Sabtu, 20 Mei 2017

Penyokong Pahang, Kedah mula banjiri Stadium Shah Alam

Sabtu, 20 Mei 2017 @ 5:47 PM
Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my
 
SEBAHAGIAN penyokong setia Helang Merah dan Tok Gajah yang membanjiri pekarangan stadium seawal pagi tadi bagi menyaksikan Perlawanan Akhir Piala FA 2017 diantara pasukan Kedah menentang pasukan Pahang yang akan bermula jam 9 malam di Stadium Shah Alam. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

SHAH ALAM: Bahang perlawanan akhir Piala FA antara Pahang dan Kedah sudah dirasai selepas Stadium Shah Alam mula dibanjiri penyokong kedua-dua pasukan terbabit.

Meskipun situasi sedikit hambar pada sebelah pagi yang menyaksikan tidak ramai penyokong tiba di stadium, kehadiran penyokong kedua-dua pasukan mula meningkat naik sejak jam 2 petang tadi dan kehadiran dijangka terus meningkat menjelang sepak mula jam 9 malam nanti.

Malah, penyokong Pahang yang pada mulanya ditenggelami lautan 'Hijau Kuning'' kini sudah mula seimbang dengan kebanyakan mereka menyarung jersi berwarna Hitam Putih bagi mewujudkan lautan 'Hitam Putih'.

Bagaimanapun, pertembungan 'dua lautan' ini tetap terkawal dan kualiti penyokong profesional berjaya ditunjukkan oleh kedua-dua penyokong yang dilihat boleh bergaul mesra tanpa timbul sebarang masalah.

Tinjauan BH Online mendapati ada penyokong yang sudah mula beratur di pintu masuk memandangkan pintu hanya mula dibuka jam 4.30 petang dan sebahagiannya masih lagi menjamu selera di gerai yang dibuka di perkarangan Stadium Shah Alam.

      Penyokong skuad Tok Gajah selaku pasukan tuan rumah berkumpul di Kuandran B dan C sementara penyokong skuad Helang Merah berkumpul di Kuadran A dan D. Gelagat penyokong Pahang dan Kedah di luar stadium Shah Alam menjelang perlawanan akhir Piala FA malam nanti. - Foto Osman Adnan

Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/284605

Tiada ulasan:

Catat Ulasan