Isnin, 7 September 2020

Pahang gigit jari, Sumareh sah sertai Police Tero

 SUKAN»Bola

Isnin, 7 September 2020 | 7:24pm

Police Tero FC umum Sumareh sah akan beraksi bersama pasukan itu.

Police Tero FC umum Sumareh sah akan beraksi bersama pasukan itu.

Pahang gigit jari, Sumareh sah sertai Police Tero

Oleh Zulfaizan Mansor

zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh sah akan beraksi di Liga Thailand bersama kelab Police Tero FC.Pengumuman itu dibuat oleh kelab berkenaan menerusi Facebook mereka hari ini, dengan Sumareh akan menyarung jersi nombor 13.

"Police Tero FC mengesahkan mengikat Sumareh, pemain Malaysia-Gambia akan menyertai pasukan dan menambahkan kekuatan bagi saingan (liga) Thai Toyota."Liga 2020/21 akan kembali bersambung pada 12 September. Sumareh akan memakai (jersi) nombor 13 untuk Police Tero FC bagi saingan Liga Thai," kata kelab berkenaan.

Selain mengesahkan kehadiran Sumareh dalam pasukan itu, Police Tero turut memuat naik video ringkas ucapan daripada pemain berusia 25 tahun itu."Kepada semua penyokong Police Tero, saya Mohamadou Sumareh, jumpa anda nanti di Bangkok," kata Sumareh.

Sebelum ini, Sumareh mencetuskan kontroversi apa dilaporkan tidak menyertai latihan bersama skuad Pahang sejak sebulan lalu.Terdapat dakwaan bahawa dia bertindak demikian kerana masalah pembayaran gaji dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Malah, Sumareh didakwa sudah membatalkan kontrak bersama Tok Gajah dengan mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan