Selasa, 12 September 2017

Ayuh Tok Gajah!



Ayuh Tok Gajah!
Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
 
PENOLONG jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddin Rosdi mahu pemainnya mempamerkan aksi lebih bertenaga apabila beraksi pada suku akhir Piala Malaysia.

Menurutnya, perkara utama perlu diberikan perhatian adalah memperkasakan jentera pertahanan jika mahu melangkah lebih jauh dalam saingan piala berprestij itu.

“Ini kerana saingan suku akhir memerlukan komitmen tinggi memandangkan sebarang kesilapan bakal menyekat misi menjulang piala ini.

“Tapi saya tetap gembira kerana sikap tidak berputus asa pemain selepas T-Team menyamakan kedudukan 2-2 membuktikan impian ke suku akhir tercapai jika pemain kekal fokus.

“Saya bangga dengan kesungguhan pemain yang tidak berputus asa sebaik lawan menyamakan kedudukan walaupun barisan pertahanan gagal mengekang asakan lawan.

“Namun mereka berjaya mencapai misi meraih tiga mata sekali gus layak ke suku akhir yang dilihat lebih mencabar apabila bertemu Perak,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 September 2017 @ 4:17 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan