Ahad, 23 April 2017

Pahang terlepas peluang

ARKIB : 23/06/2004
PERAK 1 KEDAH 0
PAHANG 3 PERLIS 3
P. BANK 2 SARAWAK 2
SABAH 2 P. PINANG 2
PENDAHULU, Pahang melepaskan peluang mengukuhkan kedudukan apabila sekadar mencatat seri ketika pencabar terdekatnya Perak muncul satu-satunya pasukan yang mengutip mata penuh dalam saingan bola sepak Liga Super, semalam.
Pahang berada pada laluan kemenangan sebelum akhirnya seri 3-3 dengan Perlis di Stadium Darulmakmur, Kuantan yang menyaksikan lima gol disumbat pada babak pertama.
Mendahului 3-2 pada babak pertama, Pahang leka pada penghujung perlawanan untuk membolehkan Adrien Jurat Chamrong menghasilkan gol penyamaan buat Perlis pada minit ke-83.
Pahang sebelum itu agak selesa sekali pun Perlis mendahului setelah Shahril Faizal Sharifuddin menolak bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-22.
Pahang bangkit dan ketika rehat, mendahului menerusi Irwan Fadli Idrus (minit 32) serta Indra Putra Mahayuddin (35 dan 45).
Gol kedua Perlis pada babak pertama diperoleh menerusi percubaan Tengku Hazman Raja Hassan (37).
Sementara itu, penyerang Perak, Frank Seator pula terus memberi saingan dalam senarai penjaring gol apabila menyumbat gol tunggal perlawanan ketika menentang Kedah di Stadium Perak, Ipoh.
Jaringan pada minit ke-17 itu sudah cukup buat Perak terus memberi saingan kepada Pahang sekali gus menambah jumlah jaringan Seator kepada enam gol selepas 12 perlawanan.
Frendo Manuel Co muncul wira Sarawak di Stadium Shah Alam apabila menyumbat dua gol untuk menyempurnakan kebangkitan dramatik Sabah sekali gus mengikat kedudukan 2-2 dengan pasukan di tangga ketiga, Public Bank.
Pasukan tuan rumah selesa pada satu ketika menerusi jaringan Ivan Ziga (4) dan Gustavo Fuentes (20) sebelum menyaksikan Manuel memukau mereka dengan gol minit ke-25 dan 84.
Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pemain tengah, K. Sanbagamaran menjadi penyelamat Sabah apabila menjaringkan gol penyamaan 2-2 ketika menentang Pulau Pinang.
Skuad Badak ketinggalan 2-1 sebelum Sanbagamaran menemui sentuhan gol ketika perlawanan berbaki empat minit. Satu lagi gol Sabah diperoleh menerusi Zainizam Marjan (37).
Pulau Pinang memperoleh gol menerusi Viatcheslav Melnikov (21) dan Chow Chee Weng (47).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan