Ahad, 7 Mei 2017

Pahang perlu perubahan



        PENJAGA gol Kelantan, Mohamad Ramadhan Ab. Hamid berjaya menangkap bola hasil percubaan pemain Pahan
PENJAGA gol Kelantan, Mohamad Ramadhan Ab. Hamid berjaya menangkap bola hasil percubaan pemain Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.

Zamzurina Ahmad

08 Mei 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More

KUANTAN 7 Mei - Kekuatan dimiliki skuad Tok Gajah kini sudah diketahui kebanyakan pasukan lain dalam kancah Liga Super yang kini memasuki pusingan kedua.

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh akui perkara tersebut yang memberi isyarat jelas bahawa perubahan harus dilakukan agar pasukan kembali bangkit memperoleh kemenangan.

"Perubahan harus dilakukan selepas kegagalan Pahang mempertahankan rekod tanpa kalah di Stadium Darul Makmur di sini semalam selepas ditewaskan 3-2 oleh Kelantan bagi aksi Liga Super.

"Pasukan-pasukan lain sudah tahu kekuatan Pahang, sebab itulah kita semakin sukar untuk menjaringkan lebih daripada dua gol. Banyak yang harus diperbetulkan khususnya di bahagian serangan," katanya kepada pemberita selepas tewas buat kali pertama bagi aksi di laman sendiri semalam.

Kelantan meraih gol pembukaan menerusi penyudah Alessandro Celin ketika minit ke-17, diikuti dua jaringan disudahkan seorang lagi penyerang, Mohamad Ghaddar pada minit ke-72 dan ke-78.

Pahang pula mencetak dua gol melalui penyudah dilakukan penyerang dari Brazil, Matheu Alves Leandro pada minit ke-69 dan ke-77 sebelum perlawanan berakhir dengan keputusan Tok Gajah ditewaskan The Red Warriors dengan keputusan 3-2.

Mengulas lanjut, Dollah berkata, pihak pengurusan pasukan juga pernah mengadakan perbincangan dengan Presiden Persa­tuan Bola Sepak Negeri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berhubung perubahan ke atas kesebelasan utama skuad Tok Gajah, namun belum ada keputusan.

Selain itu, Dollah membe­ritahu, kesilapan para pemainnya yang tidak segera turun untuk membantu barisan pertahanan ketika Kelantan melakukan serangan balas telah mengakibatkan Pahang dihukum dengan kekalahan di tempat sendiri.

"Pemain ada kesungguhan untuk bangkit menyerang kerana tidak mahu seri atau kalah. Sebab itulah mereka leka untuk bantu pertahanan dan seterusnya membuka peluang kepada Kelantan.

"Kekalahan ini memang kerugian besar sebab sebelum ini pun kita sudah seri dua kali di Kuantan. Pasukan-pasukan lain yang berada di kedudukan lebih bawah juga sedang mengejar kedudukan. Kita tengoklah apa (perubahan) yang akan berlaku nanti," tambahnya.

sumberArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pahang-perlu-perubahan-1.478658#ixzz4gROlYBt3
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan