Ahad, 13 September 2020

Pahang akhirnya rasai nikmat kemenangan

 SUKAN»Bola

Sabtu, 12 September 2020 | 11:06pm

Aksi pemain Pahang dan PDRM pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Aksi pemain Pahang dan PDRM pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Pahang akhirnya rasai nikmat kemenangan

Oleh Asrol Awang

bhsukan@bh.com.my

KUNTAN: Skuad Pahang menamatkan dua kekalahan berturut-turut selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-1 di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Pada dua perlawanan sebelum ini, skuad Tok Gajah tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-3 dan UiTM (0-1).Namun, pada perlawanan itu, pelawat terlebih dahulu menguji apabila hampir menjaringkan gol menerusi rembatan pemain tengah PDRM, Muhamad Eskandar Ismail tetapi berjaya ditepis keluar penjaga gol tuan rumah, Helmi Eliza Elias pada minit ke-14.

Pahang yang amat memerlukan kemenangan melakukan beberapa percubaan tetapi pertahanan kental PDRM menafikan tuan rumah untuk mendapatkan gol pendahuluan.

Pada minit ke-36, penyerang import dari Brazil, Ivan Carlos tidak mempersiakan peluang meletakkan Pahang mendahului 1-0 hasil sepakan percuma.

Bersambung babak kedua, skuad Tok Gajah terus memberi tekanan kepada The Cops apabila Mohd Faisal Abdul Halim menjaringkan gol kedua buat pasukannya pada minit ke-73.Pada minit ke-84, PDRM merapatkan jurang 1-2 hasil jaringan sendiri pemain tengah tuan rumah, Adam Reed.SUMBER-BH ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan