Rabu, 2 September 2020

Sumareh akhirnya membuka mulut

 SUKAN

SUMAREH (tengah) mengakui akan berhijrah ke kelab liga utama Thailand, Police Tero dalam masa terdekat.

Sumareh akhirnya membuka mulut

Oleh KOSMO!

1 September 2020, 10:07 pmMengaku bakal berhijrah ke kelab liga negara jiranDESTINASI baharu pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh terjawab selepas penyerang sensasi Pahang itu memberi bayangan akan berhijrah ke kelab liga utama Thailand, Police Tero dalam masa terdekat.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Sumareh, sekali gus menamatkan kemelut yang dihadapinya bersama Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) selepas tidak menyertai kem latihan skuad Tok Gajah lebih sebulan.“Benar (saya akan berhijrah ke Police Tero),” kata Sumareh secara ringkas selepas dihubu­ngi semalam.

Terdahulu, seorang penulis portal terkenal dari Thailand menerusi portalnya, Everything Thai Football mengesahkan persetujuan antara Police Tero dengan Sumareh sudah dicapai dan ia akan dimaklumkan tidak lama lagi.“Sumber kepada Everything Thai Football mengesahkan pemain bola sepak Malaysia, Sumareh akan menyertai pasukan Police Tero. Proses forma­liti akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.


Sementara itu, penulis portal Liga Thai yang dikenali sebagai Ta Loa turut mendedahkan perkara yang sama di laman sosial rasmi Twitternya semalam.


“Bintang Malaysia Mohamadou Sumareh sah menyertai pasukan Police Tero. Seorang lagi pemain berbakat Asean menyertai liga Thailand,” tulis Ta Lao.


Sumareh sebelum ini masih memiliki kontrak bersama pasukan Pahang sehingga tahun 2022, tetapi beberapa masalah yang dialami oleh pengurusan PBNP sehingga dilaporkan lewat membayar gaji pemain itu me­nyaksikan pemain berusia 26 tahun itu berhak untuk menamatkan kontraknya serta merta.


Usaha Kosmo! untuk mendapatkan maklum balas daripada wakil PBNP tidak berhasil.


Pemain kelahiran Gambia itu akan menjadi bintang Harimau Malaya ketiga berkelana ke Thailand selepas Dominic Tan yang turut mewakili kelab Police Tero SC dan Norshahrul Idlan Talaha (Bangkok Glass).SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

1 ulasan: