Isnin, 20 Januari 2014

Smith: Perak bukan lawan mudah

ROSILAWATI ROSEDI

21 Januari 2014
 Smith: Perak bukan lawan mudah
Smith: Perak bukan lawan mudah Smith (kanan) bersama penolongnya, Zainal Abidin Hassan (dua kanan) sewaktu mengendalikan latihan pasukan Pahang, semalam.
JANGAN pandang mudah keupayaan lawan. Itu pesan pengendali Pahang, Ronald Smith kepada anak buahnya menjelang pertembungan Piala FA menentang Perak di Stadium Perak, malam ini.

Menurutnya, selepas melihat aksi lawan ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) Sabtu lalu, Smith menilai Perak sebagai sebuah pasukan yang baik kerana mampu menyekat gawang daripada dibolosi lebih banyak gol meskipun berdepan skuad bintang JDT. 

“Perak adalah lawan yang sukar, mereka bagus dan kita tak boleh pandang ringan pertemuan ini.

"Permainan Perak tersusun dan pertahanan pun bagus hingga JDT pun sukar nak membolosi gawang mereka," katanya.

Justeru, pengendali berusia 64 tahun itu mahu pemainnya berwaspada dan mengelak kesilapan kecil yang boleh mengundang padah.

Dalam pada itu, Smith akui kecederaan dialami penyerang, Dickson Nwakaeme dan pemain tengahnya, R Surendran sedikit menjejaskan pasukan itu namun yakin dengan kemampuan pemain lain yang bakal menggantikan mereka.

“Yang penting latihan berterusan dan terus meningkatkan dan memperbaiki kelemahan yang ada jika mahu muncul pasukan berjaya,” katanya.


SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE 21.1.14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan