Isnin, 20 Januari 2014

Liga Malaysia 2014: Smith perlu masa

ROSILAWATI ROSEDI
14 Disember 2013
Liga Malaysia 2014: Smith perlu masa
Liga Malaysia 2014: Smith perlu masa Penyerang Jimmy Mulissa (tengah) mencuba nasib bersama Pahang. - Foto: Mohd Khairul Azrin
PENGENDALI baharu Pahang, Ronald Smith mengakui persediaan Tok Gajah bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2014 berdepan sedikit kesulitan berikutan baru bersama skuad tersebut minggu ini, lapor ROSILAWATI ROSEDI.

Pengendali berusia 64 tahun itu memberitahu, beliau tidak mempunyai masa yang cukup panjang bagi membina skuad mantap memandangkan saingan Liga M bakal membuka tirainya, 18 Januari depan.

Juara Piala Malaysia 2013 itu bakal bertemu Singapura dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Darul Makmur. 14 Januari depan.

Namun, beliau tetap optimis dan akan memastikan persediaan sebaik mungkin bagi pasukan itu untuk menghadapi musim baharu liga domestik, tahun depan.

"Keserasian dan pengalaman dimiliki pemain Pahang memberi satu kelebihan buat saya. Dengan majoriti 90 peratus muka lama pemain dikekalkan, saya perlu memperbaiki dan mempertajam apa yang perlu selain menggandakan latihan,” kata Smith.

Dalam pada itu, penolong jurulatih, Zainal Abidin Hassan tidak memberi jawapan jelas mengenai hala tuju import Argentina, Matias Conti yang dikatakan tidak bersama Pahang untuk musim depan walaupun sebelum ini namanya disenaraikan dalam pasukan itu.

Pada masa sama, Zainal juga menafikan pemain tengah iaitu Amirulhadi Zainal dikatakan membuat u-turn untuk menyarung jersi pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) untuk musim depan.

“Dia sudah menandatangani kontrak bersama Pahang dan buktinya hari ini (kelmarin) ada menyertai perlawanan persahabatan (menentang Shahzan Muda) ini,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE 21.1.14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan