Jumaat, 22 September 2017

Amaran kebangkitan Pahang



ARKIB : 02/04/2007

Oleh SHAMSIAH ZULKAFLI

KUANTAN 1 April – Jurulatih Pahang, Ahmad Yusof menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang pada aksi bola sepak Liga Super, kelmarin sebagai titik tolak kebangkitan pasukan itu.

Katanya, kemenangan tersebut merupakan kemenangan pertama bagi skuad Tok Gajah selepas 15 perlawanan sebelum ini.

‘‘Saya gembira dan amat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan para pemain walaupun mereka masih penat kerana baru beraksi dalam perlawanan Piala FA menentang PKNS Selangor Rabu lalu,” kata beliau ketika ditemui sejurus selepas perlawanan tersebut, kelmarin.

Gol tuan rumah disumbang menerusi rembatan jauh Rosdi Talib pada minit ke-25 dan tandukan V. Saravanan pada minit ke- 85.

Dengan kemenangan itu, Pahang kini berada di kedudukan keenam Liga Super dengan 20 mata di belakang Terengganu yang memungut 25 mata.

Jurulatih Pahang itu turut menghargai sokongan peminat yang memberi sokongan padu walaupun persembahan anakanak buahnya agak hambar.

‘‘Saya harap para peminat akan terus memberi sokongan kepada skuad ini pada masa depan,’’ ujarnya.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4tTwIYOyF
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan