Sabtu, 20 Mei 2017

Romero senjata Pahang?



Aziman Rosdi dan Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
 
Kuantan: Adakah bekas penyerang skuad remaja kelab gergasi Argentina, Boca Juniors Yamil Romero akan menjadi senjata rahsia Pahang pada final Piala FA menentang Kedah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini masih belum pasti kerana pemain itu belum didaftarkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Romero, 21, difahamkan sudah menandatangani kontrak dengan skuad Tok Gajah baru-baru ini dan kini giat menjalani latihan di bawah bimbingan Dollah Salleh.

Dia boleh beraksi pada final Piala FA jika sempat didaftarkan sebelum perlawanan itu pada tempoh perpindahan pemain kedua yang sudah dibuka semalam hingga 11 Jun depan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam kepada Arena Metro semalam.

“Setakat ini kami masih belum menerima pendaftaran lengkap mana-mana pemain import oleh PBNP. Malah kami juga tidak menerima pembatalan pemain import sedia ada dalam pasukan Pahang oleh PBNP untuk mendaftarkan pemain baru.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mei 2017 @ 5:05 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan