Rabu, 9 September 2020

FIFA 'selamatkan' Sumareh

 SUKAN»Bola

Rabu, 9 September 2020 | 7:05pm

Sumareh boleh beraksi bersama Police Tero FC selepas FIFA keluarkan ITC sementara.

Sumareh boleh beraksi bersama Police Tero FC selepas FIFA keluarkan ITC sementara.

FIFA 'selamatkan' Sumareh

Oleh Zulfaizan Mansor

zulfaizan@bh.com.my

PETALING JAYA: Pemain kontroversi, Mohamadou Sumareh kini boleh beraksi bersama kelab Thailand, Police Tero FC selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengeluarkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC).Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya menolak permohonan Persatuan Bolasepak Thailand (FA Thailand) untuk mendapatkan ITC itu.

Menurutnya, penolakan itu kerana tiada keputusan rasmi diambil mana-mana jawatankuasa FAM mengenai aduan Sumareh ke atas Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

"Apabila tiada keputusan rasmi dari jawatankuasa FAM, ITC yang diminta daripada FA Thailand itu ditolak oleh FAM.

"Persatuan Bolasepak Thailand kemudian merujuk perkara ini kepada FIFA dan FIFA sudah mengeluarkan ITC sementara untuk Sumareh.


"Bagaimanapun, PBNP masih boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pemain itu meskipun memiliki ITC sementara dan didaftar di Liga Thailand," katanya.


Sebelum ini, PBNP dilaporkan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Sumareh selepas pemain naturalisasi pertama negara itu sah menyertai kelab Thailand, Police Tero FC.


Difahamkan Sumareh boleh beraksi bersama Police Tero selepas mendapat ITC sementara daripada FIFA, namun pada masa yang sama dia masih boleh diambil tindakan oleh PBNP.


Selain itu, Mohd Yusoff turut mengingatkan bahawa pemain seharusnya lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.


"FAM mengingatkan pemain seharusnya lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum apa-apa keputusan rasmi diambil oleh jawatankuasa FAM atau FIFA," katanya.SUMBER-BH ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan