Ahad, 28 Mei 2017

Pahang lebur Happy Valley



ARKIB : 21/04/2005

Pemain Pahang, Bernard Samuel (kiri) berebut bola dengan pemain pertahanan Happy Valley (Hong Kong), Ambassa Guy pada perlawanan Piala AFC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam. Pahang menang 3-1.

KUANTAN - Stadium Darul Makmur bergema dengan sorakan ceria 15,000 penyokong apabila Pahang menepati ramalan menumpaskan wakil Hong Kong, Happy Valley 3-1 dalam pusingan kedua Piala AFC di sini, semalam lapor Arshad Khan.

Kemenangan ini menebus kehampaan skuad Tok Gajah yang seri 1-1 dengan Happy Valley pada pertemuan pusingan pertama di Stadium Mongkok Hong Kong, pada 6 April lalu.

Kejayaan Pahang kembali menghidupkan peluang untuk memburu tempat ke separuh akhir dengan memungut tujuh mata daripada empat perlawanan.

Selepas ini Pahang akan berdepan dengan Home United dari Singapura (6 Mei) dan menentang New Radiant dari Maldives (25 Mei).

Walaupun dikejutkan pada minit ke-21 setelah penyerang berbisa Happy Valley, Fabio Lopes AlCantara menyempurnakan cantik bola leretan rakannya.

Tersentak dengan gol awal pelawat Pahang mengatur gerakan cantik dan bangkit kembali dengan gol penyamaan menerusi pemain tengah, Muhd. Zulkifli Mohd Yusoff hanya tiga minit selepas itu.

Gol Zulkifli itu menjadi pembakar semangat apabila Pahang terus mempamerkan aksi paling menarik.

Pada minit ke-29, pemain importnya Samuel Bernard Tchoutang menjaringkan gol kedua menghukum kesilapan penjaga gol Happy Valley, Chun Yip Fan yang gagal menangkap kemas bola di hadapan pintu golnya.

Pelawat terus tenggelam dengan asakan bertali arus anak didik Zainal Abidin Hassan dan pada minit ke-52 Indra Putra Mahayuddin tidak mensia-siakan peluang menarik menerusi sepakan lambung yang mengelirukan untuk menambah gol ketiga Pahang.

Pahang mendapat peluang keemasan untuk menambahkan jaringan pada minit ke-62, namun tolakan Norhafiz Zamani Misbah kepada Mohd Fadzli Saari terkena pemain lawan dan bola melantun keluar

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4iPECoOJN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan