Seperti barisan pemain Pahang lain, katanya dia pasti akan bermain sebaik mungkin untuk memastikan skuad Tok Gajah layak ke separuh akhir.
“Saya selaku benteng terakhir juga mengharapkan rakan-rakan sepasukan melakukan yang terbaik, jauh lebih baik daripada sebelum ini.
“Saya juga mahu buat jauh lebih baik daripada semua perlawanan yang kami harungi sebelum ini. Insya-Allah, kemena­ngan akan menjadi milik Pahang,” katanya di sini hari ini.
JDT memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya 2-0 ke atas Pahang untuk ke perlawanan akhir selepas tumpas 3-1 dalam suku akhir pertama di sini pada 1 April lalu.
Sementara itu, pengurus pasu­kan Pahang, Datuk Che Nasir Salleh mengingatkan skuad Tok Gajah supaya tidak melakukan sebarang kesilapan yang membuka ruang kepada JDT menja­ringkan gol.
“Semua pemain perlu ingat kita bermain di tempat lawan. Apa yang kita mahukan dalam perlawanan itu nanti adalah kemenangan,” katanya.
Menurut Che Nasir, Pahang juga tidak boleh lalai ketika melancarkan serangan kerana JDT kerap mempamerkan aksi terbaik di laman mereka sendiri berdasarkan rekod-rekod sebelum ini.
“Penting untuk memastikan JDT tidak mampu menjaringkan gol. Mereka juga pasti memberi cabaran yang lebih hebat kerana bermain di tempat sendiri,” tegasnya