KELANTAN 1-0  SARAWAK

PERAK 0-1  SELANGOR

FELDA UNITED 2-1  JOHOR DT


TERENGGANU 2-0 PAHANG

TERKINI TERENGGANU 2–0 PAHANG

OLEH-AHMAD YAAKOB
Terengganu 2-0  Pahang
m-33 Ashaari Samsudin
TERENGGANU
01 SARBINEE ALAWEE RAMLI
13 HAZMIZAN KAMARODIN
14 FAKHRURAZI MUSA
16 ZUBIR AZMI
18 AHMAD NORDIN ALIAS
20 MUHD SHARIN SAPIEN
22 ASHAARI SAMSUDIN
44 ISSEY NAKAJIMA

PAHANG
01 KHAIRUL IZHAN KHALID
03 SAIFULNIZAM MISWAN
04 DAMION STEWARD
06 ZESH REHMAN
09 MATIAS CONTI
10 DICKSON NWAKAEME
12 AZAMUDDIN AKIL
13 RAZMAN ROSLAN
24 R.GOPINATHAN
21 HAFIZ KAMAL
41 MATTHEW DAVIES



Sabtu, 8 Ogos 2015

Safee julang Johor DT

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
PEMAIN ATM, Mohd. Azreen Zulkapli (kanan) cuba menghalang pemain Johor DT, S. Kunalan pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

JOHOR Darul Takzim (Johor DT) kembali menghidupkan peluang terbaik dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Super musim ini apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Kejayaan itu hadir menerusi penyerang kebangsaan, Safee Sali yang meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-70, sekali gus membantu skuad kendalian Mario Gomez me­rampas status pendahulu liga dari Pahang yang tewas 2-4 kepada Lions XII.

Bekas pemain Selangor, Safee bijak menyempurnakan hantaran tendangan sudut dari S. Chanturu sebelum mudah menewaskan penjaga gol pasukan tuan rumah, Hafizuddin Azuhar.

Skuad Harimau Selatan bakal menanti kunjungan Lions XII di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, manakala ATM yang kini menduduki tangga kedua tercorot liga dengan pungutan 10 mata, akan menentang Selangor di Stadium Shah Alam, Rabu ini.

Dalam perkembangan sama, hasrat Pahang untuk terus memberikan tekanan kepada juara bertahan, Johor DT tidak kesampaian apabila pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan tewas 2-4 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singa­pura.

Wakil Singapura itu tidak mengambil masa lama untuk membuka jaringan menerusi Faris Ramli seawal minit ke-17 sebelum Madhu Mohana menggandakan kedudukan pada minit ke-30.

Penyerang import Argentina, Matias Conti kembali mengurangkan defisit jaringan perlawanan apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-43 tetapi Faris sekali lagi memastikan pasukan tuan rumah berada di dalam keadaan selesa dengan meledak gol ketiga Lions XII pada minit ke-59.

Safuwan Baharudin tidak ketinggalan untuk melakar nama selaku penjaring pada minit ke-85. Pahang yang memperoleh gol kedua menerusi jaringan R. Surendren pada masa kecederaan, terpaksa akur dengan keputusan 4-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selepas aksi tersebut, Pahang bakal menanti kunjungan Kelantan di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala Lions XII bertemu pendahulu Liga Super, Johor DT.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0809&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3iGjG9cW3 Hakcipta terpelihara

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN LIGA SUPER 8.8.2015


OLEH – AHMAD BIN YAAKOB

LIONS XII 4-2 PAHANG

ATM  0-1 JOHOR DT

PERAK 0-2 FELDA UNITED

SIME DARBY 1-3 SELANGOR

KELANTAN 1-2 TERENGGANU


SARAWAK 2-3  PDRM

KEPUTUSAN MASA PERTAMA PERLAWANAN LIGA SUPER 8.8.2015

OLEH – AHMAD BIN YAAKOB

LIONS XII 4-2 PAHANG

ATM  0-0 JOHOR DT

PERAK 0-0 FELDA UNITED

SIME DARBY 1-2 SELANGOR

KELANTAN 1-1 TERENGGANU


SARAWAK 0-1  PDRM

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 8.8.2015


OLEH – AHMAD BIN YAAKOB

LIONS XII 3-1 PAHANG

ATM  0-0 JOHOR DT

PERAK 0-0 FELDA UNITED

SIME DARBY 0-2 SELANGOR

KELANTAN 1-1 TERENGGANU


SARAWAK 0-1  PDRM

Rabu, 5 Ogos 2015

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 5.8.2015


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

PAHANG 2-0  ATM

JOHOR DT  2-0 SIME DARBY

SARAWAK 0-1  SELANGOR

FELDA UNITED 0-0 KELANTAN


TERENGGANU 2-1 LIONS XII

KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 5.8.2015


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

PAHANG 1-0  ATM

JOHOR DT  1-0 SIME DARBY

SARAWAK 0-0  SELANGOR

FELDA UNITED 0-0 KELANTAN

TERENGGANU 2-1 LIONS XII


JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2015


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

PAHANG MELAWAN ATM
STADIUM DARUL MAKMUR
JAM 8.45 MALAM

JOHOR DT MELAWAN SIME DARBY
STADIUM TAN SRI HASSAN YUNOS
JAM 8.45 MALAM

SARAWAK MELAWAN SELANGOR
STADIUM NEGERI KUCHING
JAM 8.45 MALAM

FELDA UNITED MELAWAN KELANTAN
STADIUM MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
JAM 8.45 MALAM

TERENGGANU MELAWAN LIONS XII
STADIUM MIZAN ZAINAL ABIDIN

JAM 8.45 MALAM

Misi balas dendam

OLEH LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
 
FAUZI (kiri) berharap diberi peluang untuk beraksi pada perlawanan Pahang menentang ATM dalam saingan Liga Super di Kuantan malam ini.

MISI balas dendam. Itu matlamat penyerang Pahang, Mohd. Fauzi Roslan dengan harapan pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan dapat menurunkannya dalam kesebelasan utama pada perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Pemain yang terkenal dengan jolokan budak ajaib itu nyata bersemangat untuk membantu Tok Gajah dalam meneruskan momentum kemenangan, sekali gus membalas dendam kekalahan kepada ATM pada pusingan pertama liga.

Fauzi yang merupakan antara penjaring gol dalam pertemuan menentang Sime Darby minggu lalu berkata, Pahang mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri yang setakat ini belum lagi tercalar dengan kekalahan.

“Kita kalah dengan ATM pada awal musim ketika beraksi di gelanggang lawan dengan satu gol. Berdasarkan prestasi semasa, saya percaya kemenangan bukan satu yang mustahil.

“Ini peluang untuk balas dendam kerana kita mempunyai kelebihan dengan beraksi di gelanggang sendiri selain sokongan padu penyokong,” ujarnya.

Pahang akan turun malam ini dengan berbekalkan rekod tiga kemenangan berturut-turut, manakala ATM masih bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran dalam Liga Super musim ini.

Sementara itu, kapten Pahang, Mohd. Razman Roslan menuntut jentera pertahanan Pahang menjadi lebih ampuh bagi mengelak agar dibolosi.

Mengambil iktibar daripada perlawanan menentang Sime Darby minggu lalu apabila ketinggalan dua gol, Razman berharap kesilapan sama tidak berulang kerana ia akan menyukarkan misi untuk mengutip tiga mata.

“Saya harap, rakan sepasukan khususnya barisan pertahanan lebih fokus dengan mengawal ketat pemain lawan yang pastinya bijak untuk menjaringkan gol,” katanya.

SUMBUR KOSMO ONLINE 5.8.2015

Jumaat, 10 Julai 2015

Liga Super: Pahang terus kuasai takhta

KHAMIS, 9 JULAI 2015 @ 9:29 AM
 Liga Super: Pahang terus kuasai takhta
PENYERANG Pahang, Dickson Nwakaeme (kiri) diasak pertahanan Sarawak, Nyema Patrick Gerhardt pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi. - foto BERNAMA KUALA LUMPUR:

     Pahang mengekalkan kedudukan teratas dalam saingan Liga Super selepas mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Sarawak pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. Kemenangan ke-10 yang diraih skuad Tok Gajah itu selepas 15 perlawanan setakat ini, menyaksikan mereka terus mendahului carta liga dengan kutipan 33 mata, kelebihan lima mata ke atas pencabar terdekat, Johor Darul Ta'zim (JDT). Pada aksi malam tadi, Pahang memperoleh jaringan menerusi Zesh Rehman pada minit ke-22, Dickson Nwakaeme (minit ke-70) dan Azammuddin Mohd Akil pada minit ke-79, manakala gol sagu hati Sarawak melalui Joseph Kalang Tie pada minit ke-64.

      Turut meraih mata penuh adalah kelab Felda United FC yang melakar kemenangan selesa 4-0 ke atas pasukan bawahan liga, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban. Pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin muncul wira skuad The Fighters apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-66 (penalti), ke-82 dan ke-86, serta gol oleh Zah Rahan Krangar pada minit ke-87.

      Wakil Singapura, Lions XII pula memintas Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berada di tangga keenam liga selepas menang tipis 2-1 ke atas Perak di Stadium Jalan Besar, Singapura. Lions XII, bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal pemain Perak, Namkung Woong yang menanduk masuk bola hasil hantaran rakan sepasukan, sebelum wakil Singapura itu bangkit menjaringkan dua gol menerusi Muhammad Hafiz Abu Sujad pada minit ke-45 dan Safuwan Baharudin pada minit ke-53. Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pasukan Terengganu mengutip tiga mata penuh selepas menang 2-0 ke atas pasukan tercorot liga, Sime Darby FC. Ashari Samsudin muncul wira skuad Penyu menerusi dua jaringan pada minit ke-26 dan ke-80.

      Dalam pada itu, Kelantan yang dibimbing oleh pengendali sementara, Zahasmi Ismail, berjaya menamatkan badi kekalahan selepas menang 3-1 ke atas PDRM di Stadium Shah Alam. Tiga gol skuad The Red Warriors dijaringkan oleh Austin Amutu pada minit keempat, Jonathan McKain pada masa kecederaan babak pertama serta Erwin Carrillo pada minit ke-66, manakala gol tunggal PDRM menerusi Faizal Abu Bakar pada minit ke-73. Perlawanan di antara JDT dan Selangor yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada malam ini, ditunda ke 13 Julai, berikutan skuad Harimau Selatan itu akan terbabit dengan aksi persahabatan menentang kelab Liga Jerman, Borussia Dortmund, malam ini. - BERNAMA


SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/66769

Selasa, 7 April 2015

KEPUTUSAN PENUH SUKU AKHIR PERTAMA PIALA FA 7.4.2015


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

PAHANG    2-0 PULAU PINANG
m-9 Hafiz Kamal
m-13 Dickson Nwakaeme


SIME DARBY  1-1  KELANTAN
m- 47 Nemanja     m- 45 Erwin Carrillo

TERENGGANU           1-1 PERAK
m- 45 Zubir Azmi (OG) 

m- 94  Paulo Rangel

KEPUTUSAN PENUH PAHANG 2-0 PULAU PINANG

OLEH-AHMAD  BIN YAAKOB

Pahang      2-0 Pulau Pinang
m-9 Hafiz Kamal
m-13 Dickson Nwakaeme

PEMAIN PAHANG
01 KHAIRUL AZHAN KHALID
03 SAIFUL NIZAM MISWAN
13 RAZMAN ROSLAN
20 SHAHRIZAN SALLEH
06 ZESH REHMAN
21 HAFIZ KAMAL
33 NORAZAM AZIH
08 AZIDAN SARUDIN
24 R.GOPINATHAN
09 MATIAS CONTI
10 DICKSON NWAKAEME
PEMAIN GANTIAN
19 FAUZI ROSLAN
25 RIZUA SHAFIQI
12 AZAMUDDIN AKIL
PULAU PINANG
25 REMEZEY CHE ROS
02 MAFRY BALANG
04 RONALDO LOBO
11 AZRUL AHMAD
20 RAFIUDIN RODIN
23 REZUAN NAWI
27 LEE GIL HOON
13 FAIZ SUBRI
06 YONG KUNG YONG
10 HILTON MOREIRA
PEMAIN GANTIAN
14 SHUKOR SAIDIN
18 MAZLIZAM MUHAMMAD




KEPUTUSAN MASA PERTAMA SUKU AKHIR PIALA FA


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

PAHANG    2-0 PULAU PINANG
m-9 Hafiz Kamal
m-13 Dickson Nwakaeme


SIME DARBY  0-0  KELANTAN


TERENGGANU 1-0 PERAK

PAHANG 2-0 PULAU PINANG
OLEH-AHMAD  BIN YAAKOB

Pahang      2-0 Pulau Pinang
m-9 Hafiz Kamal

m-13 Dickson Nwakaeme

Sabtu, 21 Mac 2015

KEPUTUSAN MASA PERTAMA PAHANG 0-0 MISC

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

Pahang     0-0        MISC
Tok Gajah sedia pertaruh barisan terbaik
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 21.3.2015
PEMAIN PAHANG
03 MOHD SAIFUL NIZAM MISWAN
04 DAMION STEWART
06 ZESHAN REHMAN
08 AZIDAN SARUDIN
10 DICKSON NWAKAEME
13 MOHD RAZMAN ROSLAN
19 MOHD FAUZI ROSLAN
23 NASRIL NOURDIN
24 R.GOPINATHAN
25 MD RIZUA SHAFIQI
33 MOHD NORAZAM AZIH.
PEMAIN GANTIAN
17 ZAIZA ZAINAL ABIDIN

Rabu, 18 Mac 2015

KEPUTUSAN PENUH PAHANG 0-1 SOUTH CHINA

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Pahang          0-1 South China
                      m-Chan Siu Ki
PEMAIN PAHANG
01 KHAIRUL AZHAN KHAID
03 SAIFUL NIZAM MISWAN
04 DAMION STEWART
06 ZESHAN REHMAN
07 R.SURENDRAN
08 AZIDAN SARUDIN
20 SHAHRIZAN SALLEH
21 HAFIZ KAMAL
24 R.GOPINATHAN
25 RIZUA SHAFIQI
27 NORAZAM AZIH
PEMAIN GANTIAN
29 FAIZAL RANI
16 HAZRI ROZALI
14 FAIZAL ROSLI

PEMAIN SOUTH CHINA
12 MORA MEDRANO
02 JACK SEALY
05 CHAK TING FUNG
07 CHAN SIU KI
08 MAHAMAL AWAL
15 CHAN WAI HO
16 CHAN SIU KWAN PHILIP
17 LEUNG CHUN PONG
22 MALISIC BOJAN
24 LO KONG WAI
38 DANIEL MOBREEN
PEMAIN GANTIAN

31 MICHAEL CHEUNG LAI HIN

KEPUTUSAN MASA PERTAMA PAHANG 0-1 CHN

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Pahang          0-1 South China
PEMAIN PAHANG
01 KHAIRUL AZHAN KHAID
03 SAIFUL NIZAM MISWAN
04 DAMION STEWART
06 ZESHAN REHMAN
07 R.SURENDRAN
08 AZIDAN SARUDIN
20 SHAHRIZAN SALLEH
21 HAFIZ KAMAL
24 R.GOPINATHAN
25 RIZUA SHAFIQI

27 NORAZAM AZIH