Ahad, 23 April 2017

Pahang masih kebal

ARKIB : 27/06/2004
PENDAHULU, Pahang diberikan saingan sengit sebelum berjaya melebarkan rekod tanpa kalahnya apabila menumpaskan Kedah 2-1 di Stadium Darulaman, Alor Star dalam saingan bola sepak Liga Super semalam.
Kedua-dua gol pasukan pelawat diperoleh pada babak awal menerusi Anthony Josip Milicic pada minit ke-21 dan Indra Putra Mahayuddin lapan minit kemudian. Shahriman Che Omar menghasilkan gol tunggal Kedah pada minit ke-70.
Perak pula mengatasi Sabah 2-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Khalid Jamlus mencipta kedua-dua gol pada minit ke-27 dan 67. Perak kini berada empat mata di belakang Pahang.
Sementara itu, pertemuan di antara Perlis dengan Public Bank selangor dicemari oleh insiden penyokong kedua-dua pasukan berbaling botol air selepas perlawanan tamat dengan keputusan 1-1 di Stadium Utama, Kangar.
Pasukan di tangga tercorot, Sarawak terus malang apabila tumpas 2-1 kepada Pulau Pinang di Kuching.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan