Rabu, 16 September 2020

Pahang perlu konsisten

MyMetroArena



Asrol Awang

sukan@hmetro.com.my

PENGURUS bola sepak Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang memuji permainan agresif yang dipersembahkan skuad itu, terutama prestasi pemain muda selepas kemenangan 2-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabtu lalu.

Beliau berkata, semangat yang dipamerkan barisan pemain muda membuktikan bahawa mereka mampu memikul tanggungjawab sekiranya pemain senior tidak dapat beraksi.

"Saya puji komitmen dan prestasi yang dipamerkan pemain muda apabila diberi peluang bermain, mereka membuktikannya dengan berusaha sebaik mungkin.

"Oleh itu saya mengharakan mereka dapat mempertingkatkan lagi usaha mereka untuk muncul pemain yang berkaliber dan mampu beraksi dengan baik.

"Peluang diberikan jurulatih (Dollah Salleh) perlu ditunjukkan sebaik mungkin untuk membantu pasukan beroleh kemenangan.

"Inilah masanya untuk buktikan mereka boleh bermain dan menjadi sandaran utama pasukan," katanya.

Mengulas kecederaan tiga tonggak import skuad itu Dickson Nwakaeme bersama Herold Goulon dan Ivan Carlos, beliau mengharapkan mereka akan segera sembuh dan dapat beraksi pada pertemuan dengan Felda United pada Ahad ini.

"Namun jika mereka tidak dapat beraksi, saya percaya pemain yang akan menggantikan mereka akan mampu memikul tanggungjawab itu," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 9:41 PM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan