Isnin, 29 Mei 2017

Pahang tersungkur



ARKIB : 01/05/2005

PENYERANG Perlis, Zacharia Simukonda (depan) cuba melepasi halangan pertahanan Pahang, Iyowuna Edward dalam perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Utama Negeri, semalam. Perlis menang 5-1. - Gambar NIDZUWAN ZAINAL ABIDIN.

KUALA LUMPUR - Perlis kembali menerajui takhta Liga Super selepas mudah mengetepikan Pahang menerusi kemenangan besar 5-1 di Stadium Utama Negeri di sini, semalam.

Kemenangan bergaya milik juara Piala Malaysia musim lalu itu disaksikan lebih 15,000 penonton yang tidak berganjak walaupun hujan lebat.

Kemenangan itu memastikan Perlis memperoleh 23 mata manakala Pahang pula kekal dengan 20 mata untuk berada di tangga kedua liga

Lebih menarik kemenangan besar itu menyaksikan penyerang impotnya, Zacharia Simukonda meledakkan jaringan hatrik pada minit kelapan, minit ke-38 dan 86.

Manakala dua gol lagi menyusul menerusi Mohd. Lamin Conteh (m-61) dan Zainuddin Ariffin (m-76) manakala gol saguhati Pahang pula dijaringkan oleh Bernard Tchoutang menerusi sepakan penalti pada minit ke-70.

Bagaimanapun perlawanan itu sedikit terganggu dengan tindakan jurulatih Zainal Abidin Hassan mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan Subkhidin Mohd. Salleh membenarkan jaringan Simukonda.

Di Stadium Bandaraya pula, Pulau Pinang menepati ramalan untuk mengutip tiga mata penting apabila menang tipis 2-1 ke atas Perak.

Pulau Pinang bagaimanapun masih kekal berada di tangga ketiga liga dengan memunggut 19 mata.

Begitupun Pulau Pinang tersentak dengan gol awal pasukan skuad Seladang yang dijaringkan oleh K. Nanthakumar pada minit ke-32.

Bagaimanapun tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi penyerang utamanya Viatcheslav Melnikov yang merembat masuk hasil sepakan sudut Ng Kok Heng pada minit ke-70.

Jose Bareta muncul hero skuad Pulau Pinang apabila menanduk masuk gol kemenangan hantaran dari tengah padang untuk mengikat kedudukan 2-1 hingga tamat perlawanan.

Di Stadium Selayang, Sabah meneruskan kecemerlangan apabila mudah menewaskan Public Bank 3-1.

Gol-gol Sabah telah dijaringkan oleh Julio Rodriguez pada minit ke-15 dan 56 manakala satu gol lagi menerusi Joey Ryan pada minit ke-60.

Gol tunggal Public Bank pula dijaringkan oleh Gustavo Fuentes pada minit ke-13.

Di Stadium Hang Tuah, penyerang import, Ben Katanha muncul hero apabila gol tunggal jaringannya berjaya membantu MPPJ mencapai kemenangan tipis 1-0 ke atas Melaka.

Gol tersebut dihasilkan pada oleh Katanha pada minit ke-15.

KEPUTUSAN

PERLIS 5 PAHANG 1

PUBLIC BANK 1 SABAH 3

TELEKOM 0 MPPJ 1

P. PINANG 2 PERAK 1

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4iSQbG4Hw
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan