Sabtu, 5 September 2020

Sumareh sah sertai Police Tero FC

Oleh Mohammad Rozaidi Bin Zulkifli

2 September 2020, 10:39

KUALA LUMPUR: Bukan Johor Ta’zim (JDT) mahupun Selangor tetapi Mohamadou Sumareh didakwa telah mengikat kontrak dengan pasukan Thai League 1, Police Tero FC.Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pemain naturalisasi pertama negara itu, namun dia enggan mengulas lanjut.

Betul,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia ketika ditanya benarkah dia menyertai kelab Police Tero FC.Terdahulu, seorang penulis portal League 1 Thailand dalam Twitternya mengesahkan bahawa Sumareh sah bersama kelab itu.

Bintang Malaysia Mohamadou Sumareh sah menyertai pasukan Police Tero. Seorang lagi pemain berbakat di Asean menyertai liga Thailand,” tulis Ta Lao di akaun Twitternya @ta_lao19.Berita itu sudah pasti menambah ketegangan hubungan Sumareh dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang belum reda ketika kontraknya masih berbaki hingga 2022.

Kelab Thailand itu ketika ini berada di tangga kelima liga utama dengan merekodkan tiga kemenangan dan satu kalah selepas mengharungi empat perlawanan sebelum liga ditunda Mac lalu.

Kempen Thai League 1 yang ditunda ekoran pandemik Covid-19 dijangka bersambung 12 September ini.Pemain kelahiran Gambia itu akan menjadi bintang Harimau Malaya ketiga berkelana di Thailand selepas Dominic Tan yang turut mewakili kelab Police Tero SC dan Norshahrul Idlan Talaha (Bangkok Glass).

Menerusi wikipedia Police Tero FC, nama Sumareh turut berada dalam senarai pemain pasukan tersebut.

Timbul juga spekulasi Sumareh hanya akan menandatangani kontrak setahun bersama kelab Thailand itu sebelum kembali ke tanah air menyertai JDT. SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan