Ahad, 16 April 2017

Pahang seri 2-2 dengan Selangor


  Matthew Davies (kiri)bersama rakan sepasukan Jaewon Heo meraikan gol penyamaan Pahang. -Foto Amirul Anuar/Gawang.my
SKUAD Tok Gajah sekadar meraih satu mata selepas sekadar melakar keputusan seri 2-2 berdepan  The Red Giants dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini sebentar tadi.
Namun pelawat terlebih dulu mendahului permainan dengan gol pembukaan menerusi rembatan penyerang importnya Juliano Mineiro Fernandes dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Pahang Wan Azraie Wan Teh pada m-5.
Selang lima minit kemudian skuad kendalian Dollah Salleh kembali menyamakan kedudukan menerusi kapten pasukan Matthew Davies.
Aksi diteruskan dengan kedua-dua pasukan saling menyerang tetapi penyudah tumpul menghalang hajat mereka menambahkan jaringan..
Separuh babak pertama perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat satu jaringan sama.
Bersambung babak kedua Pahang lebih banyak menggasak dan antara peluang keemasan pada m-61 gagal dimanfaatkan menerusi sepakan Joseph Kallang Tie tinggi melepasi palang gol lawan.
Hanya tinggal tiga minit sebelum babak kedua berakhir pemain pertahanan tuan rumah Mohd Faisal Mohd Rosli memastikan Pahang kembali menyamakan kedudukan.
Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Fitri Maskon
sumber-sinar harian online 15.4.2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan