Isnin, 13 Januari 2014

Piala Malaysia: Pahang dan ATM ke separuh akhir

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Pahang dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menyingkirkan lawan masing-masing di peringkat suku akhir.

Pada aksi separuh akhir kedua malam ini, Pahang menewaskan PKNS 2-1 di Stadium Shah Alam dan mara dengan agregat 5-3 setelah menang tipis 3-2 pada suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebelum ini.
ATM pula bangkit daripada kekalahan 0-1 di suku akhir pertama untuk membenam juara Liga Super itu 4-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sekali gus mara dengan agregat 4-2.
Pahang akan menantikan keputusan perlawanan antara Sarawak dan Sime Darby yang akan berlangsung malam esok, manakala ATM pula menanti pemenang Kelantan dan Johor Darul Takzim. - UTUSAN ONLINE
PKNS 1
JARINGAN
KHAIRUL AZRIN  M-67
2 PAHANG  
JARINGAN
MATHIAS CONTI  DAN AZAMUDDIN AKIL
22.  REMEZEY CHE ROS                1 .KHAIRUL AZHAN
12 .ALLY IMRAN                            2. JALALUDDIN JAAFAR
16 .ZULHARIS                                13.RAZMAN ROSLAN
19.AHMAD AZLAN ZAINAL           04.DAMION STEWARD
15.P.GUNALAN                               20.SHAHRIZAN SALLEH.
33.NAZMI FAIZ MANSOR              07.R.SURENDRAN
17.REESHAFIQ ALWI                     21.MOHD HAFIZ KAMAL.
13.MOHD FAUZAN ZULKIFLI       05.AMIRUL HADI ZAINAL.
25.LOT ABU HASSAN                    24.R.GOPINATHAN
08.KHAIRUL AZRIN  M-67            12.AZAMUDDIN AKIL.
24.PATRICK RONALDINHO         09.MATHIAS CONTI.         
11.MOHD AZRIN SYAMSUL        08.AZIDAN SARUDIN
                                                            03.POYENG  

RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131004/su_11/Piala-Malaysia-Pahang-dan-ATM-ke-separuh-akhir#ixzz2gntZNwEC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan