Ahad, 11 Jun 2017

Pahang tak hilang bisa benam UiTM FC



Ahad, 11 Jun 2017 @ 6:31 PM
Pahang tak hilang bisa benam UiTM FC
Oleh Asrol Awang bhsukan@bh.com.my
KUANTAN: Rehat panjang sempena Ramadan tidak menjejaskan sentuhan elit skuad Pahang apabila menang mudah 5-0 ke atas kelab Liga Perdana, UiTM FC pada aksi persahabatan di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

      Kemenangan anak buah Dollah Salleh itu diraih hasil jaringan penyerang berbisa, Matheus Alves yang mencetak hatrik manakala Mohamadou Sumareh dan Faisal Halim, masing-masing menyumbat satu gol.
 
DOLLAH Salleh. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber Mengulas mengenai aksi pemanas badan itu, penjaga gol skuad Tok Gajah, Wan Azraie Wan Teh mengakui gembira dengan kemenangan itu kerana pada masa sama, mereka dapat menilai prestasi semasa selepas rehat panjang.

 "Pada awal Ramadan, tumpuan latihan lebih kepada aspek kecergasan dan dengan adanya aksi persahabatan ini, kami dapat menilai tahap kecergasan serta persefahaman.

"Persiapan ini penting bagi menghadapi baki saingan musim ini. "Ini kerana selepas Aidilfitri, kami bukan saja perlu mengharungi baki Liga Super, malah saingan Piala Malaysia yang turut dilangsungkan serentak," katanya.

 Perlawanan menentang UiTM FC itu adalah aksi persahabatan pertama buat skuad Tok Gajah sebelum melayan kunjungan Terengganu di Stadium Darul Makmur dalam aksi persahabatan kedua, Sabtu depan.

sumberSelanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/291963

Tiada ulasan:

Catat Ulasan