Isnin, 20 Januari 2014

Rebut slot

WARTAWAN SINAR HARIAN

21 Januari 2014
Rebut slot
PERSAINGAN untuk merebut Piala FA bermula malam ini dengan perhatian sudah tentu terarah di Ipoh apabila Perak melayan kunjungan juara Piala Malaysia 2013, Pahang.

Di atas kertas, pasukan pelawat bimbingan Ronald Smith memiliki kelebihan moral berdasarkan kemenangan pertama yang diraih ke atas Lions XII pada aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga-M) 2014, Jumaat lalu.
                                                                                                                                 
Tanpa kelibat Dickson Nwakaeme yang cedera, Tok Gajah dilihat masih mampu menghadirkan ancaman menerusi gandingan Azamuddin Akil dan Matias Ruben Conti di jentera serangan.

Perak pula sudah tentu mahu melakukan kebangkitan selepas mencatat kekalahan pertama musim ini dalam saingan Liga Super.

Beraksi di laman sendiri selain sokongan padu penyokong, menjadi tonik buat The Bos Gaurus bangkit mencipta kemenangan seterusnya meneruskan kemaraan ke pusingan kedua.

Pada masa sama, pemenang Piala FA 1990 dan 2004 itu mengharapkan sentuhan import baharu, Zelimir Terkes dan Kyaw Zyar Win menjadi.

Selain pertemuan Perak dan Pahang, 12 lagi perlawanan bakal dilangsungkan melibatkan tiga perlawanan di sebelah petang dan sembilan pertembungan di sebelah malam.

SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE 21.1.14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan