Sabtu, 6 Mei 2017

Rekod tanpa kalah Tok Gajah di laman sendiri lebur



Zamzurina Ahmad
 Rekod tanpa kalah Tok Gajah di laman sendiri lebur
06 Mei 2017 11:18 PM
KUANTAN 6 Mei - Rekod tanpa kalah Tok Gajah di laman sendiri musim ini lebur selepas tewas 2-3 kepada Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Kelantan yang dibimbing Zahasmi Ismail memperoleh jaringan menerusi Alessandro Padovani Celin pada minit ke-17 dan Mohamad Ghaddar (minit ke 72 dan 78).

Dua gol skuad Tok Gajah pula disumbangkan oleh penyerang importnya, Matheu Alves Leandro pada minit ke-69 dan 77.

Kemenangan Kelantan itu sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah Pahang di Stadium Darul Makmur selepas mengekalkan rekod bersih dalam 11 aksi sebelum ini. - UTUSAN ONLINE

SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/rekod-tanpa-kalah-tok-gajah-di-laman-sendiri-lebur-1.478255#ixzz4gLdqJv9G
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan