Sabtu, 23 September 2017

Piala AFC: Pahang, NS kalah

ARKIB : 11/04/2007
 
PENYERANG Pahang, Muhammad Juzaili (kiri) gagal melepasi benteng pertahanan pasukan Tampines Rover dari Singapura, Muhammad Sharif (tengah) dan penjaga gol, Rezal Hassan dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Petaling Jaya, semalam. Tampines menang 4-1.

PETALING JAYA – Pahang kini boleh memberikan tumpuan penuh dalam saingan Liga Malaysia setelah kemaraan ke peringkat seterusnya dalam Kumpulan F Piala AFC 2007 seakan sudah tertutup rapat ekoran kekalahan 1-4 kepada Tampines Rovers di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di sini, semalam.

Kekalahan kepada kelab dari Singapura itu adalah buat kali ketiga berturut-turut dialami oleh skuad Tok Gajah secara tidak langsung menyukarkan laluan mereka untuk mara ke peringkat suku akhir.

Pahang terus kekal menduduki tangga terbawah Kumpulan F setelah tewas semua perlawanan tanpa memungut sebarang mata.

Dalam perlawanan pertama sebelum ini Pahang tewas 4-0 kepada Osotpa M-150 dari Thailand dan Mohun Bagan dari India 2-1.

Buat Tampines Rovers kemenangan itu mencerahkan laluan mereka untuk mara ke suku akhir bersaing dengan Mohun Bagan dan Osotpoa M-150 dengan mengutip tujuh mata.

Aksi longlai dan tidak bermaya begitulah penampilan kesebelasan utama Pahang memulakan aksi yang lewat setengah jam dimulakan ekoran hujan lebat di stadium MBPJ.

Kerancakan permainan kedua-dua pasukan terhalang dengan keadaan padang becak dan menyukarkan pergerakan pemain.

Pelawat tidak perlu menunggu lama ketika babak perlawanan masuk keminit kedua mereka memperoleh gol pendahuluan hasil tandukan Mustafic Fahrudin menewaskan penjaga gol Tok Gajah, Mohd. Iqbal Mohd. Suhimi.

Di masa kecederaan babak pertama hendak ditamatkan Tampines Rovers meledakkan jaringan kedua menerusi tandukan Muhammad Riduan.

Kelab dari Singapura itu menambah derita Pahang apabila Aliff Shafaein menjadikan kedudukan 3-0 menerusi jaringannya pada minit ke-65 sebelum Sutee Suksomit menyumbat gol keempat pada minit ke-78.

Pahang meraih gol saguhati menerusi jaringan Mohd. Kamal Rodriajat pada minit ke-81.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4tVtLaAPI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan