Ahad, 23 April 2017

Pahang hadapi lawan sukar

ARKIB : 02/07/2004
PAHANG menghadapi laluan sukar untuk mencapai impian memburu tiga gelaran musim ini apabila mereka diundi bertemu bekas juara, Terengganu dalam peringkat separuh akhir pertandingan bola sepak Piala FA.
Sebaliknya pencabar terdekat skuad Tok Gajah dalam Liga Super, Perak seharusnya lebih tenang setelah mengetahui mereka akan bertemu PKNS Selangor, yang belum pernah memenangi pertandingan ini, selepas undian separuh akhir Piala FA dilangsungkan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Pahang yang melepasi saingan Johor FC pada suku akhir dengan kemenangan agregat 7-4 kelmarin merupakan naib juara 1995, kalah 3-1 kepada Sabah. Ia adalah kali pertama dan terakhir mereka layak ke perlawanan akhir.
Dengan reputasi pasukan yang belum pernah kalah dalam Liga Super, Pahang menerajui persaingan mata dengan mengumpul 31 mata selepas 13 perlawanan.
Jiran mereka, Terengganu pula merupakan juara tahun 2000 dan naib juara tahun sebelumnya. Walaupun sekadar di tangga keenam kedudukan Kumpulan B Liga Perdana, mereka kelihatan mula menunjukkan tanda-tanda seuah pasukan yang berkualiti.
Kelmarin Terengganu menunjukkan kejaguhan mereka di gelanggang sendiri apabila mengalahkan Sabah
Kelebihan juga memihak kepada Terengganu apabila perlawanan pertama separuh akhir akan dilangsungkan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu pada 17 Ogos sebelum mereka pula melawat Pahang di Stadium Darulmakmur, Kuantan pada 28 Ogos.
Sementara itu, Perak yang mengecewakan juara tahun lepas, Negeri Sembilan dengan agregat 8-3 akan menanti kehadiran PKNS di Stadium Perak, Ipoh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan